Mino Raiola Dedah Kelab Yang Ada Dalam Hati Paul Pogba

Mino Raiola dedah kelab yang ada dalam hati Paul Pogba dan beliau secara tidak langsung sekali lagi mencetuskan kontroversi berkait masa depan bintang Perancis itu.

Tokoh paling jahat di Old Trafford itu sekali lagi mencetuskan kontroversi berkait situasi Pogba, seterusnya mencipta sensasi baru di internet.

Pogba sememangnya hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan United dengan Real Madrid dan Paris Saint Germain merupakan dua pasukan yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Kontrak beliau di Old Trafford bakal berakhir pada penghujung musim 2021/22 dan beliau berkemungkinan bakal melengkapkan perpindahan sensasi sebagai pemain free ejen pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Raiola yang sering mencetuskan kontroversi berkait masa depan Pogba baru-baru ini sekali lagi tampil dan sepertinya beliau mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai tokoh paling jahat di Old Trafford.

Raiola mendedahkan yang Pogba berkemungkinan akan kembali ke Juventus dengan menyatakan yang Turin sentiasa ada dalam hati bintang Perancis itu.

Raiola dalam temu bual bersama Rai Sport telah menyatakan bahawa:

“Kontrak Paul Pogba bakal berakhir pada Jun nanti, jadi kami akan berunding dengan Manchester dan kita akan lihat apa yang bakal berlaku.”

“Turin masih di hati dia.”

Jelas super ejen itu.

“Ada kemungkinan untuk lihat Pogba kembali sertai Juventus, tapi semuanya bergantung kepada Juventus sendiri.”

Paul Pogba menandatangani perjanjian mega bersama Manchester United pada tahun 2016 dari Juventus, dan beliau sememangnya mengharungi karier yang agak gemilang di Turin.

Beliau ketika ini sedang berada di musim keenamnya di Old Trafford dan pelbagai spekulasi telah tercetus berkait masa depan beliau kerana Pogba masih belum menandatangani perjanjian baru.

Walau bagaimanapun, beliau ketika ini hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan England untuk menyertai Juventus, Paris Saint Germain dan Real Madrid.

Kesemua tiga kelab tersebut juga menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapatkan khidmat pemain midfield berusia 28 tahun itu.

Pogba semakin hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Old Trafford dengan Raiola secara terang-terangan menyatakan yang karier bintang Perancis itu bersama Manchester United sudah berakhir.

Bercakap pada Disember 2020, beliau menegaskan bahawa:

“Semuanya sudah berakhir untuk Paul Pogba bersama Manchester United.”

“Paul tidak gembira bersama Man United dengan dia tidak mampu sesuaikan diri mengikut cara dia suka dan jangka.”

“Paul memerlukan pasukan baru, dia perlu tukar angin.”

Sehingga kini masih belum jelas soal masa depan Pogba dengan laporan terbaru menyatakan yang beliau gembira di Old Trafford.

Pengaruh Cristiano Ronaldo memainkan peranan penting dalam membantu Manchester United untuk meyakinkan Pogba supaya terus kekal di Old Trafford.

Namun melihat kenyataan dari Mino Raiola, sepertinya segalanya mungkin bakal berlaku dan tiada yang pasti tentang masa depan Pogba.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rangkuman Aksi Mantap Paul Pogba Ketika Bertemu Leeds United Sangat Berbaloi Untuk Disaksikan