Messi Berjaya Menjaringkan 4 Gol Cantik Dan Memecah Rekod Ronaldo

Sekiranya anda menganggap ‘kemarau gol’ baru Lionel Messi membalikkan anda ke arah Cristiano Ronaldo dalam perdebatan GOAT yang terkenal, sekarang adalah masa untuk anda berfikir kembali.

Messi gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan sebelum ini, dan para peminat sudah menjatuhkan hukuman berat kepada Messi dengan mengatakan bahawa beliau sudah kemarau jaringan. Ada juga yang mengatakan bahawa zaman Messi sudah berlalu.

Dalam perlawanan malam semalam, Messi kembali mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Barcelona selepas empat perlawanan. Dan kali ini beliau menjaringkan empat gol terus dalam satu perlawanan.

Puas hati bukan?sibuk kemarau empat perlawanan empat gol dalam satu perlawanan terus Messi bagi. Beliau telah mencatat Hattrick pada babak pertama perlawanan lagi sebelum menjaringkan satu lagi gol di babak kedua. Lebih manis lagi ia melakukannya di hadapan penyokong setia Barcelona di Now Camp.

Messi telah berjaya melakukan 48 hattrick dalam sepanjang kerjayanya, kini beliau sudah mengatasi rekod peribadi Ronaldo yang telah menjaringkan 47 hattrick sepanjang kariernya untuk satu pasukan.

Satu statistik yang sangat menarik untuk menambah sedikit bahan bakar kepada perdebatan siapa lebih baik atau siapa lebih hebat antara dua bintang terbaik dunia itu.

Messi juga menjarakkan rekod hattrick dalam La Liga Terbanyak sepanjang zaman. Beliau kini memimpin carta hattrick terbanyak di La Liga dengan 36 kali hattrick mengalahkan saingan beliau Ronaldo yang melakukan 34 kali hattrick dalam sejarah di La Liga.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, disini kita lihat sedikit pandangan retrospektif tentang bagaimana Messi merobohkan pertahanan Eibar yang lemah dan bagaimana hattrick yang luar biasa ini berlaku.

Pertahanan Eibar pada mulanya bermain dengan baik dan berjaya menyerap asakan dari Barcelona dalam 10 minit pertama perlawanan. Tetapi ia nya tidak bertahan lama apabila benteng pertahanan mereka di tewaskan oleh Messi pada minit ke- 14 perlawanan.

Pada minit ke- 14 perlawanan, Messi berjaya mengeksplorasi barisan pertahanan mereka dengan sempurna, sambil menari-nari beliau menggelecek melepasi barisan pertahanan kemudian melepaskan rembatan leret menerjah jaring gol lawan.

Pemain maestro Argentina itu memperoleh jaringan kedua nya  20 menit kemudian, dengan menggunakan langkah tari yang mengagumkan beliau sekali lagi berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan ke sudut gawang Eibar.

Dan mengejutkan siapa pun, Messi menjaringkan gol ketiganya selang dua minit selepas gol keduanya. Hasil clearance kurang bijak pemain Eibar, bola itu kembali ke Messi lalu beliau menghantar bola ke Griezman,namun cubaan Griezman berjaya di tepis dan bola kembali ke kaki Messin untuk beliau menyempurnakan  hatriknya. Dan mendorong Barça kembali ke puncak La Liga.

Dia juga menambah gol keempat, dengan peluang yang dicipta oleh Martin Braithwaite pada debutnya di Barcelona. Jaringan keempat beliau sangatlah mengaibkan pasukan lawan.

Beliau menerima hantaran dari Martin kemudian bermain-main dihadapan gol lalu menolak bola kemas bergolek menerjah jaring Eibar.

Arthur menambah satu lagi gol untuk menjadikannya 5-0 pada penghujung perlawanan. Dengan keputusan ini Barça memimpin liga dengan dua mata di atas pesaing Real Madrid menjelang perlawanan mereka menentang Levante.

Hattrick yang paling cepat dalam sejarah La Liga, masih milik Kevin Gameiro, yang menjaringkan tiga gol dalam masa lima minit untuk Athletico Madrid menentang Sporting Gijon pada 2017.

Messi sudah mengatasi Ronaldo dalam jaringan Hattrick terbanyak untuk satu pasukan serta hattrick terbanyak dalam La Liga. Namun Messi masih di belakang Ronaldo untuk Hattrick terbanyak sepanjang karier di dalam semua pertandingan dengan Ronaldo telah mencatat 56 kali berbanding Messi 54 kali.

Jadi, masih ada sesuatu untuk pemain Argentina itu lakukan bagi meneruskan Perseteruan terhebat sepanjang zaman antara beliau dengan Ronaldo.

BACA:  Risau Dengan Perpindahan Pemain Ronaldo Bercadang Angkat Kaki