Mesej Hari Lahir Park Ji Sung Yang Kelakar Daripada Evra

Bekas pemain Manchester United, Patrice Evra dan Park Ji Sung merupakan dua orang sahabat karib ketika zaman kegemilangan mereka bersama-sama dengan kelab Manchester United sehinggalah ke hari ini. Walaupun kedua-duanya telah membawa haluan masing-masing namun mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain. Pemain yang mempunyai tiga paru-paru, Park Ji Sung telah menggantung but manakala sahabat karibnya, Evra masih lagi bermain untuk pasukan Marseille setelah berhijrah dari Juventus pada musim ini.

Joker In The Team

Park Ji Sung dalam  autobiografinya pernah menggelar Evra sebagai “Joker In The Team” kerana suka membuat lawak bodoh yang membuat rakan-rakan sepasukan terhibur. Ketika Park Ji Sung bergelut untuk menyesuaikan diri ketika baru berhijrah ke Manchester, Evra banyak membantu Park walaupun kedua-duanya amat teruk dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Apabila ditanya mengenai hubungan rapatnya dengan Evra, Park akan menjawab “Evra adalah seorang yang boleh dipercayai dan tempatnya meluahkan perasaan”. Evra juga pernah bersama-sama Park menyertai rancangan realiti televisyen Korea iaitu Running Man. Sweet betul dia orang berdua ni.

Ucapan Hari Lahir Yang Kelakar

Semalam tanggal 25 Februari 2017 merupakan hari lahir Park Ji Sung yang ke-36 tahun. Evra yang terkenal dengan video dan gambar kelakar di instagram telah  memuat naik satu gambar poster Rush Hour 3 yang telah diubah daripada muka pelakon utama filem tersebut Jackie Chan dan Chris Tucker kepada muka mereka berdua. Gambar tersebut mendapat lebih daripada 100 ribu likes dan juga pelbagai komen dari peminat.

Baca Juga

Baca Juga