Michael Essien, Carlton Cole Berdepan Hukuman Penjara di Indonesia

Dua bekas pemain Chelsea yang kini bermain untuk kelab Indonesia, Persib Bandung, Michael Essien dan Carlton Cole berdepan hukuman penjara di Indonesia di atas tuduhan melanggar undang-undang imigresen negara tersebut kerana bekerja secara haram.

Agensi kerajaan, Agensi Sukan Professional mendakwa kedua-dua pemain ini tidak mempunyai kertas kerja yang lengkap untuk membenarkannya bekerja sebagai pemain bola sepak professional di negara tersebut.

Lebih malang lagi, Persib Bandung juga mengakui bahawa mereka sedikit terlepas tarikh tutup permohonan untuk menghantar kertas kerja bagi kedua-dua pemain ini.

Sekiranya Essien dan Cole didapati bersalah melanggar undang-undang imigresen negara republik tersebut, mereka berdepan hukuman denda sebanyak RM160,000 dan lima tahun penjara.

Pengurus Persib Bandung, Umuh Muchtar, mendakwa mereka dilayan secara tidak adil.

“Huk aloh, mereka berada di sini adalah satu kegembiraan buat kita semua, mereka berdua mahu menaikkan nama Indonesia di mata dunia,” kata Umuh.

“Semua orang tahu yang Pak Essien ini pemain kelas dunia, bukan pendatang haram tanpa izin,” tambahnya lagi.

Umuh Muchtar

Seorang jurucakap jabatan imigresen Indonesia pula berkata mereka yang terlibat adalah golongan professional dan sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan untuk memohon permit untuk melakukan sebarang kerja di Indonesia.

Pada hari Sabtu lalu, kehadiran Essien dan Cole sekadar membawa kelab Bandung tersebut seri tanpa jaringan dengan Arema Malang.

Perlawanan berikutnya pasukan Persib Bandung adalah menentang PS TNI – Tentera Nasional Indonesia, dan kedua-dua bintang ini sedang bergelut sama ada dibenarkan bermain atau tidak.

Tegas juga undang-undang Indonesia ni.

Sumber berita : The Sun Football

Baca Juga

Baca Juga