Mike Tyson Pernah Jadi Pengadil Pertarungan MMA

Petinju lagenda dan juara dunia, Mike Tyson pernah menjadi pengadil dalam satu pertarungan Mixed Martial Arts (MMA) pada tahun 2006.

Iron Mike yang bersara daripada dunia tinju telah mendapat pelawaan daripada World Cage Fighting Championship untuk menjadi pengadil.

Tawaran itu telah diterima oleh Mike Tyson tanpa rasa melekit. Mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru.

Pertarungan anjuran World Cage Fighting Championship itu menampilkan petarung dari seluruh pelusuk dunia termasuklah United Kingdom, Russia, the US, Japan dan Brazil.

Mike Tyson telah menyarung baju pengadil dalam pertarungan yang berlangsung di Manchester Evening News Arena, Manchester, England.

Pertarungan ini melibatkan petarung daripada Sepanyol Diego Gonzalez dan Old Terry Etim yang berbangsa Liverpool.

Pertarungan ini hanya berlangsung dan berakhir pada pusingan pertama dalam tempoh 59 saat sahaja.

Diego Gonzalez telah mengaku kalah selepas dicekik oleh triangle choke (cekikan tiga segi) Old Terry Etim.

Mike Tyson telah mengangkan tangan Old Terry Etim selepas itu tanda kemenangan.

Mike Tyson mengakui jika beliau berumur 18 tahun dan menjadi petinju di era moden ini mungkin beliau akan berlatih MMA.

Itu bukanlah kali pertama Mike Tyson muncul di arena selain arena tinju.

Mike Tyson di WWE

Pada tahun 1997 Mike Tyson telah digantung daripada dunia tinju selepas menggigit telinga Evander Holyfield dalam pertarungan mega juara Heavyweight dunia.

Penggantungan itu telah membeliakkan biji mata pemilik World Wrestling Entertainment (WWE) Vince McMahon untuk mengambil kesempatan.

Mike Tyson telah dibayar sebanyak $3.5 juta oleh Vince McMahon untuk menjadi tetamu undangan di Wrestlemania 14.

Acara utama Wrestlemania 14 adalah pertarungan antara Shawn Michaels dan Stone Cold Steve Austin.

Ketika Vince McMohan mengumumkan Mike Tyson akan ada di acara Wrestlemania 14, Stone Cold Steve Austin datang mengganggu.

Mike Tyson mahu bersalaman dengan Stone Cold tetapi telah ditolak dan di maki hamun kerana gelanggan WWE milik Stone Cold.

Maka terjadilah insiden panas di mana Mike Tyson telah menolak Stone Cold yang bermulut celupar itu dan menunjukkan isyarat tangan yang tidak senonoh.

Belum sempat aksi bertumbuk disajikan, Mike Tyson dan Stone Cold dileraikan.

Kemunculan Mike Tyson di WWE itu dikatakan telah menyelamatkan rating WWE dengan pesaing terdekat mereka ketika itu, WCW yang mempunyai nama besar seperti Hulk Hogan.

BACA:  Peminat Kritik Mike Tyson Kerana Terlebih 'Sedap' Ketika Podcast Bersama Khabib