Messi Bersara dari Bola Sepak Antarabangsa?

Kapten Argentina, Leonel Messi dikatakan bakal bersara dari pentas antarabangsa setelah Albiceleste tewas kepada Chile menerusi penentuan sepakan penalti perlawanan akhir Copa America Centenario 2016.

“Sekarang adalah masa yang sangat sukar untuk saya fikirkan apa yang terjadi,” Messi memberitahu TyC Sports.

“Dalam bilik persalinan selepas perlawanan saya fikir cukuplah saya bersama pasukan kebangsaan, ini bukan kepakaran saya..

“Inilah yang saya rasa sekarang. Sangat kecewa yang (kekalahan) ini terjadi lagi di perlawanan akhir. Saya gagal meneyempurnakan sepakan penalti yang penting. Saya rasa cukuplah.”

Andai Messi mengekalkan hasratnya untuk bersara dari pasukan kebangsaan Argentina hari ini, Messi sudah memegang beberapa rekod penting pasukan Amerika Selatan itu dan salah satunya ialah memegang rekod penjaring terbanyak pasukan Argentina dengan 55 gol satu mengatasi Gabriel Batistuta.

Apa pun semoga Messi tidak jadi bersara dan akan terus memecahkan rekod bersama Argentina.

Marodona, AFA Dan Peminat Pujuk Messi

Puluhan penyokong Argentina yang menunggunya dengan memakai jersi kebangsaan sanggup berhujan untuk memberikan sokongan kepada pemain terbaik dunia itu.

Ada peminat mengekori bas pasukan kebangsaan dari lapangan terbang ke kompleks Persatuan Bola sepak Argentina (AFA) sambil melaungkan kata-kata semangat supaya Messi tidak meninggalkan pasukan kebangsaan.

Terdapat juga penyokong yang membawa sepanduk dengan tulisan:

“Messi: I love you more than I love my mom.” (“Messi: Saya lebih sayangkan anda berbanding ibu saya”)

Sebelum ini, penyokong bola sepak Argentina termasuk Presidennya serta bekas bintang, Diego Maradona mahu Messi menarik balik hasratnya meninggalkan pasukan kebangsaan.

Maradona yang sebelum ini pernah mendakwa Messi tiada perwatakan memimpin pasukan kebangsaan berubah nada apabila meminta pemain terbaik dunia empat kali itu kembali ke pasukan kebangsaan.

“Dia mesti teruskan. Dia mesti teruskan kerana tugas itu akan membawanya ke Russia dan muncul juara dunia,” katanya.

Baca Juga

Baca Juga