Messi Setuju Dengan Tawaran Kontrak Baru Selama Lima Tahun Dengan Pemotongan Gaji Yang Tinggi

Lionel Messi dijangka akan kekal bersama Barcelona untuk tempoh lima tahun akan datang, selepas beliau akhirnya bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru dengan kelab.

Bintang Argentina itu juga dilaporkan telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru dengan pemotongan gaji yang agak banyak.

Messi secara dasarnya merupakan pemain berstatus free ejen pada ketika ini, selepas kontraknya bersama Barcelona tamat pada penghujung bulan lalu.

Seperti yang dijangka, beliau sememangnya akan kekal bersama kelab di mana membantu beliau memenangi enam gelaran Ballon D’or sebelum ini.

Namun sehingga kini, hal tersebut masih belum boleh disahkan memandangkan beliau masih belum menandatangani perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, hal tersebut sudah hampir pasti untuk berlaku selepas Messi mengesahkan yang beliau sanggup menerima pemotongan gaji yang banyak untuk kekal di Nou Camp.

Media Sepanyol, SPORT mendakwa yang bintang berusia 34 tahun itu akan menandatangani perjanjian baru selama lima tahun dan turut sanggup menerima pemotongan gaji kerana faham dengan kedudukan ekonomi kelab pada ketika ini.

Keadaan ekonomi kelab pada ketika ini sama sekali tidak mengizinkan Barca untuk menawarkan gaji yang tinggi kepada Messi, bahkan turut tidak mampu untuk menawarkan kadar gaji yang sama seperti sebelum ini.

Walau secara dasarnya kedua-dua belah pihak sudah bersetuju dengan perjanjian tersebut, namun hal ini tidak akan diumumkan sehingga penghujung Julai ini.

Masih ada beberapa hal lain yang harus diutamakan dan peguam kedua-dua belah pihak akan meneliti keseluruhan perjanjian tersebut terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, klausa perlepasan untuk pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu dilaporkan bernilai €350 juta.

Berita bahawa Messi sanggup menerima pemotongan gaji yang banyak tentunya akan memberi kelegaan kepada Ronald Koeman dengan beliau boleh menggunakan kelebihan tersebut untuk mendaftarkan pemain baru.

Kurang setahun lalu, Messi dengan terbuka telah menyatakan hasrat beliau untuk meninggalkan Nou Camp, selepas kekalahan memalukan Barca di tangan Bayern Munich dalam saingan Champions League.

Messi teruja ketika menjulang Copa Del Rey musim lalu

Ketua pasukan Barcelona itu berharap yang beliau akan dibenarkan pergi secara percuma ekoran dari perjanjiannya bersama kelab, namun permintaan beliau itu telah ditolak.

Ia sepertinya beliau ketika itu harus menunggu hingga akhir musim untuk pergi meninggalkan kelab sebagai pemain berstatus free ejen.

Beliau hangat dikaitkan akan sertai Paris Saint Germain dan Manchester City pada ketika itu, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, beberapa bulan selepas bermulanya musim baharu, beliau dilihat semakin gembira dan selesa untuk kekal bersama kelab yang sudah beliau sertai sejak 21 tahun lalu itu.

Messi telah menunjukkan mengapa Barca dan kelab-kelab gergasi dunia lain begitu terdesak untuk mendapatkan khidmatnya selepas mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan dalam saingan Copa America.

Pemain kebangsaan Argentina itu berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang kejohanan ini dengan beliau telah menyapu bersih semua anugerah yang ada.

Beliau memenangi anugerah penjaring terbanyak kejohanan dan turut memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan selepas membantu Argentina menjuarai Copa America.

Kejayaan tersebut sememangnya kejayaan yang sangat manis untuk Lionel Messi memandangkan ia merupakan Piala pertama yang beliau julang bersama skuad kebangsaan Argentina.

Kejayaan tersebut juga merupakan yang pertama untuk Argentina sejak kali terakhir mereka menjulang Piala adalah pada tahun 1993.

Serigo Aguero menandatangani perjanjian bersama Barcelona

Statistik yang Messi capai sepanjang tahun ini juga sungguh luar biasa menakjubkan dan boleh dikatakan beliau merupakan calon terbaik untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Messi berkemungkinan berminat untuk kekal di Nou Camp selepas kelab menandatangani rakan senegaranya yang juga sahabat karib beliau, Sergio Aguero.

Barcelona menandatangani Sergio Aguero secara percuma selepas bintang Argentina itu meninggalkan Manchester City pada penghujung musim lalu.

Pemain terhebat sepanjang zaman Manchester City itu meninggalkan Etihad selepas kontraknya selama 10 tahun tamat dan beberapa hari sahaja selepas itu, beliau telah menandatangani perjanjian bersama Barcelona.

Kini Messi sudah menyatakan persetujuan beliau untuk kekal, bahkan sanggup untuk menerima pemotongan gaji, maka tidak boleh dinafikan lagi yang beliau akan terus dikenang sebagai legenda terhebat sepanjang zaman Barcelona.

Sumber: SPORTbible

SPORT

Fabrizio Romano

BACA:  Hanya 4 Pemain Liga Perdana Inggeris Tersenarai Dalam Top 100 Atlet Terkaya Di Dunia