Mkhitaryan: Mengapa Arsenal Adalah Kelab Impian Saya

Henrikh Mkhitaryan sah menjadi pemain Arsenal yang baru dalam perjanjian pertukaran pemain dengan Manchester United.

Pemain antarabangsa Armenia ini telah memberikan temuramah pertamanya dalam baju Arsenal sebaik sahaja perpindahan beliau dimuktamadkan.

Betul ke tindakan aku ni?

Mkhitaryan berkata Arsenal merupakan kelab impiannya kerana beliau amat meminati Thierry Henry sejak usia remajanya.

“Saya sangat gembira kami dapat memuktamadkan perjanjian ini dan saya sangat gembira untuk berada di Arsenal.”

“Ianya seperti impian menjadi realiti kerana saya selalu berangan untuk bermain dengan Arsenal. Kini saya sudah berada di sini, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencipta sejarah baru dengan Arsenal.”

“Saya amat menggemari corak permainan Arsenal dan bagaimana Arsene Wenger menguruskan pemainnya. Kelab ini mempunyai ramai pemain muda dan Wenger berjaya membentuk mereka dengan begitu baik.”

“Sudah tentu saya juga meminati permainan Theirry Henry. Saya suka tengok cara beliau bermain dan mungkin itu sebabnya saya meminati Arsenal.”

punca utama Miki suka Arsenal

Ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai Henry, Mkhitaryan menganggap legenda Arsenal ini lebih sebagai hero.

“Henry menjaringkan gol yang sangat banyak buat Arsenal dan banyak membantu pasukan. Beliau bermain seperti seorang hero.”

Mkhitaryan lebih dikenali sebagai seorang pemain yang gemar bermain di belakang penyerang atau posisi No.10. Apabila ditanya posisi kegemarannya, Mkhitaryan berkata beliau selesa bermain dalam mana-mana posisi serangan.

“Saya boleh bermain di setiap sudut padang ! Saya tidak kisah diletakkan bermain dimana-mana.”

“Saya tidak kekal dalam satu posisi sahaja ketika bermain, kerana perlu bergerak untuk mencipta ruang buat rakan sepasukan. Saya ada dimana-mana !”

Mkhitaryan turut menambah yang beliau tidak sabar untuk melakukan debut bersama Arsenal dan bekerjasama dengan rakan sepasukan yang baru.

Punca utama Mkhitaryan berada di Arsenal

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan semua pemain Arsenal. Tiada yang terkecuali. Saya mahu segera menjalani latihan dengan seluruh ahli pasukan.”

Arsenal bakal bertemu Chelsea awal pagi Khamis nanti bagi menentukan siapa yang bakal layak ke final Piala Carabao. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stamford Bridge dua minggu lalu.

BACA:  Permulaan Hambar Arsenal Dalam Saingan Premier League Musim 2021/22