Michael Essien Secara Rasminya Sah Menyertai Persib Bandung

Dengan sekali lafaz, kini bekas pemain Chelsea, Michael Essien secara rasmi sah menjadi sebahagian daripada keluar besar pasukan Persib Bandung untuk beraksi di Liga 1 Indonesia musim ini.

Sebelum menyertai Persib Bandung kelab terakhir Michael Essien adalah kelab dari Yunani, Panathinaikos. Essien dilaporkan bakal menjadi pemain dengan gaji tertinggi di Indonesia. Ada laporan menyebut kontrak Essien bernilai 800 000 Euro setahun.

Menurut laporan dari media Indonesia setakat ini belum kelab dari Indonesia yang rela untuk membayar sebanyak itu kepada seorang pemain dan khabar angin bertebaran gaji Essien hanya sekitar 200 000 – 300 000 Euro sahaja.

Essien kini berusia 35 tahun bakal menyarung jersi bernombor 5 dan kehadiran Essien menjadi satu harapan besar buat Persib Bandung untuk berada di puncak bersempena sambutan ke 84 tahun penubuhan kelab.

Jika karier Essien berjalan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai playmaker kepada pasukan kontrak beliau akan disambung sehingga 2018.

Baca Juga

Baca Juga