Mistik Bola – Kenali Tangan Ghaib Yang Menghantui Bola Sepak Malaysia

Orang kita sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik baik dari zaman purbakala dulu-dulu sampailah sekarang. Kalau dulu-dulu bangsa kita sering dikaitkan dengan perkara mistik contohnya seperti hantu raya yang menjaga harta tuan rumah, saka yang menjaga keselamatan tuan badan dan keluarga dan juga susuk untuk menaikkan seri kecantikan dan kebergetahan seorang perempuan.

Kalau zaman sekarang mungkin saka dan hantu raya atau susuk ni dah tak diperlukan lagi, tetapi mistiknya lebih kepada santau, bomoh, dukun dan ‘ustaz celup’. Perkara mistik ni bukan setakat dalam hal-hal bisnes atau kehidupan seharian, malah terjebak sekali ke dunia bola sepak. Contohnya ada satu pasukan di Malaysia ni yang dikatakan diganggu perkara mistik. Kalau tahun lepas tangan ghaib, tahun ni pula tangan hitam. Jadi persoalannya, adakah tangan ghaib itu berwarna hitam?

Sebenarnya, bukan pasukan tersebut sahaja yang diganggu tangan ghaib lagi hitam ni, malah hampir semua pasukan yang diganggu tangan ghaib!

Bukan semua. Hampir semua!

Siapa tangan ghaib tersebut?

Tangan ghaib atau hitam tu ada banyak jenis. Ada yang ada kedudukan dalam pasukan, ada yang tiada kedudukan, ada yang bekas pemain, ada yang masih bermain dan menjadi ejen kepada bekas pemain.

Apa yang tangan ghaib ni buat?

Biasanya, tangan ghaib ni ada beberapa jenis campur tangan dia. Conthnya seperti :

Tentukan pengambilan pemain

Pengambilan pemain di sini bermaksud pengambilan pemain sebelum liga bermula dan didaftarkan sebagai pemain untuk pasukan tersebut walaupun pemain tersebut tidak menepati ciri-ciri atau standard yang ditetapkan untuk bermain di peringkat tertinggi pyramid liga Malaysia. Biasanya, pemain seperti ini akan menimbulkan masalah di bilik persalinan dan menggugat keharmonian rumah tangga sesebuah pasukan tersebut dek sikap pemain ini yang suka buat kepala sendiri dan tidak mendengar kata jurulatih.

one-directions-louis-tomlinson-signs-as-non-contract-player-with-doncaster-rovers__oPt

Contohnya ada satu pasukan di lembah Klang suatu masa dahulu pernah mengalami masalah dengan pemain seperti ini. Tatkala pasukannya tewas dalam satu perlawanan liga, ‘orang kuat’ pemain ini masuk bersama ke bilik persalinan. Apabila jurulatih memarahi seluruh pasukan kerana permainan yang teruk, pemain ini memandang ‘orang kuatnya’ sambal membuat syarat supaya jurulatihnya berhenti berleter. Nasib baik ‘orang kuat’nya pandai cover dengan membuat isyarat ‘nanti dulu’.

Kesudahannya, jurulatih itu tidak lagi bersama pasukan tersebut sehingga tamat musim – tidak dapat dipastikan sama ada jurulatih tersebut dipecat atau meletakkan jawatan.

Kalau perkara melibatkan pengambilan pemain import, tangan ghaib ini lagi ghairah dan meriah kerana setiap pemain import yang ditandatangani, sejumlah wang akan diberikan kepada tangan ghaib ini! Sejumlah wang ini bukan sedikit, kadang-kala ada yang sampai 25% dari nilai gaji setahun pemain. Bayangkan!

Selain mempengaruhi pengambilan seseorang pemain, ada juga tangan ghaib yang menentukan line-up sesuatu pasukan walaupun dia bukan seorang jurulatih

Perkara ini agak biasa berlaku kerana biasanya tangan ghaib ini biasanya mahu membuktikan bahawa pemain yang dibawa masuk olehnya mampu beraksi dengan cemerlang walaupun sebenarnya pemain tersebut tidak reti sepak bola melainkan tonjol!Tangan ghaib ini selalunya mempunyai hubungan yang baik dengan pembesar-pembesar hulubalang pasukan tersebut. Mungkin tangan ghaib ni selalu belanja pembesar-pembesar itu makan cendol di jalan Seksyen 7 menuju ke Bukit Raja barangkali.

aidan_kick

Contohnya pemain B yang bermain bersama pasukan X. Di mata peminat, penyokong, peninjau bakat, wartawan, pengulas sukan, perdana menteri, hakim mahkamah syariah dan tukang welding, pemain B ini memang tak mampu untuk bermain bola dengan baik di peringkat tertinggi. Secara hiperbolanya, andai pihak lawan terbersin sekalipun dia akan hilang bola yang berada di kakinya. Tetapi, pemain B ini mempunyai hubungan yang akrab atau bersaudara dengan tangan ghaib yang rapat dengan pembesar pasukan, maka pemain B ini selalu mendapat tempat di kesebelasan utama, paling tidak pun dimasukkan di separuh masa kedua dengan perlawanan berbaki lagi 28 minit.

