Michael Carrick Jelaskan Kenapa Bruno Fernandes di Bangku Simpanan

Pengurus sementara Manchester United Michael ‘Caretaker’ Carrick telah menjelaskan dengan memberikan sebab musabab kenapa Bruno Fernandes berada di bangku simpanan ketika menentang Villarreal.

Dengan pemergian Ole Gunnar Solskjaer yang sudah tibanya masanya, Michael Carrick menjadi pengendali Manchester United yang kini dalam proses mencari pengurus Interim untuk memimpin sehingga ke akhir musim.

Bruno Fernandes merupakan pemain terbaik Manchester United selepas beliau tiba di Old Trafford tahun lalu namun Michael Carrick tidak teragak-agak untuk menurunkan Donny Van De Beek.

Ramai menunggu kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Michael Carrick dalam perlawanan pertamanya yang pasti akan ada perubahan mengikut cita rasa beliau.

Kejutan Bruno Fernandes telah direhatkan bagi memberi peluang kepada Donny Van De Beek mengepalai jentera tengah dari kesebelasan utama adalah perkara rare dan berani.

Gandingan gandar berganda Scott McTominay dan Fred dikekalkan. Anthonya Martial bermula di sayap sebelah kiri dan Alex Telles turun menggantikan Luke Shaw yang mengalami kecederaan ketika tewas kepada Watford.

Sebelum perlawanan berlangsung, Michael Carrick menjawab persoalan ramai dengan menjelaskan kenapa Bruno Fernandes direhatkan dengan alasan yang masuk akal.

“Tiada seorang pun pemain dalam pasukan berada dalam prestasi terbaik. Tiada apa yang nak disembunyikan dan kami tahu hakikat ini tetapi pemain perlu dipilih untuk pasukan.”

“Aku sukakan Bruno, dia seorang pemain yang menakjubkan dan seorang yang baik. Dia memberikan segalanya dan juga bermain banyak perlawanan.”

“Memilih pemain adalah satu tugas, kerana itulah aku di sini. Dengan pemain yang aku pilih ini tidak bermakna Bruno bukan pemain yang penting.”

Untuk setakat musim ini, Bruno Fernandes agak teruk dan bermain dibawah prestasi sebenar. Di Premier League Bruno hanya mencatatkan satu on target dalam dua bulan terakhir.

Ketika tewas kepada Watford Bruno hilang dipadang walaupun turun beraksi dan Donny Van De Beek mempamerkan aksi paling cemerlang maka tidak peliklah VDB dipilih.

“Saya hanya berkhidmat selama 48 jam, tetapi ada keputusan yang perlu dibuat dan pasukan yang perlu dipilih.”

“Pertukaran lima pemain adalah banyak untuk dipilih dalam Liga Juara-Juara, akan ada ramai pemain berpeluang memainkan peranan besar malam ini, dan hanya kerana seorang pemain berada di bangku simpanan tidak bermakna mereka tidak penting sama sekali.”

Manchester United tewas tiga kali dalam empat perlawanan terakhir kepada Watford, Manchester City dan Liverpool maka bukanlah satu kejutan apabila Carrick menuntut para pemainnya supaya meningkatkan prestasi.

Yang mengejutkan adalah apabila Bruno Fernandes menjadi contoh tauladan kepada pemain lain. Tingkatkan prestasi atau duduk bangku simpanan.

Pada minit ke-66, Michael Carrick membuat dua pertukaran serentak mengeluarkan Donny Van De Beek dan Anthony Martial dengan memasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.

Kemasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford merancakkan kembali rentak Setan Merah untuk kembali menyerang. Fred dengan tiba-tiba pandai bermain bola. McTominay juga sama.

Akhir Manchester United di depan pada minit ke-78 hasil jaringan Ronaldo dan Jadon Sancho menggandakan kedudukan pada minit ke-90 di mana Bruno Fernandes mencetak nama selaku pembuat bantuan gol.

Selepas 5 perlawanan Champions League Bruno Fernandes telah melakukan assist dalam setiap perlawanan dan Ronaldo pula menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

Michael Carrick telah memberi peluang untuk Juan Mata beraksi apabila masuk pada minit ke-90 menggantikan Jadon Sancho yang kembali menjadi Sancho yang dunia kenali dan dipilih pemain terbaik perlawanan.

Keberanian Carrick membuat penggiliran pemain adalah satu tindakan berani yang menuntuk semua pemain meningkatkan prestasi jika mahu beraksi.

Fred, McTominay dan Martial mungkin terkecuali kerana sentiasa ada tempat untuk mereka.

Villarreal 0-2 Manchester United

Perlawanan yang penting buat Manchester United menentang Villarreal dan kemenangan dicari bagi mengesahkan tempat untuk terus bersaing di Champions League dan tidak ke Europa League lagi.

Agak pelik sebenarnya Ole Gunnar Solskjaer dipecat selepas cuti panjang selama dua minggu untuk aksi perlawanan antarabangsa.

