Mkhitaryan Salahkan Diri Sendiri Mengenai Kegagalan Di Old Trafford

Pemain tengah Arsenal, Henrikh Mkhitaryan berkata beliau hanya mampu menyalahkan diri sendiri selepas gagal menyerlah ketika bersama pasukan Manchester United.

Pemain antarabangsa Armenia ini meninggalkan Red Devils Januari lalu untuk menyertai Arsenal dalam perjanjian pertukaran pemain, dengan United menerima Alexis Sanchez.

Aku yang bersalah. Bukan Mourinho

Mkhitaryan melakukan debutnya bersama Arsenal ketika kekalahan 3-1 di tangan Swansea 2 minggu lalu tetapi bangkit kembali untuk beraksi cemerlang ketika Arsenal membelasah Everton di Emirates 5-1 minggu lalu.

Beliau beraksi dihadapan penyokong sendiri buat kali pertama bersama rakan baiknya di Borussia Dortmund dahulu, Pierre Emerick-Aubameyang yang melakukan debut dalam perlawanan tersebut. Mkhitaryan bermain cemerlang dengan berjaya menghasilkan 3 assists dalam perlawanan itu sahaja, dengan Aaron Ramsey dinamakan pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan hatrik.

Karier Mkhitaryan bersama Manchester United bermula agak baik dan beliau sering diturunkan dalam kesebelasan utama oleh Jose Mourinho. Walaubagaimanapun, langit tidak selalu cerah buat Mkhitaryan.

Reunion ‘Dortmund’ di Emirates

Prestasinya merudum musim ini dan beliau kehilangan tempat dalam pasukan utama kepada Jesse Lingard yang bermain cemerlang kebelakangan ini. Mkhitaryan percaya beliau tidak boleh menyalahkan sesiapa mengenai kegagalannya di Old Trafford dan kini mahu menumpukan segala perhatian untuk menaikkan prestasinya bersama Arsenal.

“Saya tidak mahu mencari alasan. Sudah tentu saya mahu memenangi lebih dari apa yang telah saya menangi di Manchester United. Tiada apa yang perlu saya buktikan lagi. Saya hanya mahu menikmati bolasepak dan melakukan yang terbaik seterusnya melihat apa yang mampu saya capai selepas itu.”

Bekas pemain Shakhtar Donestk ini mengakui beliau teruja untuk kembali bergandingan dengan rakan sepasukannya ketika bermain di Dortmund, Aubameyang kerana mereka saling memahami di antara satu sama lain ketika berada di atas padang.

Peningkatan mendadak permainan ‘Messi England’ ini membuatkan masa permainan Mkhitaryan menjadi lebih terhad

“Saya ingat hanya mimpi sahaja yang mampu membuatkan kami kembali bergandingan selain daripada Dortmund. Saya sangat gembira kerana diberi peluang ini.”

“Saya amat mengenali Aubameyang, beliau salah seorang rakan baik dan rakan sepasukan terbaik yang pernah saya kenali. Saya sangat gembira dapat kembali bermain dengan beliau dan saya juga percaya peminat Arsenal sangat teruja melihat Aubameyang dalam baju Arsenal.”

“Apa lagi yang boleh saya katakan? Saya suka bermain dengan beliau. Saya tahu setiap langkahnya dan diharap kami akan mampu beraksi lebih baik dalam perlawanan yang seterusnya.”

BACA:  Pogba Kembali 'Menikmati' Bola Sepak Selepas Pemergian Mourinho