Messi Bengang Isterinya Dihalau Pengarah France Football Ketika Mahu Bergambar

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali, Lionel Messi kelihatan bengang apabila isterinya, Antonella telah dihalau oleh pengarah France Football ketika mahu bergambar bersama pemain terbaik itu.

France Football merupakan penganjur Ballon d’Or menyaksikan Lionel Messi telah menewaskan saingan kuat dari Robert Lewandowski, Jorginho dan Karim Benzema.

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan malam gala atau majlis yang melibatkan selebriti, karpet merah akan disediakan menyambut ketibaan kehormat dan sesi bergambar oleh media seluruh dunia akan menyusul.

Lionel Messi hadir bersama isternya, Antonella dan tiga orang anaknya, Thiago, Mateo dan Ciro yang mengenakan suit yang sedondon dengan bapa mereka yang merupakan genius bola sepak.

Dalam satu rakaman video ketika sesi bergambar dapat dilihat Pengarah France Football telah menghalau isteri Lione Messi, Antonella supaya pergi ke tepi.

Menyedari tindakan tidak sopan pengarah France Football itu, Messi kelihatan agak bengang dan menyuruh isterinya kembali dan bersama-sama bergambar.

Dapat dilihat agak berkerut wajah Messi ketika memanggil kembali Antonella.

Dari tindakan Pengarah France Football itu seperti beliau mahu bergambar bersama Lionel Messi dan anak-anak sahaja. Mungkin begitu.

Apa nak jadi la dengan orang-orang dalam France Football ni, ketua pengarang sebelum ini memfitnah Ronaldo lepas tu tunjuk gambar Ronaldo yang bukan-bukan ketika majlis.

Dah la orang ramai mula mempertikaikan prestij anugerah Ballon d’Or yang dianggap sebagai majlis suka-suka.

Pemain genit dan serba lincah yang berasal daripada Argentina menjadi pemain bola sepak pertama dan satu-satunya dalam sejarah meraih anugerah Ballon d’Or buat kali ke-7 selepas memenanginya pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.

Pada musim lalu, meskipun Messi gagal membawa Barcelona menjuarai La Liga atau Liga Juara-Juara, dia tetap berjaya muncul penjaring terbanyak di La Liga dengan 30 gol, mengatasi jumlah jaringan daripada pesaingnya dari Real Madrid, Karim Benzema.

Prestasi cemerlang ini terus dibawa bersama ke pentas Copa America di Brazil di mana dia telah membantu pasukan kebangsaaan Argentina untuk menjuarai kejohanan tertinggi di Amerika Selatan ini buat kali pertama sejak tahun 1993, dan juga muncul penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan.

Kejuaraan ini juga merupakan piala utama yang pertama buat Messi di dalam jersi Argentina, selepas empat kali tewas dalam perlawanan akhir sebelum ini – tiga kali dalam Copa Amerika dan juga ketika tewas 0-1 kepada Jerman dalam Piala Dunia 2014.

Anugerah Ballon d’Or merupakan anugerah individu merangkumi statistik permainan individu dan piala diraih. Jika statistik padu dan power namati sudah pasti akan datangnya trofi bersama-sama.

Barcelona tidaklah cemerlang seperti biasa namun musim lalu mereka telah menjuarai Copa Del Rey buat kali ke-31 dengan menewaskan Athletic Bilbao 4-0.

Lionel Messi cemerlang dalam telah menjaringkan dua gol dan dipilih pemain terbaik dalam perlawanan akhir.

Disebalik kesenduan Barcelona musim lalu, Lionel Messi masih lagi menjadi penjaring terbanyak dengan 30 gol semusim jauh meninggalkan Gerrard Moreno (23 go) dan Karim Benzema (22 gol).

Persembahan cemerlang Messi telah membawa pasukan Argentina mara ke perlawanan akhir bertemu Brazil dan muncul juara, trofi pertama Lionel Messi bersama Argentina.

Lionel Messi telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan dengan menjadi penjaring terbaik dengan 4 gol dan juga mencipta assist terbanyak di Copa Amerika 2021.

Walaupun tidak menjaringkan gol di perlawanan akhir, kemaraan Argentina muncul juara banyak dipengaruhi oleh kehebatan permainan secara individu dari Messi.

Permainan bola sepak merupakan permainan berpasukan namun individual brilliant pemain seperti Messi amat diperlukan untuk menjadi nadi pasukan untuk terus konstisten.

Lihat saja kepada Barcelona tanpa Messi, selain Messi Cristiano Ronaldo adalah contoh lain yang terdekat maka tidak hairanlan kenapa mereka menguasai dunia bola sepak dalam sedekad ini.

Tanpa Ronaldo, Juventus agak tempang dan huru-hara. Impak sama diberikan Mohamed Salah kepada Liverpool dan Robert Lewandowski bersama Bayern Munich.

BACA:  Maradona: Tiada Apa Yang Perlu Dibuktikan Messi Untuk Argentina