Messi Mengikat Perjanjian Baru Bersama Barcelona

Barcelona telah mengesahkan bahawa Lionel Messi akhirnya telah bersetuju dan menandatangani kontrak baru dengan kelab Catalan itu.

Perjanjian baru itu bakal menyaksikan Messi akan kekal di Barcelona sehingga 30 Jun 2021 dan klausa pelepasan Messi adalah sebanyak £626 juta bersamaan RM 3433.96 juta atau RM3.4 bilion.

Kontrak baru Messi ini juga telah menyaksikan terbunuhnya harapan Pengurus Manchester City, Pep Guardiola untuk kembali bersatu bersama Messi.

Pada bulan Julai lalu Barcelona telah mengumumkan bahawa Messi akan kekal bersama mereka sempena hari perkahwinan Messi. Namun selepas itu telah didedahkan bahawa tiada persetujuan yang dimeterai oleh Barca dan Messi.

Kini segalanya sudah sah, semua peminat boleh duduk dan bertenang apabila kontrak baru sudah ditandatangan sebagai tanda persetujuan. Ini merupakan kali ke-8 Messi memperbaharui ikrar bersama Baecelona.

Kenyataan rasmi dari Barcelona menyebut :

“FC Barcelona dan Messi telah menandatangani kontrak baru pada pagi Sabtu dan pemain bintang Argentina itu akan kekal sehingga musim 2020/21.”

“Klausa pelepasan telah ditetapkan pada tanda harga €700m (£626m).”

“Apabila perjanjian ini tamat, penyerang berusia 30 tahun ini telah menghabiskan masa selama 17 tahun bersama pasukan utama.”

Sejak jendela perpindahan musim panas lalu status Messi samada perawan atau janda menjadi tanda tanya dan dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuklah Pep Guardiola.

Messi dijangka bakal menikmati gaji sekitar £500k seminggu sedikit lebih berbanding gaji penulis.

Pada awalnya klausa Messi hanya just £300 juta sahaja, namun dengan penebusan kontrak oleh PSG ke atas Neymar dan kegagalan mendapatkan Coutinho, maka dinaikkan jumlah pelepasan Messi.

Messi menyertai Barcelona pada tahun 2000 pada usia 13 tahun dan membuat penampilan profesional yang pertama pada usia 17 tahun menentang Espanyol.

Baca Juga

Baca Juga