Mo Salah amat dikenali sebagai pemain bola sepak yang murah hati. Terbaru, beliau tampil di sebuah stesen petrol dan membayar untuk petrol yang diisi oleh setiap pelanggan di stesen itu.
Mo Salah merupakan seorang pemain bola sepak yang sering mempamerkan amalan mulia serta murah hati. Beliau juga antara ikon muslim dalam dunia sukan.
Terbaru, beliau muncul di sebuah stesen petrol dan memberikan semua pelanggan yang hadir ke tempat tersebut minyak serta gas secara percuma.
Mo Salah just casually paying for everyone’s petrol at Sainsbury’s, Old Swan, in a full @LFC training kit too 😁 pic.twitter.com/eNVb0kzZNH
— LFC (@RockyKlopp) June 10, 2020
Mo Salah berjaya membuatkan ramai peminat bola sepak seluruh dunia mengaguminya sejak menyertai Liverpool pada tahun 2017.
Pemain kebangsaan Mesir itu telah berjaya menjaringkan 91 gol dari 144 perlawanan untuk The Reds dan memenangi pelbagai anugerah peribadi sepanjang bersama Liverpool.
Selain aksi dalam padang yang sangat mengagumkan, Mo Salah turut mengagumkan ramai orang dengan sisi positif yang ditunjukkan olehnya di luar padang.
Pada hari Rabu yang lalu, Mo Salah telah datang ke sebuah stesen minyak di Sainsbury dengan mengenakan pakaian lengkap untuk turut menyertai sesi latihan pasukan.
Selepas mengisi minyak untuk keretanya sendiri, Mo Salah kemudiannya membayar petrol untuk semua pelanggan yang hadir di stesen minyak tersebut.
Tindakan Salah ketika itu mendapat pujian dari ramai pihak dan kejadian itu menjadi tular di laman sosial.
“Bagaimana untuk saya tidak menyukai beliau? Beliau seorang yang merendah diri dan saya sentiasa semakin suka dengannya.”
Mo Salah stunned onlookers as he turned up and randomly decided to pay for everyone there. ❤️ https://t.co/YTMhXCBZDd
— SPORTbible (@sportbible) June 11, 2020
Kata salah seorang pelanggan yang ada di stesen minyak tersebut.
Ramai juga yang meluahkan rasa kekecewaan mereka selepas melihat kejadian tersebut, mereka kecewa kerana tidak bertemu dengan Mo Salah di sana.
Mungkin kerana mereka berada di stesen minyak tersebut lebih awal atau agak terlewat pada hari kejadian.
Tindakan dari Mo Salah itu juga dipuji oleh rakan sepasukannya dan semoga saja perbuatan semulia ini boleh dijadikan ikutan oleh para pemain lain.
Mo Salah dan rakan sepasukannya di Liverpool juga kini sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dalam saingan liga dan mahu menjulang kejuaraan saingan liga musim ini.
Saingan Premier League dijangka akan kembali bersambung lebih kurang seminggu dari sekarang dan penantian 30 tahun Liverpool untuk menjulang kejuaraan liga bakal berakhir selepas kembalinya saingan liga setelah digantung hampir tiga bulan.
Yesterday Mo Salah arrived at a Sainsbury’s petrol station and paid for everybody’s fuel.
It’s the little things that make a difference 🙌 pic.twitter.com/rDWZl7GFhy
— LFCVine (@LFCVine) June 11, 2020
Kali terakhir Liverpool menjulang kejuaraan saingan liga adalah pada tahun 1990 dan mereka kini dipisahkan enam mata sahaja lagi untuk ditabalkan sebagai Juara liga musim 2019/20.
Dengan kelebihan 25 mata mengatasi Manchester City, The Reds kini hanya memerlukan dua sahaja lagi kemenangan atau kurang(bergantung keputusan perlawanan City) untuk menjulang kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.