Messi dan Aguero Bakal Bersara Jika Argentina Gagal Mara

Kapten Argentina, Lionel Andrés Messi Cuccittini telah dilaporkan bakal mengetuai persaraan besar-besaran pemain Argentina dari bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia 2018, Russia.

Kegilaan terus melanda kem Argentina walaupun kempen mereka belum tamat walaupun tewas tanpa melawan di kaki Croatia.

Kebarangkalian peluang Argentina untuk mara ke pusingan 16 terbaik semakin meningkat selepas Nigeria berjaya menewaskan Iceland.

Argentina kini ibarat retak menanti belah selepas Jorge Sampaoli dikatakan menghadapi pemberontakan daripada para pemain.

Ketidakpuasan hatiboenain berpunca dari gaya pengurusan dan taktikal yang diterapkan. Aguero secara terang-terangan mempertikaikan taktikal Sampaoli.

Menurut sumber yang rapat dengan pasukan Argentina, Messi dan Aguero akan bersara jika Argentina gagal mara ke pusingan seterusnya.

Lima lagi pemain akan turut menjadi Alumni bekas pemain selepas Piala Dunia berakhir. Mereka adalah :

1. Marcos Rojo
2. Ever Banega
3. Angel Di Maria
4. Javier Mascherano
5. Gonzalo Higuain

Aguero nyata tidak berpuas hati selepas ditukarkan dengan perlawanan berbaki 36 minit lagi dan hanya ketinggalam satubgol sahaja.

Ura-ura muka kedengaran bahawa pemain Argentina mahu Sampaoli segera dipecat dan perlawanan menentang Nigeria akan dipimpin, Jorge Burruchaga.

Persaraan bukanlah satu benda pelik untuk Messi yang pernah bersara kerana mahu dirinya dipujuk secara berjemaah.

Messi telah bersara dari pentas antarabangsa setelah Albiceleste tewas kepada Chile menerusi penentuan sepakan penalti perlawanan akhir Copa America Centenario 2016.

Namun pujukan bertali arus puluhan penyokong Argentina yang menunggu dengan memakai jersi kebangsaan sanggup berhujan untuk memberikan sokongan.

Ada peminat mengekori bas pasukan kebangsaan dari lapangan terbang ke kompleks Persatuan Bola sepak Argentina (AFA) sambil melaungkan kata-kata semangat supaya Messi tidak meninggalkan pasukan kebangsaan.

“Messi, I love you more than I love my mom.”

“Messi, Saya lebih sayangkan anda berbanding ibu saya”

Walaupun agak bodo kenyataan ini tapi itulah bukti betapa sayang mereka kepada Messi.

Macam kau la(termasuk aku) masa bercinta, semua sanggup, last-last kena tinggal.

Selain penyokong, Diego Maradona dan Presiden Persatuan Bola sepak Argentina (AFA) pada ketika itu tidak berhenti memujuk Messi.

Akhirnya Messi keluar dari persaraan dan kini situasi itu kembali lagi dengan 6 orang lagi pemain.

Entah apa nak jadi dengan Argentina. Semoga Messi dan rakan-rakan kembali fokus kerana esok masih ada.

Baca Juga

Baca Juga