Milner Diajar Sejak Kecil Untuk ‘Tidak Menyukai’ Manchester United

Pemain tengah Liverpool, James Milner mendedahkan ayahnya tidak membenarkan beliau memakai baju berwarna merah ketika beliau masih lagi kecil. Milner juga berkata beliau dibesarkan supaya ‘tidak menyukai’ Manchester United.

Milner merupakan antara pemain Liverpool yang menyerlah musim ini dan menjadi tunjang utama kesebelasan utama Liverpool dalam beberapa perlawanan terakhir. Beliau berjaya membantu Liverpool menjadi pasukan tidak kalah setakat ini di Premier League.

Milner mendedahkan beliau dibesarkan bapanya supaya tidak menyukai Manchester United. Ouchh

Milner merupakan produk akademi Leeds United dan ayahnya juga merupakan peminat setia pasukan tersebut. Leeds United pernah mewarnai kancah bola sepak Inggeris tidak lama dahulu namun masalah kewangan menjadi punca utama kejatuhan pasukan yang kini bergelumang di Liga Kejohanan.

Ayah Milner merupakan peminat-susah-mati Leeds United sehinggakan beliau menghalang Milner dari memakai baju berwarna merah, warna yang menjadi simbol Manchester United sejak sekian lamanya.

“Sudah tentu setiap peminat Leeds United akan dibesarkan untuk tidak menyukai Manchester United kerana mereka merupakan musuh utama kami. Manchester United adalah pasukan seteru, jadi warna merah tidak dibenarkan sama sekali.” Ujar Milner ketika ditemu ramah FourFourTwo.

James Milner ketika masih bersama Leeds United. Ditepinya adalah Alan Smith yang menyertai Manchester United tidak lama kemudian

“Ayah saya pernah bergurau apabila saya menandatangani kontrak dengan Liverpool yang mana beliau berkata ini kali pertama beliau gembira melihat saya memakai baju merah.”

Liverpool melalui kempen musim ini dengan garang apabila belum tewas di Premier League serta mara ke pusingan kalah mati Champions League dan Milner memberikan kredit kepada Jurgen Klopp atas prestasi cemerlang Liverpool musim ini.

“Jurgen Klopp merupakan pengurus yang sangat bagus. Anda dapat lihat pada apa yang telah beliau lakukan terhadap pasukan Liverpool dan bagaimana kami bermain dan bekerjasama antara satu sama lain.”

Milner dambakan pelukan hangat Klopp

“Beliau seorang yang ‘berapi’ tetapi seperti semua sedia maklum, beliau juga ada ‘Klopp hug’.”

Milner juga memberi gambaran beliau akan menceburi bidang pengurusan sebaik sahaja beliau bersara sebagai pemain profesional. Milner berkata amat merugikan sekiranya beliau tidak menggunakan pengalaman yang dikutipnya selama ini ke arah bidang pengurusan.

“Saya rasa amat rugi jika saya tidak menggunakan pengalaman yang saya telah kutip sepanjang 16 tahun bermain bola sepak.”

“Saya berharap mampu berkongsi pengalaman ini dengan pemain muda di Liverpool untuk membantu mereka sebaik yang mungkin.”

BACA:  Chelsea Hampir Pasti Sailang Pemain Sasaran Liverpool Dan Arsenal