Messi Ditawarkan Kontrak Baru Yang Luar Biasa Lumayan

Lionel Messi dan Barcelona dilaporkan sudah memulakan perundingan tentang kontrak baru untuk pemain kebangsaan Argentina tersebut.

Perbincangan antara kedua-dua pihak sudah dijalankan dan Barcelona dilaporkan telah menawarkan pendapatan lebih £1 juta seminggu untuk Messi.

Tidak boleh dinafikan Messi merupakan antara pemain bola sepak terbaik dunia sepanjang zaman, beliau kini dikatakan sudah bersetuju untuk kekal bersama Barcelona selama dua tahun lagi.

Lionel Messi kini sudah berusia 32 tahun dan beliau telah mula menyertai Barcelona sejak 1 Julai tahun 2000 dan ketika itu beliau baru berusia 13 tahun.

Messi kini dilaporkan menerima pendapatan sekitar £1.15 juta seminggu dari Barcelona, dan nilai tersebut hanyalah gaji pokoknya sahaja.

Nilai itu tidak termasuk dengan pendapatan sampingan lain seperti hak pengiklanan dan lain-lain bonus yang beliau terima, dilaporkan keseluruhannya sekitar £1.6 juta seminggu.

Perjanjian baru yang ditawarkan kepada beliau selama dua tahun dengan Messi diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk melanjutkan atau tidak kontraknya setiap musim.

Data tentang pendapatan yang diterima oleh Messi pernah didedahkan pada tahun 2018 oleh Football Leaks, yang mana ketika itu mereka mendedahkan pendapatan pemenang enam kali Ballon d’or itu bernilai £60.2 juta setahun.

Mereka turut mendedahkan nilai pendapatan keseluruhan yang diterima oleh ketua pasukan Barcelona itu bernilai £83.2 juta setahun.

Peminat sebelum ini sibuk membincangkan tentang masa depan Messi yang dikatakan bakal meninggalkan Barcelona musim hadapan. Namun beliau tetap mempamerkan aksi yang luar biasa hebat untuk pasukan pada musim ini.

Musim ini Messi telah berjaya menjaringkan 21 gol dan mencatatkan 14 bantuan jaringan dari 35 perlawanan dalam saingan La Liga.

Memandangkan Messi bakal berusia 33 tahun minggu ini, para peminat juga sudah mula sibuk mencari pengganti untuk pemain terbaik dunia itu.

Para peminat mula mencari siapa bakal menjadi Messi seterusnya, ada yang mengaitkan bahawa Paulo Dybala adalah calon terbaik untuk menggantikan Messi.

Selain Paulo Dybala, Lautaro Martinez dan wonderkid mereka, Thiago Almada juga dikatakan calon paling sesuai untuk menjadi ‘next Messi’ di Barcelona.

Walau Messi sudah berusia dan dikatakan bakal bersara, pendapatan yang beliau terima sememangnya sangat lumayan dan beliau bakal menerima pendapatan yang jauh lebih baik sekiranya menandatangani perjanjian baru nanti.

Sepertinya, pemain terbaik dunia sepanjang zaman itu bakal mengakhiri kariernya di Barcelona sekiranya beliau bersetuju untuk menandatangani perjanjian kontrak baru selama dua tahun itu.

BACA:  Messi Mendedahkan Enam Pemain Kesukaan Anaknya