Dengan persediaan dalam tempoh masa yang singkat tiada apa yang boleh dilakukan oleh Michael Carrick namun dengan meletakkan Donny Van De Beek bermula di kesebelasan adalah perkara rare dan berani.

Bruno Fernandes telah direhatkan bagi memberi peluang kepada Donny Van De Beek mengepalai jentera tengah. Gandingan gandar berganda Scott McTominay dan Fred dikekalkan.

Anthonya Martial bermula di sayap sebelah kiri dan Alex Telles turun menggantikan Luke Shaw yang mengalami kecederaan ketika tewas kepada Watford.

Terdapat beberapa perubahan ketara dan positif dalam perlawanan ini apabila para pemain Manchester United kelihatan bermain dengan penuh yakin walaupun masih huru-hara seperti sebelum ini.

Kualiti pemain Setan Merah kembali kelihatan dan tiada kurang sedikit kedunguannya. Segalanya kesilapan diselamatkan oleh aksi kelas dunia dari David De Gea.

Tempoh 45 minit pertama menjadi milik Villarreal, Donny Van De Beek gagal mempamerkan kecemerlangan ketika menentang Watford kerana kurang sokongan daripada McFred yang berterabur permainan mereka.

Anthony Martial pula tidak berfungsi seperti biasa kelihatan seperti seorang pengurus yang sangat istimewa kerana mengendalikan permainan dari dalam padang.

Alex Telles agak bergelut namun tidak terhukum dan mampu menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0. Maguire pula tidak kelakar seperti biasa.

Ketika permainan hampir memasuki minit ke-60, David De Gea sekali lagi melakukan aksi menyelamat yang meknifisen dengan menipis keluar pecubaan Manuel Trigueros.

Permainan separuh masa kedua menyaksikan, Villarreal bertubi-tubi menekan dan melakukan serangan ke kubu Manchester United walaupun kurang mengancam.

Pada minit ke-66, Michael Carrick membuat dua pertukaran serentak mengeluarkan Donny Van De Beek dan Anthony Martial dengan memasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.

Kemasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford merancakkan kembali nafsu Setan Merah untuk kembali menyerang. Fred dengan tiba-tiba pandai bermain bola. McTominay juga sama.

Dengan keluarnya Martial dan Rashford masuk mengganti, Manchester United kembali bermain dengan 11 orang.

Pada minit ke-71, Jadon Sancho mendapat peluang terbaik Manchester United dalam perlawanan ini, apabila gelekkan melepasi pertahanan Villarreal namun percubaanya berjaya dihadang penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli.

Pemain Manchester United mula berkampung di depan kotak Villarreal dan pada minit ke-78, Cristiano Ronaldo meneruskan rutin di Champions League dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Gol berpunca dari kesilapan penjaga gol Villarreal, Geronimo Rulli yang menghantar bola kepada Etienne Capoue yang segera ditekan oleh Fred.

Cubaan Etienne Capoue membuat hantaran ke belekang tidak kesampaian apabila sampai kepada Ronaldo yang melihat Geronimo Rulli keluar jauh dari gawang.

Lalu satu lambungan terus dilakukan Ronaldo ke gawang terbuka tanpa pengawal.

Ronaldo berpeluang untuk menggandakan kedudukan selepas menerima hantaran yang tidak sampai dari Aaron Wan Bissaka namun lambungan Ronaldo kali ini sedikit tersasar.

Selang beberapa minit kemudian, Marcus Rashford pula mencuba namun tiada gol terhasil tetapi cukup membuatkan penjaga gol Villarreal menggelupur.

Jadon Sancho akhirnya membuka akaun gol bersama Manchester United dan pentas Eropah menjadi pilihan yang terus mematikan perlawanan dan peluang Villarreal.

Gol berpunca dari hantaran Ronaldo kepada Marcus Rashford yang menghantar terus kepada Bruno Fernandes.

Namun Bruno Fernandes telah terlepas bola atau disengajakan mujur ada Jadon Sancho yang terus melepaskan rembatan padu yang terus menghentam tiang sebelum bola terkulai layu di dalam gawang.

Kemenangan ini telah mengesahkan tempat Manchester United ke pusingan kalah mati dengan satu perlawanan berbaki kerana secara head to head Villarreal tidak berpeluang untuk memotong Manchester United.

Villarreal: Rulli, Foyth, Albiol, Torres, Estupinan, Capoue, Trigueros, Parejo, Moi Gomez, Pino, Danjuma.

Pemain Simpanan: Sergio Asenjo, Mario, Alcacer, Iborra, Chukwueze, Dia, Raba, Moreno, Pena, Mandi, Pedraza, Iker.

Man Utd: De Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Alex Telles, Fred, McTominay, Sancho, van de Beek, Martial, Ronaldo.

Pemain Simpanan: Bailly, Mata, Rashford, Lingard, Diallo, Bruno Fernandes, Dalot, Heaton, Henderson, Matic.

Pengadil Perlawanan: Felix Brych (Munich)

BACA:  Carrick Umum Undur Diri Selepas Mencatatkan Rekod 'Unbeaten' Sebagai Pengurus Sementara