Michu: Legenda One Season Wonder Premier League

Ramai yang tidak mengenali siapa Miguel Pérez Cuesta jika disebutkan namanya, jika disebut Michu maka sudah pasti akan terbayang seorang one season wonder yang terkenal di Premier League.

Michu adalah seorang penyerang terbaik semusim dalam sejarah Liga Perdana Inggeris. Musim terbaik yang dilalui pemain ini adalah pada 2012/13. Michu telah menamatkan kempen Liga pada ketika itu dengan 22 jaringan untuk semua pertandingan.

Dengan 18 jaringan dari 22 perlawanan yang dicapai oleh beliau pada musim itu berjaya dicipta didalam aksi Liga Perdana. Menjaringkan 18 gol dan bermain untuk pasukan seperti Swansea adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan sebenarnya.

Macam mana seorang penyerang seperti Michu boleh menjaringkan gol yang banyak ketika bermain bersama pasukan seperti Swansea?

Michu ni adalah seorang poacher, beliau mempamerkan gaya permainan poacher klasik yang mampu untuk menjaringkan gol dalam apa jua keadaan dan akan menggunakan sekecil-kecil peluang yang ada untuk dimanfaatkan.

Mudahnya beliau menjaringkan gol dalam setiap perlawanan pada ketika itu menyebabkan pemain dari liga luar beranggapan tugas untuk menjaringkan gol di Liga Perdana sebenarnya mudah.

Musim 2012/13 adalah musim yang sungguh menakjubkan untuk pemain poacher ini. Selepas mengharungi musim yang gemilang itu beliau terus menjadi sasaran bagi pasukan-pasukan gergasi lain di Premier League.

Bimbang akan kehilangan penyerang sensasi mereka, Swansea terus menawarkan kontrak baru kepada Michu.

Pada Januari 2013, Michu telah menandatangani perjanjian baru selama empat tahun bersama Swansea. Setelah dari itu, Huw Jenkins telah meletakkan tag harga dengan nilai £30 juta kepada Michu.

Dan dalam masa sama juga, khabar angin tentang Michu bakal menyertai pasukan-pasukan besar lain termasuk Arsenal tersebar meluas, jadi dengan menandatangani pemain ini, membuktikan beliau masih milik Swansea dan pasukan lain tidak boleh sewenangnya mahu mendapatkannya.

Arsenal pada ketika itu membuat lawak bukan-bukan dengan meletakkan bidaan £40,000,01 untuk mendapatkan Suarez tetapi usaha aneh lagi tidak masuk akal itu gagal.

Selepas kegagalan itu, Arsenal terus menjadikan Michu sebagai sasaran utama mereka dan mahu membawa pulang pemain itu dengan apa cara sekali pun.

Menurut Independent, selain menjadikan Michu sebagai sasaran utama, Arsenal juga dilaporkan mengintai untuk mendapatkan khidmat dari Wayne Rooney yang dilihat masa depannya masih tidak menentu pada ketika itu.

Namun usaha mereka masih lagi gagal. Arsenal dan gagal seperti aur dan tebing yang senantiasa bersama.

Swansea mahukan £30 juta untuk pemain mereka sedangkan Arsenal sendiri hanya mahu menawarkan £25 juta sahaja untuk mendapatkan Michu.

Melihat kepada tawaran daripada Arsenal dan risikan dari pasukan lain, Michael Laudrup terus meminta dana £12 juta untuk mendapatkan Wilfred Bony kerana beliau sedar Swansea bakal kehilangan Michu bila-bila masa sahaja.

Michu kemudian telah mendapat panggilan daripada pasukan kebangsaan Sepanyol kerana aksi cemerlang yang ditunjukkan oleh beliau ketika itu di Premier League.

Baru musim pertama beliau sudah mempamerkan aksi yang luar biasa hebat begitu, segalanya nampak baik dan perjalanan karier beliau berjalan dengan teratur.

Swansea melaporkan mereka terpaksa menolak banyak sekali tawaran dari Mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Michu.

Namun dek kerana kecederaan buku lali yang berterusan, Karier Michu agak terganggu dan terus merundum.

Michu berkelana menyertai pelbagai pasukan selepas itu namun semuanya tidak menjadi. Beliau hanya mampu mencuri tumpuan ramai untuk satu musim sahaja.

Selepas cemerlang menjaringkan 18 gol musim pertama beraksi di pentas Premier League, Michu hanya menjaringkan dua gol sahaja musim berikutnya untuk pasukan Swansea.

Michu kemudiannya dipinjamkan ke Napoli pada julai 2014 dengan pilihan pembelian secara tetapi. Namun kecederaan terus menghantui dan Michu hanya sempat beraksi enam perlawanan sahaja.

Pada November 2015, Michu yang kembali bersama Swansea telah dilepaskan secara baik dan beradab di mana Michu diberikan pampasan dengan kontrak yang berbaki kurang setahun.

Kemudian Michu telah menyertai UP Langero yang merupakan sebuah kelab amatur di Sepanyol sebelum menyertai kelab pertamanya Oviedo pada Ogos 2016.

Namun tiada sinar untuk karier bola sepak buat Michu yang memilih untuk bersara dari bola sepak profesional pada 25 julai 2017 di usia 31 tahun.

Begitulah kisah perjalanan one season wonder yang pernah ada dalam premier League.

Baca Juga

Baca Juga