Super Ejen, Mino Raiola yang mewakili Paul Pogba telah dilaporkan mengadakan perbincangan dengan pasukan Barcelona bagi memastikan pemain yang diuruskannya itu akan berhijrah ke Nou Camp.
Untuk rekod Super Ejen Mino Raiola memperoleh pendapatan hampir £270 juta (RM1.4 bilion) sepanjang kariernya sebagai ejen dengan menguruskan pemain seperti Pogba, Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan.
Pogba dikatakan berjauhan hati dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang bermulut puaka sesuka hati mengkriti Pogba kerana tidak memberikan yang terbaik ketika bersama kelab seperti dilakukan bersama Perancis.
Barca kini dilihat bakal kehilangan beberapa orang pemain yang sudah sedia untuk berpindah seperti Yerry Mina, Paco Alcácer, Rafinha dan André Gomes. Jika pemain ini pergi maka dana untuk mendapatkan Pogba sangat mencukupi.
Pemain tengah Manchester United itu yang merupakan pemain skuad juara Piala Dunia 2018 bersama Perancis menjadi perhatian kelab besar dan sebelum ini Juventus dikatakan berminat tetapi sepi.
Barcelona agak sibuk menyailang pemain lawan pada pasaran perpindahan kali ini dan setakat ini telah mengikat Arthur, Clement Lenglet dan Malcom serta yang terkini pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal.
Demi sesuap nasi mungkin Mino Raiola akan memastikan Pogba ke Barcelona selepas lubuk duitnya Zlatan Ibrahimovic sudah habis diperah Raiola sepanjang karier. Kini mungkin Pogba menjadi alat tunggangan baru Raiola.
When your agent tries to squeeze every last penny out of you @MinoRaiola #nr1 pic.twitter.com/yvS8rsI6Gh
— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) August 5, 2018
Bukti Zlatan Ibrahimovic merupakan lubuk duit kepada Raiola dan Zlatan telah menganjing Raiola di laman sosial.
Senarai Pemain Dan Bekas Pemain di Bawah Raiola
- Zdeněk Grygera
- Zlatan Ibrahimović
- Martin Jol (football manager)
- Felipe Mattioni
- Mario Balotelli
- Maxwel
- Pavel Nedvěd
- Kerlo
- Henrikh Mkhitaryan
- Paul Pogba
- Étienne Capoue
- Blaise Matuidi
- Gregory van der Wiel
- Romelu Lukaku
- Gianluigi Donnarumma
- Moise Kean