Mikel Arteta Kutuk Xhaka Kutip Kad Merah Yang Bodoh

Pengurus Arsenal yang dianggap hebat oleh penyokong sendiri, Mikel Arteta telah mengutuk tindakan ganas Granit Xhaka lalu mengutip satu kad merah yang boleh dianggap tidak masuk akal.

Sudah lama Granit Xhaka tidak mengutip kad merah dan kekasaran serta terjahan keras yang kadang kala tidak perlu seakan sudah sebati dengan Xhaka.

Semuanya bermula apabila Granit Xhaka telah mengasari Dwight McNeil menyebabkan para pemain mula menolak sesama sendiri sambil menjerit dan Xhaka dilayangkan kad kuning.

Ketika kekocohan dan aksi pertengkaran mulut terjadi, pemain Switzerland itu telah mencekik leher Ashley Westwood dan menolaknya ke tanah. Ganas nau.

Satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemain dan apa dilakukan Xhaka itu dipanggil violent conduct atau kelakuan ganas.

Namun Video Assistant Referee(VAR) telah membuat semakan dan membatalkan kad kuning tersebut untuk satu kad merah dan menghalau Xhaka keluar dari padang.

Mohamed Elneny terselamat dari kad merah selepas membuat satu tindakan bodoh sebelum gol sendiri terhasil dan hanya dilayangkan kad kuning.

Nicolas Pepe beberapa minggu lalu juga telah mengutip kad merah dan Pepe tidak terlepas daripada dikritik oleh Mikel Arteta kerana merugikan pasukan.

Ketika bercakap kepada Sky SPorts, Arteta telah mengutuk perlakuan ganas Xhakan dan menuduh tindakan Xhaka itu sebagai punca Arsenal kalah.

“Kami telah membuang perlawanan dengan memberikan kad merah yang bodoh. Kau tengok la apa terjadi untuk tempoh 60/70 minit, kami mengawal permainan.”

Geoff Shreeves telah mengingatkan Arteta bahawa beliau telah menganggap kad merah Pepe sesuatu yang tidak boleh diterima dan telah bertanya pendapat mengenai kad merah Xhaka.

“Perkataan yang sama malah situasi ini lebih teruk. Ketika tidak memenangi perlawanan kau tak boleh buat macam tu.”

“Pemain telah melampaui batas dan itu bukan satu alasan. Kami telah berikan kemenangan kepada lawan.”

Ketika ditanya mengenai tindakan Mohamed Elneny yang terselamat daripada kad merah, Arteta menyatakan beliau tidak melihat insiden itu.

Malang buat Arsenal apabila tewas kepada Fulham. Sepakan penjuru Ashley Westwood telah berjaya mencari kepala Pierre Emerick-Aubameyang yang sedang kemarau gol yang memasuki tahap kemaruk.

Tidak dapat jaringkan gol lawan, maka gol sendiri menjadi sasaran Pierre Emerick-Aubameyang. Betul-betul kemaruk gol sehingga tak kenal mana gawang sendiri.

Jaringan Aubameyang itu sudah cukup untuk Burnley mengutip 3 mata berharga dan terus mengeluarkan diri dari zon penyingkiran.

Kekalahan ini menyebabkan Arsenal terus kekal ditangga ke-15 liga dan hanya 5 mata sahaja dari zon penyingkiran.

Arsenal (4-2-3-1) Leno; Bellerin, Holding, Gabriel, Tierney; Elneny, Xhaka; Willian, Lacazette, Saka; Aubameyang.

Substitutes: Runarsson, Mustafi, Ceballos, Maitland-Niles, Willock, Smith Rowe, Nketiah.

Burnley (4-2-3-1) Pope; Lowton, Tarkowski, Mee, Taylor; Brownhill, Westwood; Brady, Rodriguez, McNeil; Wood.

Substitutes: Peacock-Farrell, Pieters, Long, Dunne, Benson, Barnes, Vydra.

Referee Graham Scott.

BACA:  Wenger Sahkan Pertukaran Sanchez-Mkhitaryan Bakal Berlaku Dalam 24 Jam Berikutnya