Messi Kecam Pengadil Perlawanan Menentang Brazil Sebagai Tahi Lembu

Lionel Messi ternyata kecewa dengan kekalahan Argentina dikaki Brazil dengan dua jaringan tanpa balas dan terus kempunan serta kemarau trofi bersama skuad kebangsaan selepas cemerlang teruk bersama kelab.

Lantaran tidak berpuas hati dengan kekalahan itu, kapten Argentina itu telah melabelkan pengadil sebagai ‘tahi lembu'(bullsh*t).

Pada pandangan Messi pengadil membuat keputusan yang teruk dan atas faktor itulah skuad La Albiceleste tewas dan gagal mara ke final.

Kalah bukan sebab Brazil jaring dua gol ye tuan-tuan.

Pada pandangan Messi Brazil tidaklah sebaik Argentina dalam perlawanan separuh akhir itu.

Gol kedua dari Firmino hasil serangan balas pantas sepatutnya penalti diberikan kepada Aguero. Argentina juga dilayangkan 5 kada kuning dalam perlawanan ini.

“Mereka tidak sebagus kamiu. Mereka menjaringkan gol awal dan gol kedua terhasil dari penalti yang patut diberikan kepada Aguero.”

“Pengadil juga banyak melayangkan kad yang sangat tahi lembu, mereka tidak rujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) pun, sangat menakjubkan.”

“Ini terjadi dalam semua perlawanan. Jika ada sentuhan sudah pasti Brazil mendapat kelebihan dan tahi lembu ini telah menganggu perlawanan kami.”

“Tiada alasan bagi kami tapi kami perlu melihat kembali perkara ini dan CONMEBOL patut berbuat sesuatu.”

“Aku fikir kami telah bermain dengan hebat, Kami telah berusaha keras dan mereka tidaklah terlalu bagus untuk kami.”

Dani Alves Membela Messi

Messi juga ada merungut mengenai keadaan padang yang tidak memuaskan namun Davi Alves bersetuju dengan Messi tentang mutu pengadilan.

“Pengadil lebih kenalin(risau) dari kami, aku faham Leo.” Ujar Alves.

Jika Brazil kalah, maka kami semua kalah. Tapi bila Argentina kalah, kau dapat lihat hanya Messi yang kalah.”

Situasi ini wujud di mana Messi kelihatan gagal bersama Argentina kerana perbandingan dengan seteru utamanya Cristiano Ronaldo yang lebih cemerlang di peringkat kebangsaan.

https://twitter.com/DannyelRMCF/status/1144713140975878144

Bersama Portugal, Ronaldo telah mengemudi pasukannya menjuarai EURO 2016 dan UEFA Nations League.

Messi has faced constant criticism for his ‘failures’ with Argentina, with his arch nemesis Cristiano Ronaldo now possessing two international winners medals to his name.

Brazil Ke Final

Gabriel Jesus dan Roberto Firmino menjadi dalang disebalik kekalahan Lionel Messi dan rakan-rakan disaingan separuh akhir Copa America 2019.

Pemain Manchester City dan Liverpool ini masing menjaringkan satu gol dan mencipta bantuan gol antara satu sama lain. Sungguh harmoni.

Kemenangan Brazil ke atas Argentina ini membawa Brazil mara ke perlawanan akhir dan bakal bertemu sama ada Peru atau juara bertahan, Chile.

Argentina sekadar nampak garang dalam perlawanan ini yang tampak lebih membuat percubaan dengan 14 percubaan tetapi hanya 2 sahaja percubaan tepat.

Argentina dilihat sangat bergelut dibahagian pertahanan yang sangat lemah dan bahagian tengah oleh dikatakan mati.

Brazil hanya melakukan 4 dengan 3 daripadanya adalah percubaan dan 2 gol terhasil. Sunggguh tajam.

Gabriel Jesus membuka jaringan pada minit ke-19 dengan rembatan jarak dekat selepas menyempurnakan hantaran Roberto Firmino.

Diseparuh masa kedua Argentina menekan Brazil untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal dan Alisson Becker terlalu mustahil untuk ditewaskan.

Berpunca dari serangan balas pantas Gabriel Jesus berjaya meloloskan diri dan Firmino bijak membuat larian untuk menyokong Jesus.

Melihat Firmino tidak dikawal, Jesus membuat hantara kepada Firmino dan mudah menolak untuk gol kedua sekaligus membunuh perlawanan.

Satu gol tidak mampu dikejar Argentina apatah lagi dua gol.

.

Baca Juga

Baca Juga