Misteri Kehilangan Arsenal Dalam Undian Europa League

Kehilangan pasukan paling cemerlang, gemilang dan terbilang di Premier League kontemporari ini, Arsenal dari undian Europa League mencetuskan misteri dan tanda tanya segelintir peminat bola sepak.

Arsenal merupakan juara kumpulan A dengan mengumpul 15 mata dengan 5 kemenngan, dua mata dihadapan PSV Eindhoven. Kumpulan ini turut dihuni Bodo dan FC Zurich.

Keputusan undian Europa League 2022/23 peringkat Knockout Round Play-Off telah pun diketahui membabitkan lapan perlawanan dan ada yang bertanya di manakah Arsenal?

Pertanyaan mereka seperti satu misteri atas kehilangan Arsenal ini.

Sebelum ini apabila berakhir saingan peringkat kumpulan Europa League, maka Round of 32 akan menyusul namun tidak lagi sejak musim lalu.

Play-off pusingan kalah mati Liga Europa UEFA telah mula diperkenalkan sejak musim lepas dan jika ada yang masih mencari-cari di mana Arsenal inilah jawapannya.

Terdapat 16 pasukan yang terlibat di Knockout Round Play-Off: lapan naib juara dari peringkat kumpulan Liga Europa dan lapan pasukan di tempat ketiga dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA.

Pemenang daripada lapan perlawanan play-off mara ke pusingan 16 Liga Europa Mac, di mana mereka menyertai lapan pemenang atau juara kumpulan.

Ini bermakna selaku juara kumpulan A, Arsenal telah mara ke pusingan 16 secara automatik tanpa perlu melalui Knockout Round Play-Off dan tidak perlu bertemu pasukan dari Champions League yang tersakiti.

Lantaran itulah kenapa Manchester United berhempas pulas untuk menewaskan Real Sociedad dalam perlawanan terakhir kumpulan dengan jaringan lebih satu gol.

Namun itu tidak terjadi apabila sekadar menang 1-0 dan Real Sociedad muncul juara kumpulan melalui head to head dan akibatnya Manchester United diundi bertemu Barcelona.

Selepas undian dilakukan inilah keputusan untuk perlawanan Knockout Round Play-Off:

Barcelona Vs Manchester United

Juventus Vs Nantes

Sporting Lisbon Vs Midtjylland

Shakhtar Donetsk Vs Stade Rennais

Ajax Vs Union Berlin

Bayer Leverkusen Vs AS Monaco

Sevilla Vs PSV Eindhoven

RB Salzburg Vs Roma

Undian paling menarik sudah pasti pertemuan antara Barcelona dan Manchester United. Pasukan yang berstatus dalam pembinaan semula meraih kembali era kegemilangan.

Teori konspirasi mula menular apabila ada yang menuduh bahawa undian yang menemukan Barcelona dan Manchester United sudah diatur oleh Europa League.

Pertembungan dua gergasi ini telah diatur kerana Europa League dituduh mahu mengaut keuntungan yang besar dari perlawanan ini.

Pengurus Barcelona, Xavi nyata tidak gembira dengan keputusan undian ini dan melabel sebagai β€˜Undian yang teruk’ kerana bertemu lawan yang sukar dan sekali lagi tuah tidak berpihak kepada Barcelona.

β€œIa adalah lawan paling sukar sekali lagi.” Ujar Xavi.

β€œTetapi kami akan menantikannya. Mereka adalah pasukan yang bersejarah, mereka telah banyak berkembang dengan Ten Hag, mereka mempunyai pemain yang hebat.”

β€œIa adalah undian terburuk yang boleh kami perolehi. Sekali lagi. Tidak tuah.”

Xavi juga menzahirkan kembimbangan dengan kehadiran Ronaldo yang dianggap masih lagi sebagai pemain yang hebat.

β€œDia pemain yang menakjubkan, salah seorang pemain terbaik ketika ini dan dia boleh lagi memberikan perbezaan.”

Ini merupakan pertembungan pertama Manchester United dan Barcelona di kejohanan Eropah sejak tahun 2019 dan jika Frenkie De Jong diturunkan pasti perlawanan akan jadi lebih menarik.

Pusingan pertama play-off akan berlangsung pada 16 Februari, manakala perlawanan kedua dijadualkan pada 23 Februari.

Pemenang lapan perlawanan akan menyertai lapan pemenang kumpulan Liga Europa pada pusingan 16 di mana Arsenal kini berada, dengan undian dijadualkan pada 24 Februari.

Musim Liga Europa UEFA 2022/23 akan berakhir di PuskΓ‘s ArΓ©na di Budapest pada 31 Mei 2023.

BACA:Β  Arsenal Terus Gayat Dalam Perlawanan Penuh Drama vs Leeds