Mo Salah Buat Gaya Meluat Tengok Joel Matip Jaringkan Gol Dalam Latihan

Bagi sesetengah pemain, latihan pra-musim tidak membawa apa-apa makna dan mereka hanya perlu berlatih untuk meningkatkan stamina bagi musim yang akan datang, namun bagi bintang Liverpool, Mo Salah, pra-musim atau tidak dia tetap menjadi seorang yang kompetitif.

Penyerang Liverpool tersebut kelihatan seakan kecewa dan meluat dalam sesi latihan terbaru mereka selepas melihat pemain pertahanan, Joel Matip menggelecek dan menjaringkan gol dalam permainan padang kecil.

Pemain kebangsaan Cameroon tersebut yang akhirnya kembali selepas lama berehat kelihatan cukup tajam dan menjaringkan beberapa gol solo.

Tetapi Salah tidak gembira dengan gol pertama bekas pemain Schalke tersebut. Selepas Matip menolak bola melepasi celah kangkang pemain yang baru dibeli, Ibrahim Konate lalu terus bergolek ke tepi tiang gol dan bola masuk ke dalam sambil dilihat sahaja penjaga gol. Selepas bola masuk, Salah kelihatan seperti tidak gembira dan menumbuk tangannya ke udara.

Ketika Matip berlari pulang ke posisi, Salah dilihat bagaikan tidak berpuas hati di mana dia memusingkan badan, menarik sedikit bip yang pakai.

Dalam satu lagi video, Matip dilihat sekali lagi berjaya memperdaya Konate dan menjaringkan satu lagi gol menerusi gerakan yang sama.

Liverpool kini sedang berada di Salzburg, Austria untuk kem latihan pra-musim dan Matip, yang mengalami kecederaan ligamen buku lali pada bulan Januari lalu dilihat agak gembira dan begitu menikmati saat bermain bola.

“Aku rasa seronok. Rasa gembira dapat kembali berlatih dengan diorang ni dan dapat bermain, main bola dan jadi aktif,” ujar Matip kepada laman sesawang rasmi Liverpool.

“Aku rasa bagus sangat sekarang ni. Aku ada banyak sesi lepas ni tapi aku rasa seronok dan harapnya dapat kekal macam ni lah.

“Kem latihan ni selalunya tegang tapi buat masa ni kami ada di sini dan ini adalah pra musim dan kami cuba berseronok sebanyak mungkin.”

Turut sama menyertai latihan pra musim ini adalah bekas pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk yang tersisih selama sembilan bulan akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) selepas dikasari oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Buat masa ini Van Dijk masih lagi menjalani latihan individu khas untuk dirinya bersama Joe Gomez yang turut mengalami kecederaan jangka masa panjang dan dia berharap dia mampu untuk melonjakkan diri dan kecergasannya dalam tempoh latihan pra-musim selama empat minggu ini.

Dalam media sosial pemain ini, dia telah memuatnaik secebis video yang melihatkan dia sedang berlatih dan disertakan dengan kapsyen “Perasaan ini!”

Selain penyokong, insan yang paling gembira dengan kembalinya pertahanan kental ini adalah pengurus, Jurgen Klopp. Pada musim lalu, Klopp berdepan sakit kepala yang kronik di mana dia kehilangan ramai pemain pertahanan sehingga terpaksa meminjam Ozan Kabak dari Schalke 04.

Mengulas tentang kembalinya para pemain yang sudah pulih daripada kecederaa, Klopp berkata;

“Virg dan Joe tidak akan mengharungi dua sesi untuk beberapa hari pertama bersama pasukan.

“Mereka mempunyai sesi kedua tetapi di bahagian pemulihan – fisioterapi. Itu untuk mereka berdua.

“Mereka kelihatan amat bagus. Saya tidak tahu secara tepat bila mereka akan mara ke peringkat seterusnya tetapi ia akan berlaku dalam empat minggu ini,” kata Klopp.

Anak buah Klopp bakal bertemu kelab Bundesliga, Mainz dan Hertha Berlin, untuk perlawanan persahabatan pra-musim di Austria, sebelum kembali ke bumi Britain untuk merampas kembali kejuaraan liga daripada Manchester City.

Sumber : sportBIBLE

BACA:  Allan Hanya Mampu Lengkapkan 2 Hantaran Sahaja Ketika Aksi Bertemu Liverpool