Mikael Silvestre Ibaratkan Main di Anfield Seperti Pergi ke Neraka

“Seperti ke neraka!” Itulah luahan bekas pemain apabila mendedahkan kembali perasaannya apabila turun bermain menentang Liverpool di stadium keramat mereka, Anfield.

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Mikael Silvestre mendedahkan bahawa beliau bencikan suasana dan atmosfera di Anfield ketika bermain menentang Liverpool dan menyifatkan seperti pergi ke Neraka.

Anfield merupakan sebuah stadium bola sepak yang terletak di Anfield, Liverpool, Merseyside, England dan menjadi gelanggang keramat sejak pembentukan Liverpool pada 1892.

Dengan kapasiti tempat duduk 54,074 menjadikan Anfield sebagai stadium ketuju terbesar di England dewasa ini.

Anfield menjadi gelanggang kepada Everton FC dari tahu 1884 hingga 1891 sebelum berpindah ke Goodison Park kerana terjadi perselisihan dengan presiden kelab.

Ini antara kepercayaan karut Mikael Silvestre yang percaya Romelu Lukaku mampu pecahkan rekod jaringan semusim Cristiano Ronaldo, Lukaku sekarang menjadi Lakakakaka dan Ronaldo telah kembali semul.

Pemain yang pernah memenangi 5 kali gelaran juara Premier League ini percaya ini adalah medan sebenar Manchester United untuk menguji kemampuan samada mampu atau tidak untuk merebut gelaran juara.

Karier Silvestre bermula di Rennes pada 1996 sebelum menyertai Inter Milan pada 1998 sebelum menyetai Manchester United setahun kemudian.

Selepas sedekad bersama Setan Merah, Silvestre tidak diperlukan lagi lalu membawa diri untuk bersama Arsenal.

Anfield merupakan gelanggang di mana, Mikael Silvestre membuat debut bersama Manchester United selepas diikat oleh Alex Ferguson pada tahun 1999.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu United menang 3-2. Jadi tidak hairanlah mengapa Anfield dianggap seperti neraka.

“Kau akan rasa seperti kau pergi ke neraka.” Ujar bekas Setan Merah yang juga gerun untuk ke neraka.

“Kedatangan kau tidak dialu-alukan dan kau pasti akan rasa aura kebencian itu.”

“Anfield satu tempat yang ganas tetapi merupakan satu perkara yang bagus untuk menguji daya ketahanan. Anfield juga merupakan tempat terbaik untuk memenangi perlawanan.”

Mampu membuatkan lawan terduduk. Imej : Getty

Walaupun seperti neraka, Anfield adalah medan terbaik untuk para pemain menguji ketahanan mental samada mudah koyak atau tidak.

Apa yang membezakan Setan Merah dengan pasukan pertengahan liga yang lain adalah sejarah kejayaan dan kemasyhuran yang ada sejak zaman-berzaman.

Sejak mengendalikan Liverpool Jurgen Klopp telah menukar Anfield sebagai kubu mereka yang terkuat dengan rekod tanpa kalah di musim 2017/18 dan 2018/19.

Anfield terus menjadi neraka untuk lawan dan Jurgen Klopp juga telah membawa Liverpool sebagai pasukan yang mesra kembali dengan Piala dan juga kejuaraan.

Beberapa tahun lalu untuk tempoh 2 tahun setengah Liverpool tidak pernah tewas di Anfield dan menjadikan perlawanan yang sukar buat lawan lalu bertukar menjadi mimpi ngeri.

Sebelum ini kekalahan berturut-turut Liverpool di Anfield hanya setakat tiga perlawanan sahaja dalam sejarah kelab. Dan kejadian ini hanya terjadi tiga kali sahaja iaitu pada musim 1899/00, 1906/07 dan 1908/09. Dah berabad berlalu.

Namun pada musim 2020/21 rekod itu telah dipecahkan dengan cemerlang apabila Liverpool tewas 6 perlawanan berturut-turut di Anfield. Terburuk dalam sejarah kelab.

Kekalahan keenam itu pula hadir apabila tewas kepada pasukan tercorot liga dan kini tidak wujud lagi di Premier League.

Deretan kekalahan demi kekalahan inilah yang mengubah Liverpool bangkit menjadi raksaksa. Musim lalu Liverpool seperti tiada harapan untuk beraksi di Champions League.

Namun Liverpool bangkit mengejar tang konar dan berjaya mendapatkan slot ke Champions League dengan penuh bergaya, momentum itu berterusan ke musim 2021/22.

Hasilnya Liverpool kini berada dalam landasan terbaik untuk mendapatkan empat kejuaraan dalam semusim, Premier League, Champions League dan FA Cup selepas menjuarai League Cup.

Musim ini perkara sama hampir terjadi Liverpool telah menjadi menu Rahmah namun bangkit mengejar kembali untuk ke top 4 tapi kali ini Manchester United pula di landasan untuk mendapatkan empat kejuaraan semusim.

BACA:  Aspek Utama Old Trafford Dan Anfield Tidak Jadi Tuan Rumah Euro 2028 Diperincikan