Mesut Ozil Mahu Jersi Nombor 10 Arsenal Peninggalan Wilshere

Mesut Ozil menyatakan keinginan untuk memakai jersi nombor 10 yang tidak bertuan selepas Wilshere di pinjamkan ke Bournemouth musim ini dalam perbincangan bersama Arsenal untuk melanjutkan kontrak baru.

Pemain berusia 27 tahun itu telah mengambil alih jersi nombor 10 Jerman selepas persaraan Lukas Podolski dan mengakui mahu memakai nombor yang sama di Arsenal. Ozil berkata, sekarang adalah peluang beliau untuk memenuhi keinginan memakai nombor itu selepas Wilshere di pinjamkan untuk musim ini.

“Nombor tersebut sudah tidak berpunya dan sesungguhnya saya akan mendapatkannya” Ujar Ozil kepada Surat Khabar Jerman Express.

“Sudah beberapa tahun saya mahu memakai nombor ini bersama Jerman tetapi Lukas Podolski juga mahukannya. Oleh kerana Podolski bermain lebih lama dari saya beliau memiliki nombor tersebut. Tapi kini nombor itu milik saya”

“Saya pernah memberi isyarat kepada Arsenal sebelum ini kerana nombor ini sesuai untuk saya sebagai seorang perancang”

“Bagi saya nombor 10 ini sangat bermakana dan merupakan nombor kegemaran saya. Ramai lagenda bolasepak seperti Zinedine Zidane, Diego Maradona dan Pele memakai nombor ini. Gila kau kalau tak nak pakai”

Untuk rekod Ozil masih mempunyai baki kontrak 2 tahun bersama Arsenal, tapi khabar angin bertiup menyatakan bahawa Wenger bakal mengikat Perancang utama Arsenal ini untuk satu tempoh masa yang panjang melalui kontrak baru.

Ozil percaya perbincangan dengan kelab akan diadakan dalam masa terdekat dan pada masa ini Ozil mahu fokus kepada pasukan kebangsaan. Perlawanan seterusnya Ozil bersama Arsenal di Emirates Stadium menentang Southampton selepas international break.

Sumber : ESPNFC

Baca Juga

Baca Juga