Mino Raiola: 10 Pemain Ternama Yang Meratapi Pemergian Ejen Ikonik Dunia Bola Sepak

Mino Raiola dilahirkan di Nocera Inferiore, Itali pada 4 November 1967. Beliau meninggal dunia pada 30 April 2022 di Milan.

Di dalam dunia bola sepak, Raiola dianggap sebagai watak paling dikenali dengan kontroversi.

Pada 2016 dan 2020, Raiola pernah menerima anugerah ejen bola sepak terbaik. Pada ketika itu beliau dikenali sebagai “King of the Football Market”.

Pemain pertama yang diwakili oleh Raiola adalah Dennis Bergkamp yang beliau bantu untuk menyertai Inter Milan pada 1993.

Karier beliau sebagai wakil pemain terus berkembang selepas itu. Berikut adalah 10 bintang bola sepak ternama pada hari ini yang pasti meratapi pemergian beliau.

1. Zlatan Ibrahimovich

Pada usia 40 tahun pemain ini kini masih dinilai pada harga €4 juta. Raiola memainkan peranan penting mendedahkan karier bintang Sweden itu ke Itali.

Selepas meninggalkan Ajax, Ibrahimovich menyertai Juventus dan kemudiannya Inter Milan dengan kontrak bernilai €10 juta pada 2006.

Perpindahan tersebut juga menjadi pemangkin perpindahan Ibrahimovich ke Barcelona. Sepanjang karier pemain itu yang dianggap panjang, Raiola turut membantu Ibrahimovich menyarung jersi AC Milan, PSG, Manchester United dan LA Galaxy.

2. Erling Haaland

Dianggap sebagai antara prospek terpanas di Eropah pada hari ini, Erling Haaland dinilai pada tanda harga €150 juta.

Pemain berasal dari Norway itu memulakan kariernya bersama Bryne F.K sebelum berhijrah ke Molde FK.

Dan di dalam tempoh yang singkat, Raiola membantu Haaland untuk terus mencipta nama di dalam bola sepak eropah apabila menyertai Red Bull Salzburg di Austria dan kemudiannya Borussia Dortmund di Jerman setahun selepas itu.

Impian Raiola melihat Haaland menyertai antara kelab terbesar dunia bagaimanapun tidak kesampaian.

3. Matthijs De Ligt

Matthijs de Ligt dianggarkan bernilai €70 juta pada hari ini. Pemain pertahanan berusia 22 itu adalah beraksi bersama Ajax ketika mulai menarik perhatian gergasi-gergasi eropah yang lain.

Raiola sedar akan potensi pemain itu dan terus memayungi De Ligt sebagai ejen. Dan pada 18 Julai 2019, Raiola membantu De Ligt berhijrah ke Juventus dengan kontrak sehingga 30 Jun 2024.

Perpindahan tersebut melibatkan nilai €75 juta, tidak termasuk bayaran lain berjumlah €10 juta yang perlu dibayar oleh kelab Turin itu.

4. Gianluigi Donnarumma

Sudah pun mulai popular pada usia 16 tahun, Donnaruma pada hari ini berusia 23 tahun dan bernilai €65 juta.

Penjaga gol Itali ini melakukan debut bersama Milan, tetapi berpindah ke PSG secara percuma dengan kontrak selama lima tahun.

Donnaruma adalah antara pemain yang kariernya paling banyak dipengaruhi oleh Raiola.

5. Paul Pogba

Bintang Perancis itu memulakan karier bersama Manchester United, sebelum berpindah secara percuma ke Juventus.

Berada di bawah agensi milik Raiola, Pogba kemudiannya kembali ke Old Trafford dengan nilai rekod kelab €120 juta.

Pogba kini tampaknya bersedia untuk sekali lagi meninggalkan Old Trafford secara percuma. Bezanya beliau melakukan kali ini tanpa penglibatan Raiola.

6. Marco Verratti

Dinilai pada harga €55 juta pada hari ini, karier profesional Marco Verratti bermula bersama Pescara di Itali pada 2008.

Verratti kemudiannya direkrut oleh Raiola yang membantu pemain tengah Itali itu memeterai perpindahan ke PSG pada Julai 2012.

PSG membayar €12 juta untuk pemain tengah itu pada ketika itu.

7. Stefan De Vrij

Pemain pertahanan Belanda ini memulakan karier bersama Lazio. Pada 2018, beliau berhijrah ke Inter Milan secara kontroversi.

Ini kerana De Vrij meninggalkan kelab itu secara percuma dan Raiola memainkan peranan penting dalam perpindahan tersebut.

De Vrij diberikan kontrak bersama Inter sehingga musim panas 2023.

8. Ryan Gravenberch

Ryan Gravenberch adalah antara pemain terakhir yang diwakili oleh Raiola sebelum ejen itu jatuh sakit.

Pemain pertahanan itu kini beraksi bersama Ajax dan harapannya ialah untuk Raiola mencarikan beliau kelab yang lebih besar untuk disertai di Eropah.

9. Irving Lozano

Irving Lozano dianggap sebagai salah seorang bakat terbesar yang dihasilkan oleh Mexico.

Dari Pachuca beliau berpindah ke PSV Eindhoven, Raiola kemudian membantu beliau berhijrah ke Napoli dengan yuran perpindahan menjangkau €42 juta dan kontrak selama 5 tahun.

10. Moise Kean

Penyerang Itali itu melakukan debut bersama Juventus, sebelum menyertai Heelas Verona dan Everton.

Kean kemudiannya dipinjamkan ke PSG tetapi masih dimiliki oleh Everton. Kean kini kembali menyertai Juventus juga secara pinjaman.

Kelab Turin itu diberikan pilihan untuk menjadikan perpindahan tersebut secara tetap tetapi perlu membayar €28 juta kepada Everton.

Baca Juga

Baca Juga