Tangan ghaib ini akan selalu mengganggu tugas jurulatih dan memeningkan jurulatih untuk memilih kesebelasan utama yang benar-benar kuat.

Lama kelamaan, prestasi pasukan merudum dan kepala jurulatihlah yang akan dicari oleh penyokong. Kesian jurulatih itu.

Selain dari menentukan pemain, ada juga tangan ghaib ini berfungsi dengan menentukan keputusan sesuatu perlawanan, atau biasanya tangan ghaib ini dipanggil dengan nama manjanya B.O.O.K.I.E.

Apa kaitan bookie dengan bola sepak?

Bisnes judi merupakan satu cabang bisnes yang sangat cepat dan mudah berkembang. Antara pusat judi yang terkenal di dunia ialah di Genting Highland, Macau, Hong Kong, Singapura, Las Vegas dan ladang sawit. Kalau di tempat-tempat terkemuka seperti yang disebutkan tadi adalah pusat judi yang halal di sisi undang-undang, manakala kalau judi di ladang sawit, ladang getah, rumah tinggal dan The Summit di Subang adalah judi yang haram di sisi undang-undang.

Awek ini bukan bookie
Awek ini bukan bookie

Begitu juga judi bola sepak.

Kalau di Negara luar, banyak platform yang halal untuk berjudi dan meneka keputusan sesuatu perlawanan seperti BetFred, William Hill, Bet365 dan SkyBet. Seperti judi biasa, judi bola juga mempunyai sisi haramnya yang dimainkan baik secara online atau offline. Biasanya judi haram ini tidak begitu terkenal dan hanya dimainkan di kalangan orang tertentu sahaja. Jadi, bookie bola sepak di Malaysia ni dari judi jalal atau haram?

Jawapannya, kedua-dua.

Sebelum perlawanan bermula, bookie akan melihat trend perjudian. Contohnya pasukan M vs pasukan N. Sehari sebelum perlawanan antara kedua-dua pasukan, ramai yang meletakkan duit bahawa pasukan M, yang di atas kertas lebih kuat berbanding pasukan N, akan menang. Jika M benar-benar menang ke atas N, syarikat judi tersebut akan mengalami kerugian kerana terpaksa membayar duit kemenangan para tahi judi.

Jadi, bookie akan mewakili syarikat tersebut akan berjumpa beberapa pemain pasukan M dan menawarkan sejumlah wang kepada mereka supaya mereka memberi kemenangan kepada pasukan N. Ya, rasuah!

Menurut beberapa sumber, ada pemain yang dipaksa mengambil RM60,000 dalam satu perlawanan akhir di Malaysia. Kenapa dipaksa? Ada sesetengah pemain memang bermain demi pasukan dan penyokong dan tidak mahu mengambil rasuah, tetapi selalunya mereka diugut dan diganggu dan akhirnya mereka terpaksa menerima rasuah tersebut. Pernah juga terjadi rumah seorang pemain bola sepak di Malaysia ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali. Nasib baik tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Ada juga satu pasukan yang mana jurulatihnya adalah wakil bookie! Sebelum satu perlawanan, dia berpesan kepada pemainnya,”Kita akan kalah perlawanan ini 3-0, tapi kita cuba untuk mengurangkan jumlah tersebut.”

Kesimpulan

Tiga contoh di atas hanyalah 3 sahaja dari banyak-banyak tangan ghaib yang membelenggu liga Malaysia. Menurut banyak sumber, ada ramai VIP yang menjadi tangan ghaib ini tetapi dakwaan mereka hanyalah dalam bentuk kata-kata, tiada bukti bertulis, bergambar atau video. Lagi pula, tidak ramai yang berani dan mahu mendedahkan imej sebenar tangan-tangan ghaib ini kerana factor keselamatan dan juga periuk nasi.  Ada juga yang mengatakan kalau tukar kepimpinan FAM masalah tangan ghaib akan selesai. Tapi, itulah…mungkin.

Baca Juga

Baca Juga