Messi Dilantik Sebagai Ketua Pemimpin Bola Sepak Dunia Yang Baru

Penghormatan dan pengiktirafan terus mencurah-curah untuk Lionel Messi berikutan kemenangan Piala Dunia 2022 oleh Argentina.

Di mana Messi telah menjadi ketua pasukan negaranya pada masa itu.

Argentina menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti. Selepas aksi 120 minit berakhir dengan jaringan 3-sama.

Badan induk bola sepak Amerika Selatan pada hari Isnin menghadiahkan bintang Argentina berusia 35 tahun itu sebuah patung peringatan, yang akan diletakkan di muzium CONMEBOL bersebelahan dengan pemain legenda Pelé dan Diego Maradona.

Messi turut menerima replika Piala Dunia dan trofi Finalissima, yang dimenangi Argentina menentang Itali, semasa majlis sebelum undian Copa Libertadores.

Rakan sepasukan dan jurulatihnya Lionel Scaloni juga menerima trofi kecil, termasuk trofi Copa America 2021 yang diraih di Brazil.

Dalam acara yang sama, presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez mengisytiharkan Messi sebagai ketua pemimpin bola sepak dunia yang baru.

Memandangkan dia adalah pemenang 7 Ballon d’Or dan sudah ada Piala Dunia bersamanya.

Piala Dunia seringkali menjadi topik yang dianggap akan menentukan siapa GOAT sebenar antara Messi atau Cristiano Ronaldo. Dan kini Messi sudah memilikinya.

Alejandro Dominguez berkata: “Mewakili bola sepak Amerika Selatan dan bola sepak di seluruh dunia, Messi, dengan ini, hari ini kami memberikan kamu penghormatan sebagai ketua pemimpin bola sepak dunia.”

Kapten Argentina, Lionel Messi benar benar gembira dengan penganugerahan itu. Dia tidak menyangka dia akan mendapat mandat menjadi pemimpin bola sepak dunia.

Dan dia kini sudah memiliki tongkat yang membolehkannya menjadi pemimpin bola sepak dunia lantikan oleh CONMEBOL.

Dominguez turut mengiktiraf Messi sebagai pemain terbaik di dunia pada masa ini.

Bekas kapten Barca, Lionel Messi memberikan ucapan menyentuh perasaan dalam acara itu.

“Kami menjalani detik yang sangat istimewa dan indah, mendapat banyak kasih sayang daripada orang ramai,” kata Messi semasa penghormatan itu.

“Sudah tiba masanya untuk pasukan Amerika Selatan memenangi Piala Dunia sekali lagi.”

Messi berjanji akan menyimpan piala replika dan tongkat simbol pemimpin bola sepak dunia itu di dalam muzium khas di rumahnya. Dia menegaskan bahawa dia tak akan sesekali melupakan detik indah itu.

Alejandro Dominguez turut meminta agar Messi bermain di Copa Libertadores pada fasa akhir kariernya. Dan mahu pemain itu memenangi piala yang ibarat UCL versi Amerika Selatan.

Dominguez menambah: “Satu satunya piala yang kamu belum menangi adalah Copa Libertadores.”

Argentina menewaskan Panama 2-0 pada Khamis di Buenos Aires dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pertama sejak memenangi gelaran Piala Dunia di Qatar Disember lalu.

Mereka diraikan peminat dengan meriah sekali. Di mana penyokong Argentina mengucapkan terima kasih kepada pemain pemain mereka yang telah berjuang mengharumkan nama negara tersebut di pentas dunia.

Pasukan Scaloni akan menentang Curacao pada hari Selasa untuk meraikan bersama peminat mereka di bandar luar bandar Santiago del Estero.

Lionel Messi kini masih belum melanjutkan kontraknya dengan PSG. Dengan perbincangan dengan bekas kelabnya, Barcelona dikatakan turut berlaku walaupun perpindahan pulang ke Nou Camp agak sukar.

Messi dijangka tidak akan melanjutkan kontraknya bersama dengan PSG. Ada beberapa pasukan lain lagi dikaitkkan dengan Messi termasuk kelab MLS dan kelab dari Arab Saudi.

Tawaran dari Arab Saudi sangat lumayan, di mana Messi ditawarkan kontrak sehingga €300 juta setahun. Jauh lebih tinggi daripada kontrak semasa Cristiano Ronaldo yang kini merumput bersama dengan Al Nassr.

BACA:  "Saya Tak Pernah Ikhlas Sertai PSG" - Messi