Micah Richards Bertekak Dengan Sourness Berkait Isu Pogba

Micah Richards terlibat dalam satu perdebatan panas dengan Graeme Souness berkait layanan yang diterima oleh Paul Pogba berbanding Harry Kane ketika mereka sedang bersiaran secara langsung.

Kane yang ketika ini sudah berusia 28 tahun itu telah mendedahkan keinginannya untuk meninggalkan Tottenham Hotspur pada musim panas ini.

Beliau mahu meninggalkan Spurs kerana mahu menyertai pasukan yang boleh menjanjikan kejuaraan padanya dengan Manchester City merupakan pasukan paling hangat dikaitkan bakal menandatangani Kane.

Walau bagaimanapun, chairman Spurs, Daniel Levy dilaporkan tidak berminat sama sekali untuk melepaskan Kane walaupun City sanggup membayar sehingga £140 juta.

Oleh yang demikian, Kane berkemungkinan akan kekal beraksi bersama Tottenham Hotspur sehingga kontraknya tamat pada 2024 nanti.

Media UK sebelum ini pernah melaporkan tentang bagaimana Kane tidak turun menjalani sesi latihan bersama skuad Tottenham Hotspur.

Selepas menyelesaikan tugas bersama skuad kebangsaan England, para pemain diberikan cuti rehat, dan ketika Kane sepatutnya melaporkan diri ke padang latihan, beliau gagal untuk melakukan hal tersebut.

Spurs juga dilaporkan merasa sangat kecewa selepas melihat Kane melanjutkan lagi cutinya dengan beliau terbang ke Florida dari Bahamas untuk menyambung lagi cuti rehatnya.

Walau rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan England awal-awal sudah mendedahkan yang Kane tidak akan turun sertai latihan bersama skuad Tottenham, namun pemain penyerang itu menegaskan yang beliau tidak pernah sengaja untuk tidak menyertai sesi latihan.

Beliau telah diketepikan dari skuad Tottenham Hotspur ketika bertemu Man City awal pagi tadi, yang mana skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu berjaya menewaskan Juara bertahan Premier League dengan keputusan 1-0.

Layanan yang diberikan kepada Kane telah dipertikaikan oleh Micah Richards yang mempersoalkan mengapa Pogba sentiasa mendapat layanan yang berbeza.

Kontrak semasa Paul Pogba bersama Manchester United akan berakhir pada musim panas akan datang, dan beliau sebelum ini teruk dikritik oleh para peminat selepas ejennya, Mino Raiola mendedahkan hasratnya untuk membawa bintang Perancis itu pergi meninggalkan Old Trafford.

Walau bagaimanapun, Richards menganggap ia sangat tidak adil untuk Pogba dikecam seperti itu sedangkan beliau langsung tidak membuat sebarang kenyataan.

Segala kenyataan yang tular di media adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mino Raiola, jadi wajar untuk Micah Richards mempertahankan Pogba dari menjadi mangsa kecaman.

Bercakap di studio Sky Sports, bekas pemain pertahanan kanan Man City itu telah menyatakan bahawa:

“Ejen dia (Mino Raiola) merupakan Individu yang bercakap, tapi dia (Pogba) langsung tak buat apa-apa.”

“Dia cuma turun ke padang dan cuba lakukan yang terbaik dia mampu lakukan. Dan Kane juga sama, tapi itu adalah apa yang pemain mahu lakukan. Saya tak pernah dengar dia (Pogba) cakap apa-apa.”

Souness kemudiannya mencelah kenyataan dari Richards dengan menyatakan yang Raiola mengeluarkan kenyataan kerana beliau menyampaikan hasrat pemain.

Penyampai Sky Sports yang turut ada di situ, Gary Neville kemudiannya mencelah dengan menyatakan yang Pogba langsung tak pernah menafikan apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh ejennya sebelum ini.

Richards menganggap Pogba tidak pernah menafikan segala dakwaan itu kerana beliau tidak mahu menentang ejennya secara terang-terangan dan apa yang pasti bintang Perancis itu tidak pernah menyatakan beliau bersetuju dengan dakwaan dari Raiola.

Pogba jelas mempamerkan aksi yang sangat cemerlang ketika beraksi bertemu Leeds United kemarin

Bekas pemain yang kini berusia 33 tahun itu kemudiannya membantah kenyataan Souness dengan membandingkan layanan yang diterima oleh Kane berbanding Paul Pogba.

“Tidak, tapi saya hanya menyebutnya kerana ia merupakan situasi yang hampir sama seperti Kane.”

Jelas Micah Richards.

“Kane tidak datang sertai sesi latihan, dan kita semua anggap dia tak salah, Pogba tak pernah cakap dia hendak meninggalkan United, tapi dia kena serang.”

Graeme Souness juga langsung tidak teruja atau kagum dengan persembahan Paul Pogba ketika aksi Manchester United bertemu Leeds United malam kemarin.

Walaupun pemain kebangsaan Perancis itu telah mempamerkan rentak persembahan yang sungguh menakjubkan, namun Souness menganggap ia hanya aksi biasa dari pemain mega seperti Pogba.

Pemain midfield itu berjaya mencatatkan empat assists dari lima gol yang berjaya dijaringkan oleh setan merah ketika membelasah Leeds United 5-1.

Kebanyakan peminat dilihat benar-benar teruja dengan persembahan yang dipamerkan oleh bekas bintang Juventus itu.

Walau bagaimanapun, Graeme Souness langsung tidak menunjukkan rasa kagum atau terujanya beliau melihat persembahan Pogba, dengan beliau menganggap Mason Greenwood sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Ketika Micah Richards mencelah dengan menyebut tentang Pogba, bekas bintang Liverpool itu dengan segera menyatakan yang empat assist dari Pogba merupakan satu hal yang memang sudah dijangka.

Greenwood yang dipuji oleh Souness merupakan salah seorang penjaring gol untuk setan merah dan beliau sememangnya mempamerkan aksi persembahan yang cukup mantap di posisi serangan United.

Walau bagaimanapun, agak mengejutkan untuk memikirkan mengapa Souness lebih mengagumi aksi Greenwood berbanding Pogba yang jelas lebih cemerlang ketika aksi bertemu Leeds kemarin.

Satu hal yang menarik tentang kenyataan dari Sourness adalah nilai Pogba sebenarnya bukanlah £100 juta seperti apa yang beliau dakwa.

Sementara Jack Grealish yang ditandatangani dengan nilai £100 juta turut gagal untuk menjaringkan gol atau pun mencatatkan assists ketika beraksi bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Jadi bagaimana Sourness boleh mengeluarkan kenyataan yang beliau sudah menjangkakan empat assists dari pemain bernilai £100 juta.

Mungkin benar kata Micah Richards yang Pogba tidak dipuji kerana beliau bukan orang Inggeris dan kerana itulah setiap aksi cemerlangnya tidak akan dihargai dan setiap kesilapannya akan dikecam.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Graeme Souness Pertikai Tentang Mengapa United Menandatangani Sancho