Messi Menamakan 8 Pemain Yang Bakal Menyerlah di Piala Dunia

Kehangatan Piala Dunia semakin panas dan semakin semakin kuat debarannya walaupun Negaraku yang tercinta tidak pernah layak. Sedih aku pedih mengenangkan nasib, namun kecintaan kepada bola sepak membuatkan ketidak sabaran menanti sepak mula Piala Dunia.

Piala Dunia Russia ini mungkin merupakan Piala Dunia terakhir buat pemain paling ajaib di dunia itu dan Messi telah menyebut 8 pemain yang akan menyerlah ketika ditanya pemain manakah yang beliau lihat akan bersinar di kejohanan paling berprestij itu?

Pemain yang dipilih oleh Messi ini terdiri daripada semua posisi dan peringkat usia dan sudah tentu tiada nama Cristiano Ronaldo.

Tiada pemain dari Jerman dipilih Messi tetapi Messi menganggap Jerman sebuah pasukan yang solid. Lapan pemain menjadi pilihan Messi ini terdiri daripada 4 negara.

“Brazil mempunyai Neymar dan Philippe Coutinho. Sepanyok pula mempunyai Andres Iniesta dan David Silva. Jerman pula tiada pemain bintang tetapi mereka sangat padu.”

“Belgium pula mempunyai Eden Hazard dan Kevin De Bryune manakal Perancis mempunyai Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe. Kejohanan ini dipenuhi dengan pemain yang bagus.”

Messi yang mempunyai pengalaman manis bermain bersama Iniesta ketika remaja hingga menjadi Ketua Pemuda bahagian sudah tentu tahu kemampuan dan kehebatan pemain tengah itu yang bakal beraksi di Jepun musim depan.

Bersama Neymar pula, Messi membentuk gandingan sehati berdansa yang sangat prolifik serta menggerunkan sebelum Neymar ke PSG. Kini Messi bergandingan dengan Coutinho pula.

Jadi tidak perlu digusarkan kenapa Messi memilih mereka berlapan :

1. Neymar
2. Philippe Coutinho
3. Andres Iniesta
4. David Silva
5. Eden Hazard
6. Kevin De Bryune
7. Antoine Griezmann
8. Kylian Mbappe.

Antara mereka berlapan siapa paling menyerlah setakat ini?

Tiada pemain Jerman, macam tahu-tahu je Jerman pulang awal.

Gandingan David Silva dan Kevin De Bryune sudah terbukti di Premier League apabila mudah bergelar juara. Gandingan Silva dan Iniesta sudah lama terbukti padu seperti cinta kau dan aku.

Gandingan Hazard dan De Bryune dijangka meletup pada Piala Dunia kali ini selepas gagal melepasi jangkaan dalam kejohanan terdahulu bersama Setan Merah.

Adakah Messi memilih Antoine Griezmann kerana bakal menjadi gandingan dan suri hati Messi di Barcelona musim depan? Kylian Mbappe pula tidak perlu di pertikaikan lagi pemain muda yang konsisten dan menghiburkan.

Jika sentuhan penyudah Mbappe dapat ditajamkan lagi maka tiada apa lagi yang dapat menghalang.

Argentina diundi berada dalam Kumpulan D bersama pasukan yang mempunyai kelebihan masing-masing :

1. Iceland – Mempunyai penyokong terbaik
2. Croatia – Mempunyai pemain tengah yang sedap
3. Nigeria – Mempunyai jersi yang menawan

Argentina tak boleh pergi jauh tak tahu nak kata apa la. Ini semua pilihan Messi, jadi korang setuju ke tak Messi bukan kisah pun.

Ternyata Argentina tidak dapat pergi jauh kerana itulah Messi tidak memilih diri sendiri dan juga Ronaldo. Dua-dua tak pergi jauh.

Lebih sedap Messi dan Argentina ditunjukkan jalan keluar ke lapangan terbang di Piala Dunia 2018 oleh Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

Mesti fobia Messi dengar nama Mbappe.

Baca Juga

Baca Juga