Messi Adalah Masalah Utama Coutinho Di Barcelona – De Boer

Menurut bekas pemain midfield, Ronald de Boer, Lionel Messi adalah punca mengapa perpindahan mega Philippe Coutinho ke Barcelona menemui kegagalan.

Coutinho menyertai Barcelona dari Liveepool pada tahun 2018 dengan nilai perpindahan €160 juta dan menjadikan beliau pemain kedua termahal dunia pada ketika itu.

Tetapi perpindahan beliau ke Sepanyol serba tidak menjadi sejak awal kemunculannya, sehingga pemain kebangsaan Brazil itu kini dipinjamkan ke Bayern Munich, sementara Barcelona sedang dalam usaha untuk menjualnya.

De Boer telah membuat spekulasi bahawa pemain berusia 27 tahun itu gagal kerana Barcelona tidak mampu untuk mengurus posisi dan fungsi kedua-dua Messi dan Coutinho.

“Saya rasa Coutinho adalah jenis pemain yang semuanya melalui dia, semua bola melalui dia kalau di Liverpool,”

Jelas De Boer kepada talkSPORT.

“Dia mungkin sepatutnya boleh buat kerja lebih mudah dengan apa yang telah dilakukan oleh Messi di Barcelona.”

“Tapi masalahnya bagaimana kita nak lihat semuanya bekerja sama, ia seperti mesin.”

“Jika seorang melakukan kesilapan itu perkara biasa mungkin, mereka boleh uruskan itu, tetapi jika ada dua jenis pemain yang sama, yang mana dua-dua mereka mahukan semua bola dan mahu berada di posisi serta peranan istimewa yang sama dalam pasukan, anda boleh lihat sendiri apa jadi pada pasukan itu.”

“Saya rasa kita semua nampak itu dalam Barcelona. Hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukan hal itu sekarang dan orang itu adalah Messi.”

De Boer terus menekankan bahawa Coutinho masih lagi pemain terbaik dunia, cuma Barcelona bukan tempat terbaik untuknya mengembangkan lagi bakat sedia ada.

“Pasukan itu kini sedang beradaptasi, akan tetapi jika mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan dua pemain seperti ini, ia akan menjadi satu tugas yang sukar.”

“Saya rasa Coutinho merupakan seorang pemain yang sangat hebat dan berbakat tetapi kadang kala dia tidak sesuai dengan sesebuah pasukan itu, dia mungkin lebih sesuai berada di pasukan lain.”

“Tetapi itu bukanlah bermaksud dia pemain yang teruk. Ia tidak bermaksud anda bukan pemain yang hebat sebab tidak boleh bermain untuk Barcelona, ia bukan begitu.”

“Kadang kala ia cuma tidak sesuai dengan cara permainan seseorang pemain itu dan kadang kala ia melibatkan nasib juga.”

“Nasib malang untuk Coutinho kerana ada Messi si sana yang mempunyai peranan yang sama dan Coutinho harus mengubah peranan dia dan jelas peranan baru itu tidak sesuai dengannya.”

“Itu lah yang terjadi kepada Coutinho, Messi dalam skuad Barcelona dan saya rasa Coutinho sudah baik-baik saja sekarang.”

Coutinho kini dilaporkan sudah dalam langkah untuk kembali ke England selepas dikaitkan dengan perpindahan semula ke Liverpool dan beliau turut dikaitkan dengan bakal pasukan terkaya dunia, Newcastle United.

BACA:  Reaksi Messi Seperti Seorang Abah Yang Bangga Melihat Kemenangan Pedri