Messi Perlu Ditembak – Pengurus Pasukan La Liga

Quique Setien, jurulatih Las Palmas telah menemui cara yang efektif untuk menyekat penyerang berbisa Barcelona, Leo Messi. Menurut Setien, menyekat pemain Argentina itu di atas padang adalah satu tugas yang paling sukar bagi mana-mana pemain atau pasukan sekalipun, maka Setien terfikir satu cara yang belum pernah dilakukan dalam sejarah bola sepak dunia.

Bagi Setien, Messi hanya boleh disekat sekiranya dia ditembak oleh penembak tepat, atau dalam bahasa mudahnya sniper.

Setien berkata demikian sebelum perlawanan antara Las Palmas dan Barcelona pada hujung minggu lalu.

Quique Setien – jurulatih Las Palmas. | Gambar : Weltfussball

“Dengan beberapa sniper di tempat duduk penyokong (barulah Messi boleh disekat),” kata Setien.

Leo Messi setakat ini telah menjaringkan lebih 50 gol dalam semua pertandingan

“Apabila para pemain ini berada di puncak prestasi, Messi, Neymar dan Luiz Suarez akan melipatgandakan lagi ketajaman pasukan dan tiada siapa yang boleh menyekat mereka.

“Lagi satu, kita juga berharap mereka ini akan tertidur ketika perlawanan,” tambah Setien lagi.

Dalam perlawanan menentang Barcelona tempoh hari, Las Palmas tewas 1-4 di laman sendiri, hasil hatrik Neymar dan satu gol Suarez. Messi tidak menjaringkan gol, mungkin kerana risau ditembak agaknya.

Akan tetapi, Setien lupa selain menggunakan khidmat sniper, ada banyak cara yang lebih mudah untuk menyekat Messi. Setien boleh mengupah pemandu bas untuk melanggar Messi ketika melintas jalan, atau rampas kapal terbang dan langgar rumah Messi.

Paling senang, Setien boleh mengugut Messi dengan tamparan Mat Over sekiranya Messi berhasrat untuk menjaringkan gol.

Musim ini, Las Palmas akan menamatkan liga di luar 10 pasukan teratas dan Setien telah memberitahu bahawa dia akan meletakkan jawatan pada penghujung Mei nanti.

Berita hambar ini diambil dari Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga