Mitrovic Pasrah Sepakan Penalti Dibatalkan Walaupun Masuk

Aleksandar Mitrovic hanya mampu pasrah dengan segalanya selepas sepakan penaltinya telah dibatalkan walaupun bola sudah masuk menerjah jaring ketika Fulham menentang Newcastle United.

Situasi ini agak luar biasa dan jarang-jarang terjadi namun ini bukanlah satu kontroversi lagi dari keputusan pengadil kerana Aleksandar Mitrovic ternyata melakukan kesalahan dan kecurangan.

Bekas pemain Newcastle United itu tergelincir ketika membuat sepakan dan menyebabkannya melakukan satu sepakan yang melibatkan dua sentuhan yang melanggar syarat sah penalti.

Ketika menyepak dengan kaki kanan Mitrovic tergelincir lalu sepakannya telah terkena kaki kiri yang telah dipasakkan ke tanah dan berjaya menewaskan Nick Pope.

Aleksandar Mitrovic mahu menyepak ke kiri sama dengan arah layangan badan Nick Pope namun telah terbias kakinya sendiri dan bola masuk.

Pemain Fulham itu seperti tidak bersalah cuba meraikan gol itu dengan wajah kelat dan pemain Newcastle United segera membantah kerana mereka tahu Mitrovic menyentuh bola dua kali.

Pengadil menyedari punca bantahan itu dan membatalkan jaringan tersebut, Mitrovic hanya mampu kecewa hendak membantah dia sedar kesalahannya jelas.

Indirect freekick telah diberikan kepada Newcastle United bagi membolehkan permainan diteruskan. Penganugerahan sepakan penalti ini sejak dari mula lagi sudah cukup luar biasa kejadiannya.

Andreas Pereira kelihatan ditarik ke bawah oleh Dan Burn dalam kawasan penalti tetapi pengadil menepis bantahan Fulham dan menafikan itu adalah penalti.

Beberapa saat kemudian, Bobby Decordova-Reid telah dikasari oleh Kieran Trippier di dalam kawasan penalti. Sekali lagi, pengadil menolak rayuan Fulham.

Newcastle United meneruskan permainan sehingga ke hujung padang dan memenangi tendangan sudut. Tetapi semasa serangan Newcastle United dilakukan, VAR sedang menyemak dua rayuan penalti itu.

VAR menolak bantahan yang pertama walaupun ada tarikan Dan Burn ke atas Andreas Pereira walaupun ia kelihatan lebih jelas dengan bantahan keras dari pemain Fulham.

Bagaimanapun, pengadil perlawanan Robert Jones telah dipanggil ke monitor VAR untuk memeriksa kekasaran terhadap Bobby Decordova-Reid yang dilakukan oleh Kieran Trippier.

Bobby Decordova-Reid cuba melakukan step over tetapi gagal dan merempuh Kieran Trippier dan seperti ada sedikit sentuhan dan terjadi berhampiran kawasan penalti dan pengadil memutuskan untuk sepakan penalti dihadiahkan kepada Fulham.

Terdapat sedikit kekeliruan mengenai siapa yang akan mengambil penalti dengan Pereira pada mulanya menunjukkan minat. Walau bagaimanapun, mungkin ia hanya untuk melindungi Aleksandar Mitrovic.

Penyerang Serbia itu akhirnya menyambar bola dan melangkah menentang bekas kelabnya dari titik penalti. Dia kelihatan yakin dan melakukan apa yang dia mahu lakukan โ€“ menjaringkan gol melepasi Nick Pope.

Bagaimanapun, dia berbuat demikian selepas tergelincir. Malangnya, Mitrovic menendang bola dua kali dan sepakan percuma telah diberikan kepada Newcastle sebagai hasilnya.

Nampak keras tetapi ia adalah keputusan yang betul. Bola sepak boleh menjadi kejam. Dan satu harga yang mahal untuk Fulham.

Mereka bukan sahaja terlepas peluang untuk meraih tiga mata menerusi sepakan penalti Mitrovic tetapi Newcastle United memenangi perlawanan itu hasil jaringan lewat lewat Alexander Isak.

Alexander Isak kembali membuat penampilan dari bangku simpanan selepas bebas dari kecederaan. Masuk pada minit ke-71 dan jaringkan gol kemenangan pada minit ke-89.

Penampilan keempat di Premier League dan tiga gol sudah dijaringkan. Jika rekod jaringan seperti ini terus dilakukan Isak maka pasukan lawan akan menghadapi masalah besar.

Newcastle: Pope, Trippier, Botman, Schar, Burn, Guimaraes, Willock, Longstaff, Joelinton, Almiron, Wilson

Pemain Simpanan: Darlow, Lascelles, Saint-Maximin, Ritchie, Isak, Manquillo, Wood, Murphy, Lewis

Fulham: Leno, Tete, Diop, Ream, Kurzawa, Reed, Palhinha, Pereira, Decordova-Reid, Mitrovic, Willian

Pemain Simpanan: Rodak, Tosin, Wilson, Cairney, Solomon, Chalobah, James, Vinicius, Harris

Baca Juga

Baca Juga