Michael Schumacher sudah berada di dalam situasi yang sudah tiada harapan dedah sahabat baiknya Roger Benoit.
Juara Formula 1 tujuh kali itu mengalami kecederaan yang boleh meragut nyawanya ketika kemalangan meluncur ais di Frech Alps pada 2013, dan sejak daripada itu tidak pernah lihat tampil di khalayak umum.
Kepala Schumacher dilaporkan terhantuk pada batu dan menjalani rawatan rapi selama 250 hari selepas dikomakan di hospital sebelum dibawa pulang ke kediamannya.
Tidak ramai yang pernah bertemu atau melihat kelibat Schumarcher selepas itu yang mengalami kecederaan otak. Laporan terkini mengenai kondisi bekas pemandu itu juga jarang dilaporkan.
Benoit adalah wartawan F1 dan merupalan sahabat baik kepada Schumarcher, dan terbaru Benoit mendakwa keadaan pemandu berusia 54 tahun itu kini sudah tidak harapan.
Michael Schumacher is ‘without hope’ after tragic skiing accident: close friend https://t.co/S5wBhIVCkz pic.twitter.com/Z1o916NKzU
— New York Post Sports (@nypostsports) September 7, 2023
Ditemubual oleh akhbar Swiss Blick, Benoit enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatan Schumarcher.
Apabila ditanya, dia hanya berkata: “Tidak. Hanya ada satu jawapan kepada soalan itu dan ia kembali kepada kenyataan anaknya Mick ketika ditemubual pada 2022 – “Saya sanggup melakukan apa sahaja demi bercakap dengan ayah.”
“Ayat ini cukup untuk menjelaskan keadaan ayahnya selepas 3,500 hari kemalangan berlaku. Ia adalah sebuah kes tanpa sebarang harapan.”
Anak lelaki Schumarcher Mick adalah pemandu Formula 1 untuk Hass pada 2021 dan 2022 dan kini bergelar pemandu simpanan kepada Mercedes and McLaren.
Pada tahun lalu, Micj berkata: “Saya berpendapat ayah dan saya, kami akan memahami satu sama lain dengan cara yang berbeza pada hari ini.
Michael Schumacher: il mistero delle sue condizioni di salute, un amico confida la triste verità
GUARDA QUI: https://t.co/mi2Rya3hVG pic.twitter.com/u6hdu5ag2i
— abruzzo24ore.tv (@abruzzo24ore) September 7, 2023
“Ada banyak perkara untuk dibualkan, dan itulah yang saya fikirkan kebanyakan masa. Ia pasti bagus jika berlaku. Saya sanggup berbuat apa sahaja untuk melalui saat seperti itu.”
Isteri kepada bekas juara F1 itu, Corina akhirnya membuka mulut selepas lapan tahun kejadian itu berlaku dalam satu dokumentari Netflix pada 2021, di mana dia mendedahkan keadaan Schumarcher tidak lagi sama sejak kecederaan tersebut, tetapi dia masih di situ.
“Michael masih di sini. Sudah lain, tetapi masih bersama kami dan itu memberikan kami kekuatan.
“Kami masih bersama. Kami tinggal di kediaman yang sama. Melakukan terapi. Kami melakukan apa sahaja untuk memastikan Michael bertambah sihat dan selesa.
“Dan untuk membuatkan dirinya merasakan diri sebahagian daripada keluarga ini, keakraban sesama kami. Saya akan melakukan apa sahaja. Kami semua akan melakukannya,” kata Corina dalam tangisan.
“Kami berusaha untuk terus hidup sebagai sebuah keluarga, dengan cara yang Michael suka sebelum ini, dan kami tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya tidak pernah menyalahkan Tuhan untuk apa yang berlaku. Ia hanya nasib malang – nasib malang yang boleh menimpa sesiapa saja.”
Rakan dan kenalan kepada keluarga Schumarcher Eddie Jordan mendedahkan Corina tidak membenarkannya untuk melawat Schumarcher.
“Sudah hampir 10 tahun dan Corinna tidak pernah menghadiri mana-mana majlis keraian, untuk keluar makan tengah hari, atau melakukan apa yang biasa dia lakukan sebelum ini.
“Dia [Corinna] seperti berada di dalam penjara kerana semua orang pasti akan mahu bertanya mengenai keadaan Michael dan dia tidak mahu mengingati insiden lepas setiap minit.
“Saya amat mengenali Corinna sebelum Michael Schumarcher.
“Saya berusaha untuk melawat Michael di awal insiden dan Corinna menolak. Itu adalah hak nya kerana terlalu ramai yang mahu melihat keadaan suaminya.”