Messi Cetus Kebangkitan PSG Dengan Hatrik Assist

Pemain bukan dari planet bumi, Lionel Messi telah mencetuskan dan menjadi nadi kebangkitan Paris Saint-Germain dengan mencatatkan hatrik assist untuk membantu kemenangan 3-1 ke atas Saint-Etienne.

Paris Saint-Germain membuka tirai jaringan seawal minit kelima melalui jaringan Neymar yang juga berpunca daripada tolakan bersahaja dari Lionel Messi.

Tetapi gol dari Neymar itu telah dibatalkan oleh pengadil selepas membuat rujukan kepada Video Assistant Referee (VAR) kerana offside.

Denis Bouanga memberikan pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-23 dan terpaksa bermain 10 orang apabila Timothee Kolodziejczak telah dilayangkan kad merah di penghujung 45 minit pertama.

Kad Merah itu diberikan selepas terjahan keras Timothee Kolodziejczak ke atas Kylian Mbappe dan berpunca dari situlah gol penyamaan terhasil.

Sepakan percuma diambil oleh Lionel Messi yang terus melambungkan bola ke kotak dan Marquinho menanduk untuk kembali menyamakan kedudukan dalam aksi yang berlangsung di Stade Geoffroy-Guichard.

Angel Di Maria turut mencatatkan namanya sebagai penjaring ketika PSG melebarkan pendahuluan mereka di tangga teratas Ligue 1 dengan gol kedua selepas menyempurnakan hantaran bijak Messi.

Pemain pertahanan PSG, Marquinhos menjaringkan gol kedua peribadi juga dipenghujung perlawanan juga melalui tandukan juga dari lambungan Messi.

Kylian Mbappe telah membazirkan beberapa peluang keemasan termasukan beberapa kali berada dalam situasi satu lawan satu tapi gagal menemui sentuhan penyudah.

Messi mencipta rekod sebagai pemain pertama mencipta tiga assist dalam satu perlawanan di Ligue 1 musim ini, adakah ini satu petanda Messi akan menggegarkan dunia kembali?

Kemenangan ke atas Saint-Etienne terus mengekalkan PSG dipuncak dengan 40 mata selepas 15 perlawanan dengan 13 kemenangan satu kalah dan satu seri.

Lionel Messi bergelut untuk kembali ke puncak prestasi selepas menyertai PSG secara mengejut daripada Barcelona yang penuh drama dan liku.

Setakat ini Messi telah membuat tujuh penampilan di Ligue 1 dengan satu gol dan tiga assist. Gol pertama Messi di Ligue 1 hadir minggu lalu dan assist dalam perlawanan ini.

Gol Pertama Messi di Ligue 1

Lionel Messi akhirnya berjaya melepasi ranjau penuh berduri apabila berjaya membuka akaun gol di Ligue 1 dengan satu jaringan gol yang penuh bergaya lagi menakjubkan seperti biasa.

Menentang Nantes di gelanggang sendiri, Parc Des Princes, Paris Saint Germain sedar bahawa kemenangan dan tiga mata akan membawa mereka terus kekal di puncak Ligue 1 dengan selesa.

Lionel Messi hadir dengan reputasi gah bukan sekadar pemain terbaik dunia tetapi antara pemain terbaik sepanjang zaman yang pernah ada dalam sejarah bola sepak dunia.

Namun Lionel Messi agak bergelut untuk mencari gol pertama di Ligue 1 bersama Paris Saint Germain sehingga terpaksa menunggu di perlawanan yang ke-14.

Agak padu buat Paris Saint Germain apabila berjaya mencatatkan 12 kemenangan dalam 14 perlawanan Ligue 1 tanpa Lionel Messi menjaringkan gol atau mencipta assit.

Dasar liga petani?

https://twitter.com/MessiMX30i/status/1462145792995647490

Dengan permainan berbaki tiga minit ketika PSG mendahului Nantes 2-1, lionel Messi hadir dengan gol ketiga untuk terus memadamkan semangat kebangkitan lawan.

Kylian Mbappe telah menolak bola kepada Messi disebelah kanan dan Messi segera mengacah-ngacah pemain pertahanan Nantes yang fokus melayan.

Mendapat ruang dan peluang yang secukupnya Messi segera melakukan satu rembatan lencong ke kiri gawang dan sudah terlambat untuk pemain pertahanan Nantes yang segera melayangkan badan melakukan hadangan.

Kau tengok sendiri la.

Ketika rehat untuk perlawanan antarabangsa Paris Saint Germain dilaporkan bengang dengan Lionel Messi selepas bintang Argentina itu turun beraksi bersama skuad kebangsaan..

Messi diturunkan untuk beraksi bertemu Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia, walaupun beliau sebelum itu bergelut dengan masalah kecederaan dan tidak dapat beraksi bersama PSG.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu telah terlepas dua perlawanan terakhir bersama Paris Saint Germain kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Messi terlepas untuk beraksi bersama PSG ketika bertemu RB Leipzig dalam saingan Champions League dan beliau turut terlepas aksi bertemu Bordeaux dalam saingan Ligue 1.

Namun isu itu tidak diperbesarkan dan telah diselesaikan secara baik dan Messi kini kembali beraksi untuk PSG.

BACA:  Copa America: Messi Melakukan Nutmeg Yang Menakjubkan Ke Atas Pemain Paraguay