Messi Kembali Beraksi Dengan Jaringan Gol Penuh Berseni

Juara dunia, Lionel Messi telah kembali beraksi bersama Paris Saint Germain (PSG) dalam perlawanan menentang Angers dan terus memberi impak dengan jaringan gol penuh berseni lagi indah nian.

Ini merupakan permulaan pertama Lionel Messi selepas menyajikan dunia bola sepak dengan aksi adiwira dan membawa Argentina menjadi juara Piala Dunia 2022.

Selepas 10 hari bercuti di Argentina yang penuh dengan perayaan, Lionel Messi telah kembali ke pangkuan PSG pada awal tahun untuk meneruskan kecemerlangan kariernya di peringkat kelab pula.

Seminggu selepas tiba di kelab dan menjalani latihan seperti biasa, Christophe Gaiter memutuskan untuk memberi Messi minit permainan dalam perlawanan Ligue 1 menentang Angers.

Juara Perancis itu hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol pembukaan melalui Hugo Ekitike dengan satu rembatan jarak dekat selepas menyudahkan gerakan yang menarik.

Selepas lama berehat Lionel Messi masih lagi mencari rentak dan tidak berada dalam prestasi terbaik namun masih mampu untuk menjaringkan gol di separuh masa kedua.

Messi telah turun ke bawah sedikit untuk menerima bola di kiri padang lalu masuk ke tengah dengan bermain satu dua bersama Neymar sebelum menghantar bola kepada Sergio Ramos dengan outside foot.

Ramos menolak kembali bola kepada Messi dan terus dihantar kepada Hugo Ekitike, Messi meneruskan larian ke dalam kotak Ekitike menolak pula kepada Nordi Mukiele disebelah kanan.

Nordi Mukiele terus melorongkan bola ke arah larian Lionel Messi untuk disudahkan dengan satu penyudah yang sempurna lagi tenang. Messi memulakan gerakan dan menamatkannya.

Dua bantuan gol telah dicipta oleh Nordi Mukiele dalam perlawanan ini dan membawa PSG kembali ke landasan kemenangan selepas tewas kepada pencabar terdekat Lens 3-1.

Kepulangan Lionel Messi ini tidak diberikan sebarang keraian seperti mana yang diterima oleh rakan sepasukan seperti Lisandro Martinez, Julian Alvared dan Alexis Mac Allister.

Ketiadaan sambutan kepada kejuaraan Piala Dunia Messi ini kerana risau akan menyinggung perasaan penduduk kota Paris dan peminat PSG DI Parc des Princes yang sudah pasti majoritinya adalah rakyat Perancis.

Agak gila sebenarnya rakyat Perancis mahu meraikan kejayaan Lionel Messi yang merupakan punca mereka kecewa teruk gagal untuk mempertahankan kejuaraan.

Tambahan pula hati Kylian Mbappe yang merupakan pemain merangkap pemilik bersama PSG wajib dijaga. Kalau merajuk susah nak pujuk. Ketika Messi diraikan di pusat latihan pun Mbappe tidak kelihatan dan bercuti ke Amerika Syarikat.

Lionel Messi telah menerima penghormatan tertinggi dari rakan sepasukannya di PSG apabila diberikan Guard of Honour selepas kembali untuk berlatih di Kota Paris apabila cutinya sudah berakhir.

Untuk menandakan kepulangannya, majoriti pemain dan kakitangan di Les Parisiens memberikan pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu kawalan kehormatan atau Guard of Honour.

Selepas diberi kawalan kehormat, Messi telah diberikan anugerah bersalut emas daripada seorang pegawai di Paris Saint-Germain untuk menandakan kemenangan Piala Dunianya – dan pemain Argentina itu terus bergambar dengan trofi itu.

Ethan Mbappe Lottin yang merupakan adik kandung kepada pemain bintang PSG, Kylian Mbappe Lottin telah melemparkan satu renungan maut ke arah Lione Messi yang disambut bak wira.

Rakan sepasukannya kelihatan gembira melihat Messi kembali, hampir kesemuanya, namun adik Mbappe, Ethan Mbappe yang berusia 16 tahun, kantoi dan dirakam telah memberi ‘pandangan maut’ kepada penyerang itu.

Jadi bayangkanlah jika Kylian Mbappe turut berada di situ.

BACA:  Messi Akhirnya Membuka Akaun Gol Ligue 1 Dengan Gol Menakjubkan