Messi Patut Tinggalkan Barcelona Untuk Buktikan Kehebatan : Raiola

Ejen bola sepak terkemuka dunia, Mino Raiola berkata sekarang ada masa yang terbaik buat bekas pemain terbaik dunia, Leo Messi untuk berpindah meninggalkan Barcelona tatkala bertebaran khabar angin yang mengatakan dia dirisik oleh Manchester City.

Menurut Raiola, Messi perlu berpindah untuk buktikan kehebatannya di liga selain La Liga.

Buat masa ini, Messi dikatakan sudah bersetuju dengan terma baru kontraknya bersama kelab Catalonia namun tandatangan masih belum diturunkan dan ini membuka peluang buat bekas jurulatihnya di England untuk membawanya ke sana.

Raiola bukanlah ejen Messi namun dia percaya sekarang adalah masa yang terbaik untuknya berpindah.

“Seorang pemain seperti Messi ni patut cuba pengalaman baru dengan kelab lain dan buktikan betapa hebatnya dirinya itu,” kata Raiola menerusi Marca.

“Hello Messi, nak aku jadi ejen tak?” | Gambar : 101greatgoals

“Lagipun Barcelona perlu disusun semula,” tambahnya lagi.

Raiola mempunyai senarai pemain yang agak ramai seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku, Marco Verratti, Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic.

Messi merupakan penjaring terbanyak Barcelona dan La Liga sepanjang masa dengan 351 gol, memenangi 29 trofi termasuk empat Liga Juara-juara dan lapan La Liga.

Raiola juga turut berkongsi  pandangan mengenai perpindahan Neymar ke PSG.

“Harga pemain macam dulu memang takkan wujud dah. Sekarang ni yang pemain adalah negara dan ini sudah meyimpang daripada bola sepak,” ujarnya.

“Tapi perpindahan yang bernilai €200 juta akan jadi perkara biasa nanti, dan orang dah tak meroyan,” tambahnya lagi.

Sumber berita : Sportkeeda

Baca Juga

Baca Juga