Mikael Silvestre Menyifatkan Bermain di Anfield Seperti Pergi ke Neraka

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Mikael Silvestre mendedahkan bahawa beliau bencikan suasana dan atmosfera di Anfield ketika bermain menentang Liverpool dan menyifatkan seperti pergi ke Neraka.

Anfield merupakan sebuah stadium bola sepak yang terletak di Anfield, Liverpool, Merseyside, England dan menjadi gelanggang keramat sejak pembentukan Liverpool pada 1892.

Dengan kapasiti tempat duduk 54,074 menjadikan Anfield sebagai stadium ketuju terbesar di England dewasa ini.

Anfield menjadi gelanggang kepada Everton FC dari tahu 1884 hingga 1891 sebelum berpindah ke Goodison Park kerana terjadi perselisihan dengan presiden kelab.

Ini antara kepercayaan karut Mikael Silvestre yang percaya Romelu Luka mampu pecahkan rekod jaringan semusim Cristiano Ronaldo.

Pemain yang pernah memenangi 5 kali gelaran juara Premier League ini percaya ini adalah medan sebenar Manchester United untuk menguji kemampuan samada mampu atau tidak untuk merebut gelaran juara.

Karier Silvestre bermula di Rennes pada 1996 sebelum menyertai Inter Milan pada 1998 sebelum menyetai Manchester United setahun kemudian.

Selepas sedekad bersama Setan Merah, Silvestre tidak diperlukan lagi lalu membawa diri untuk bersama Arsenal.

Anfield merupakan gelanggang di mana, Mikael Silvestre membuat debut bersama Manchester United selepas diikat oleh Alex Ferguson pada tahun 1999.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu United menang 3-2. Jadi tidak hairanlah mengapa Anfield dianggap seperti neraka.

“Kau akan rasa seperti kau pergi ke neraka.” Ujar bekas Setan Merah yang juga gerun untuk ke neraka.

“Kedatangan kau tidak dialu-alukan dan kau pasti akan rasa aura kebencian itu.”

“Anfield satu tempat yang ganas tetapi merupakan satu perkara yang bagus untuk menguji daya ketahanan. Anfield juga merupakan tempat terbaik untuk memenangi perlawanan.”

Mampu membuatkan lawan terduduk. Imej : Getty

Apa yang membezakan Setan Merah dengan pasukan pertengahan liga yang lain adalah sejarah kejayaan dan kemasyhuran yang ada sejak zaman-berzaman.

Kali terakhir Liverpool tewas di Anfield di Premier League pada musim 2016/16 lebih tepat adalah pada April 2017 tewas 2-1 kepada Cystal Palace.

Dalam perlawanan ini bekas pemain Liverpool, Cristian Benteke menjaringkan gol kemenangan Crystal Palace.

Sejak itu Jurgen Kloop telah menukar Anfield sebagai kubu mereka yang terkuat dengan rekod tanpa kalah di musim 2017/18 dan 2018/19.

Musim 2019/20 yang sudah melepasi separuh musim Liverpool masih belum tewas dan mungkin akan mengekalkan rekod ini ke akhir musim.

Untuk tempoh 2 tahun setengah Liverpool tidak pernah tewas di Anfield dan menjadikan perlawanan yang sukar buat lawan.

Kekalahan berturut-turut Liverpool di Anfield hanya setakat tiga perlawanan sahaja dalam sejarah kelab.

Dan kejadian ini hanya terjadi tiga kali sahaja iaitu pada musim 1899/00, 1906/07 dan 1908/09. Dah berabad berlalu.

Baca Juga

Baca Juga