Michel Platini Ditahan Untuk Siasatan Rasuah Pemilihan Qatar Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia 2022

Bekas Presiden UEFA, Michael Platini telah ditahan oleh polis Perancis untuk membantu siasatan berhubung pertuduhan kes rasuah dalam memilih Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Qatar telah diberikan hak sebagai Tuan Rumah Piala Dunia 2022 yang diselebungi kontroversi mengenai pemilihan ini dengan tuduhan rasuah.

Michael Platini telah ditahan pada pagi selasa.

13 tangan yang mengundi Qatar sebagai tuan rumah dan terpalit dengan kontroersi.

Platini telah diharamkan dalam semua aktiviti bola sepak selepas meneima bayaran dari Sepp Blatter.

Sebelum ini Platini, mengesahkan wujud ‘tangan ajaib’ ketika undian peringkat kumpulan Piala Dunia 1998 bagi membolehkan Perancis dan Brazil bertemu di perlawanan akhir.

Platini merupakan sebahagian daripada jawatankuasa penganjur temasya bolasepak tersebut yang dianjurkan oleh Perancis. Beliau memberitahu terdapat ‘aturan’ ketika proses pengundian peringkat kumpulan bagi merealisasikan ‘Dream Final’ yang menemukan pasukan tuan rumah, Perancis menentang juara bertahan Piala Dunia, Brazil.

Piala Dunia Edisi 1998 merupakan kali kedua Perancis menganjurkan temasya bolasepak terbesar dunia tersebut dan mereka akhirnya muncul juara dunia pada edisi tersebut selepas menewaskan Brazil dalam perlawanan akhir dengan jaringan 3-0.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane merupakan watak penting dalam kejayaan Perancis menewaskan Brazil dimana beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam aksi final tersebut.

Walaubagaimanapun, Platini memberitahu kita mungkin tidak akan dapat menyaksikan ‘Dream Final’ sekiranya tiada ‘tangan ajaib’ ketika undian peringkat kumpulan. Beliau berkata undian telah diatur bagi memastikan Brazil dan Perancis tidak bertemu kecuali dalam perlawanan akhir, dengan syarat kedua-dua pasukan perlu menjuarai kumpulan masing-masing.

Michael Platini dan Sepp Blatter, dua kleptokrat versi bolasepak. Cari makan melalui FIFA

“Ketika kami mengatur jadual perlawanan, kami ada menggunakan sedikit ‘silap mata’. Sekiranya Perancis berjaya menduduki tempat pertama dalam kumpulan [Group C] dan Brazil melakukan perkara yang sama [Group A], kedua-dua pasukan berpeluang untuk bertemu di perlawanan akhir.”

“Kami tidak menghabiskan 6 tahun yang penuh kebosanan merencana Piala Dunia tanpa melakukan sedikit muslihat. Adakah anda fikir negara lain tidak melakukan perkara yang sama ketika mereka menganjurkan Piala Dunia ?”

“Perancis bertemu Brazil merupakan perlawanan akhir yang diimpikan setiap orang.”

Platini merupakan pemenang 3 kali Ballon d’Or bersama Juventus

Selepas kejohanan tersebut, Platini dilantik menjadi Presiden UEFA tetapi pada tahun 2015, beliau telah digantung oleh badan bolasepak dunia (FIFA) selama 6 tahun berikutan salahlaku yang dilakukannya ketika menjadi presiden.

Siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Switzerland berjaya menemui ‘bayaran’ berjumlah  $2 juta dilakukan kepada Platini pada tahun 2011 sebagai ‘tidak berasas’.

Setakat ini, FIFA masih lagi belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan Platini mengenai undian Piala Dunia 1998.

Baca Juga

Baca Juga