Messi, Makhluk Yang Berasal Dari Galaksi Lain

Messi adalah keajaiban dunia. Tidak diketahui, adakah beliau dilahirkan di bumi ini atau ada makhluk asing yang telah menghantar beliau ke bumi untuk melakukan sesuatu yang menakjubkan.

Tanyalah mana-mana jurulatih pasukan lawan apabila mereka sebenarnya terpaksa berhadapan dengan ancaman “makhluk asing” apabila pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diwakili oleh Messi.

” Messi adalah makhluk dari dunia lain”

“Bagaimana pasukan aku hendak memenangi perlawanan ini, jika ada makhluk asing dalam pasukan mereka. Ini tidak adil”

Buffon Antara Pemain Bertaraf Dunia Yang Mengatakan Messi Adalah Makhluk Asing. [Scoopnest.com]

Lebih kurang begitulah rungutan jurulatih-jurulatih jika ditemuramah oleh wartawan selepas tamat perlawanan menentang pasukan yang diwakili oleh Messi.

Jadi, artikel pada kali ini akan membawa anda semua menyelami perasaan cintaku terhadap Neelofa.

Kenapa dia masih menunggu Fattah Amin. Kenapa? Apa kurangnya aku? Apa lebihnya dia? Jelaskan Lofa..jelaskan!!

Maaf aku tercerita masalah percintaan aku pula. Berbalik kepada Messi. Mari sama- sama kita mengenali lebih mendalam lagi siapakah sebenar-benarnya Messi ini.

1. Nama sebenar Messi adalah Lionel Andres “Leo” Messi Cuccittini.

2. Beliau lahir pada tanggal 24 June 1987 di Santa Fe Province, Rosario, Argentina.

3. Ayahnya bernama Jorge merupakan perkerja kilang, manakala emaknya bernama Celia Maria Messi berkerja menjadi pencuci.

4. Messi mula bermain bola seawal 5 tahun lagi. Beliau bermain di kelab yang bernama Grandoli yang dipimpin oleh ayahnya sendiri.

Messi Bersama-sama Ayahnya [Soccerinfomania.com]

5. Apabila beliau berumur 11 tahun, beliau telah disahkan menghidapi penyakit yang agak ganjil. Iatu penyakit pembantutan hormom ketinggian. Ibu bapa beliau telah tidak mampu untuk menampung kos rawatan Messi yang mencecah 900 dollar sebulan.

Pasukan yang berminat untuk menandatangani beliau ketika iatu River Plate pula tidak sanggup untuk membayar kos rawatan. Sekaligus membatalkan niat River Plate untuk melamar beliau. Aku syak river plate tengah menangis tepi bucu katil menyesal punya pasal.

6. Kos perubatan yang tinggi menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Argentina dan tekalah pasukan mana yang sanggup menampung perubatan Messi?

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Pasukan Barcelona. Atas sebab itu mungkin beliau merasakan terhutang budi dengan bantuan yang dihulurkan oleh Barcelona. Dan selebihnya menjadi sejarah.

7. Messi adalah pemain pertama yang memenangi anugerah FIFA/Ballon’s d’Or  sebanyak 4 kali berturut-turut dan juga pemain pertama yang memenangi anugerah kasut emas eropah sebanyak 3 kali .

8. Nama Messi tercatat di Guinness World Record sebagai pemain bola yang berjaya menjaringkan 91 gol dalam satu musim.

9. Messi adalah seorang sangat setia. Teman wanitanya yang bernama Antonella Roccuzo adalah teman wanitanya yang dikenali sejak kecil lagi dan telah mempunyai anak yang bernama Thiago.

Hah. Tengoklah Roccuzo Ini. Lepas Itu Tengok Bini Atau Teman Wanita Korang. [Goal.com]

10. Pada umur 21, beliau telah tersenarai dalam percalonan pemain terbaik dunia FIFA 2008.

11. Pada umur 22, beliau berjaya merangkul anugerah Pemain Dunia FIFA

12. Pada umur 25 tahun beliau telah menjaringkan sebanyak 200 gol dalam La Liga. Menjadikan beliau sebagai pemain bola sepak yang termuda dalam sejarah La Liga yang mencapai angka tersebut.

13. Ayahnya juga adalah pemain bola sepak, namun terpaksa berhenti kerana memasuki pasukan tentera. Abangnya Rodrigo juga pemain bola yang bermain posisi penyerang untuk kelab Rosario, namun terpaksa bersara awal keran terlibat kemalangan.

Adiknya pula iatu Matias adalah seorang pertahanan yang bermain di kelab Newell namun bersara awal pada umur 27 tahun kerana tidak melakukan sebarang peningkatan.

14. Messi tidak mempunyai agen. Semuanya diuruskan oleh ayah dan abangnya sendiri.

15. Messi juga telah berjaya menjaringkan sebanyak 500 gol untuk kelabnya Barcelona.

16. Messi juga sering kali dibandingkan dengan seorang lagi pemain sensasi dunia iatu Cristiano Ronaldo. Perbandingan yang akhirnya mewujudan pergaduhan yang tiada kesudahannya. Sedangkan kedua-kedua pemain ini memang berbeza dari segi permainan dan juga fizikal.

Cuba Korang Buat Eksperimen. Post Gambar Ini Di Wall Korang. Maka Berduyun-duyun Bangsa Ronaldo Dan Bangsa Messi Yang Akan Berperang.

17. Ketinggian Messi hanyalah 1.69 meter.

18. Messi ada pemegang dua passport. Pertama Argentina, negara kelahirannya sendiri. Passport ke dua adalah Sepanyol. Dia memperoleh penduduk tetap Sepanyol pada tahun 2005.

19. Oleh sebab dia mempunyai passport Sepanyol, kerajaan Sepanyol pernah menawarkan beliau peluang untuk bermain bersama Sepanyol. Tetapi Messi menolak tawaran tersebut.

20. Messi juga bukan sahaja hebat di padang bola, tetapi beliau juga hebat dalam melakukan kebajikan. Beliau mempunyai satu badan kebajikan yang digelar sebagai Leo Messi Foundation. Satu pertubuhan yang membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi pelajaran dan juga kesihatan.

Satu Usaha Murni Dari Leo Messi [Foundationleomessi.org]

21. Messi dikatakan sebagai seorang yang sangat pemalu. Sangat susah untuk berhubung dengan beliau melalui telefon. Kebanyakkannya akan menaip mesej melalui sms sahaja. Pemalu macam aku Messi ini rupanya.

22. Messi tidak akan pernah menjulang Piala AFF Suzuki. Aku berani kerat jarilah.

Eat That Messi!! [ Theborneopost.com]

23. Ahh apa lagi aku nak kelentong korang ini.

Aku rasa cukuplah setakat ini info tentang Messi. Cuma satu je aku nak pesan, kepada semua penyokong bola sepak di Malaysia, para pengulas sukan di tv dan pakar-pakar sukan di Malaysia ini. Hentikanlah dari menyamakan pemain bola sepak kita dengan beliau.

Ini tak, pantang pemain tu kecil, pendek dan lincah mengelecek. Terus samakan dengan Messi. Messi Sabah, Messi Pahang, Messi Kedah, Messi Terengganu.

Messi jadah apanya kalau tahan bola berterabur dan melambung tinggi?

Baca Juga

Baca Juga