Milner Tenang Memecahkan Rekod Baru Champions League Disebalik Kehebatan Salah

Liverpool power this is our year menyelusuri musim penuh cemerlang di Eropah musim ini dan melepasi separuh akhir pertama dengan bergaya membenam Roma 5-2.

Mohammed Salah menjadi sebutan sana-sini dan di mana-mana selepas menjaringkan dua gol dan dua assist. Itu Salah, ini Salah, semua Salah. Ini semua Salah kerajaan.

Tidak dapat dinafikan lagi Salah menjadi sumber inspirasi Liverpool membenam bekas pasukannya Roma walaupun nampak serba Salah.

James Milner dalam diam telah tanpa kriuk-kriuk telah memecahkan rekod dan muncul pemegang rekod dengan mencatat assist terbanyak dalam satu musim di Champions League.

Milner kini mencatatkan 9 bantuan di Champions League musim ini mengatasi dan memecahkan rekod yang dipegang Wayne Rooney dan Neymar Jr.

Senarai Assist Terbanyak di Champions League

Berikut senarai pemain yang membuat bantuan gol terbanyak di Champions League yang kini menjadi milik James Milner.

Milner melakukan 9 assist dalam tempoh 701 minit permainan sahaja.

Min di bawah membawa makna minit bukan admin.

9 – James Milner (Liverpool), 701min, 2017/18

8 – Wayne Rooney (Manchester United), 765min, 2013/14
8 – Neymar (Barcelona), 797min, 2016/17

7 – Roberto Firmino (Liverpool), 879min, 207/18
7 – Ryan Giggs (Manchester United), 605min, 2006/07
7 – Zlatan Ibrahimović (Paris Saint-Germain), 793min, 2012/13
7 – Xavi Hernández (Barcelona), 971min, 2008/09

Power bukan? Pemain perpindahan secara percuma paling berbaloi-baloi. Boleh bermain di mana-mana posisi apatah lagi 69.

Baca Juga

Baca Juga