Messi Senaraikan 15 Pemain Muda Terbaik Dunia Pilihannya

Lionel Messi sememangnya seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Pencapaian yang beliau kecapi tidak boleh dipertikaikan untuk mengangkat beliau sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Pemain kebangsaan Argentina dan Barcelona itu sudah memenangi enam gelaran Ballon d’or sepanjang kariernya.

Beliau telah menjaringkan 627 gol dari 718 penampilan di Nou Camp untuk pasukan Barcelona. Satu pencapaian yang luar biasa hebat.

Tetapi apa yang akan dilakukan oleh pemain ini selepas beliau menggantung boots nya nanti?

Adakah beliau akan meneruskan kerjayanya dari pemain bola sepak kepada pengurus bola sepak yang berjaya?

Satu hal yang pasti tentang Messi adalah, beliau selalu tahu kelebihan seseorang pemain dan beliau hebat dalam menilai kebolehan seseorang pemain itu.

Lionel Messi telah membuktikan kelebihan yang beliau miliki dengan menyenaraikan 15 pemain muda yang beliau nilai bakal menjadi bintang besar satu hari nanti.

Ketika ditanya kepada Messi siapakah antara pemain muda yang beliau rasa mempunyai masa depan yang cemerlang dalam sukan bola sepak ini.

Messi dengan tenang telah menyenaraikan 15 pemain berserta alasan kenapa beliau merasakan kesemua 15 pemain itu mempunyai masa depan dalam sukan bola sepak ini.

Senarai pemain muda pilihan Messi:

1) Trent Alexander-Arnold :

Pemain pertahanan yang laju, sangat hebat ketika membantu bahagian serangan.

2)Christian Pulisic :

Mempunyai daya kawalan bola yang baik, seorang yang berani dan mempunyai ketangkasan yang luar biasa.

3)Mason Mount :

Pernah menonton aksi pemain ini dan diyakini pemain ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pemain terbaik satu hari nanti.

4)Phil Foden :

Beliau sentiasa melakukan sesuatu yang menakjubkan ketika beraksi dan mempunyai bakat yang hebat.

5)Jadon Sancho :

Kebolehan menggelecek melepasi pertahanan sangat menakjubkan, mempunyai gaya penyudah yang hebat.

6)Luka Jovic :

Seorang pemain yang mempunyai kemampuan luar biasa dengan melakukan sesuatu hal yang mustahil menjadi tidak mustahil.

7)Kai Havertz :

Keselesaan pemain ini dihadapan gol sangat mengagumkan. Keberanian pemain semuda ini untuk berhadapan pertahanan lebih berpengalaman sungguh luar biasa.

8)Eder Militao :

Mempunyai bakat yang sangat phenomenal, mempunyai daya saing yang sangat tinggi.

9)Ousmane Dembele :

Mempunyai ketangkasan yang hebat, pemain yang sering menunjukkan peningkatan dalam setiap aksinya.

10)Houssem Aouar :

Beliau sentiasa bertenang ketika menerima bola dikakinya, mempunyai skill dan teknik permainan yang sungguh berkualiti.

11)Frenkie de Jong :

Seorang pemain yang sangat kreative dan mempunyai ketepatan dalam membuat hantaran.

12)Joao Felix :

Salah seorang pemain muda paling mengujakan di dunia setakat ini. Bakal menjadi pemain yang paling digeruni lawan tidak lama lagi.

13)Kylian Mbappe :

Pemain yang mempunyai kelajuan yang hebat serta mempunyai daya penyudah yang mantap. Pemain yang sungguh berbahaya di bahagian serangan.

14)Joshua Kimmich :

Pemain pertahanan yang sungguh berbakat, sering kali terlibat dalam bantuan jaringan.

15)Benjamin Pavard :

Pertahanan yang mempunyai kelas tersendiri, selain dari mampu untuk menyerang dengan baik. Beliau boleh dianggap pakar bola mati.

Berikut adalah 15 pemain muda yang diyakini bukan hanya Messi tetapi ramai pihak bersetuju bahawa mereka bakal menjadi bintang besar satu hari nanti.

Pemain-pemain muda ini seharusnya berbangga apabila menerima pujian dari seorang pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi.

BACA:  Argentina Daftar Messi Jadi Pembantu Jurulatih