Messi Atau Ronaldo Pilihan Alex Morgan

Alex Morgan memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain terbaik dunia dan mendakwa bahawa Lionel Messi merupakan pemain yang mempunyai tahap permainan lebih baik dari mana-mana pemain yang pernah beliau saksikan.

Bintang Amerika berusia 30 tahun itu berada di cover untuk FIFA 16 bersama ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi di US.

Seperti para pemain bola sepak yang lain, para jurulatih dan pundit, Morgan turut ditanya tentang pilihan beliau siapa lebih hebat antara bintang sensasi Barcelona itu dengan Cristiano Ronaldo.

“Saya harus mengatakan Messi.”

Jelas timbalan ketua pasukan US itu.

“Beliau cuma lebih bagus, tarafnya jauh lebih tinggi dari mana-mana pemain lain yang pernah saya lihat.”

“Dia membuatkan semua orang teruja untuk melihat aksinya dalam padang.”

Beliau turut menjelaskan bahawa Cristiano Ronaldo juga merupakan pemain terbaik dunia pilihannya walaupun menganggap Messi sebagai pemain yang mempunyai taraf terbaik antara semua pemain lain di dunia.

“Cristiano Ronaldo sememangnya pemain terbaik dunia atas apa yang telah beliau persembahkan.”

“Di usianya sekarang, Ronaldo masih mampu beraksi dengan hebat bahkan lebih hebat dari pemain yang jauh lebih muda darinya.”

“Ronaldo mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan mental dan beliau sememangnya menjadi inspirasi ramai pemain masa kini.”

Jelas Morgan tentang Cristiano Ronaldo.

Morgan yang baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya pada Mei lalu, telah berjaya membantu pasukan kebangsaannya memenangi Piala Dunia wanita musim panas lalu.

Tetapi pemenang Piala Dunia itu telah dikritik teruk oleh peminat kerana keraian ‘teacup’ beliau ketika dalam pertandingan tersebut bertemu England di peringkat separuh akhir.

Walau bagaimanapun, Morgan membantah ketidak adilan terhadap kaum wanita dalam sukan bola sepak dan mempersoalkan mengapa keraian ‘cojones’ yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo dan Diego Simeone musim lalu tidak dipertikaikan.

“Kamu melihat pemain lelaki meraikan jaringan mereka dalam pertandingan besar, membuka baju mereka dan sebagainya.”

Jelas penyerang pasukan Orlando Pride tersebut.

“Dan ketika saya melihat secawan teh, saya sedikit terkejut, kita harus ketawa tentang itu sambil membaca semua kritikan yang saya terima.”

Morgan memuat naik gambar Charlie Elena Carrasco ke laman Instagram miliknya bulan lalu selepas tarikh beliau melahirkan anak sulungnya pada 7 Mei lalu.

“Pada 11.30am 7 Mei, dengan berat 8lbs5oz, Charlie Elena Carrasco telah membuat kemunculan pertamanya ke dunia ini.”

Tulis Morgan di laman Instagram miliknya yang mempunyai 9.2 juta pengikut.

“Dia membuat kita ternanti-nanti lebih lama dari yang dijangkakan, tetapi saya tahu dia akan menjadi anak yang berguna dan seorang yang hebat. My Super Moon Baby.”

BACA:  Kehidupan Tanpa Messi Terlalu Menyakitkan Untuk Barcelona