Liverpool mampu membayar gaji terbaru Mohamed Salah sebenarnya hasil dari peruntukan yang mereka ada untuk Sadio Mane dan Divock Origi.
Selepas kedua-dua pemain penyerang itu pergi meninggalkan kelab, Liverpool secara tak langsung mempunyai peruntukan tambahan serta terpaksa menjadikan bintang Mesir itu sebagai keutamaan kelab.
Isu berkait kontrak Salah sebelum ini sebenarnya telah menjadi topik perbualan hangat para peminat, dengan hal tersebut mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.
Mo Salah’s new wages funded by the departures of Sadio Mane and Divock Origi as club made him a priority #LFCFamily #YNWA #LFC https://t.co/AB3mhAhaxP
— The Red Half (@redhalf) July 2, 2022
Salah meminta kenaikkan gaji untuk menandatangani kontrak baru bersama Liverpool, sementara kelab sendiri pula tidak mampu untuk memberikan gaji yang diminta oleh pemain penyerang itu.
Kontrak asal pemain kebangsaan Mesir itu sepatutnya tamat pada musim panas 2023, namun The Reds kini berjaya menamatkan rundingan dan mengikat beliau dengan kontrak baru selama tiga tahun.
Liverpool bahkan turut sanggup merosakkan struktur gaji mereka dengan memberi Salah gaji yang sungguh luar biasa lumayan.
Walau bagaimanapun, menurut Chris Bascombe dari The Telegraph, keputusan Liverpool untuk memberi Salah gaji yang tinggi itu adalah kerana melihat pemergian Mane dan Origi.
Kedua-dua Mane dan Origi turut mendapat antara gaji yang tinggi bersama kelab sebelum ini, dan pemergian mereka membantu Liverpool mendapat peruntukan tambahan.
“Liverpool sudah membiasakan diri untuk mengetepikan emosi dalam membuat keputusan berkait kontrak.”
Mo Salah’s new wages funded by the departures of Sadio Mane and Divock Origi as club made him a priority https://t.co/HXJmFjzCqj
— Aakansha Rao (@AakanshaRao_1) July 2, 2022
Jelas wartawan tersebut.
“Menaikkan gaji Salah dan Mane, dengan kedua-dua pemain berada di usia 30 an, boleh dianggap sebagai risiko yang sangat besar.”
“Menggantikan Mane dengan pemain yang lapan tahun lebih muda, Darwin Nunez, sementara memberikan ganjaran kepada Salah atas pencapaian dia yang menakjubkan dan turut memastikan gaji pemain lain dalam skuad kekal tersusun.”
“Divock Origi sebelum ini turut menerima £100,000 seminggu sebelum kontrak dia tamat pada 30 Jun lalu.”
“Agak masuk akal untuk menganggap yang Liverpool melihat kesempatan untuk mengalihkan gaji ini masuk ke gaji Salah secara terus.”
“Liverpool akan menghabiskan masa mereka sepanjang musim panas ini untuk mengurangkan perbelanjaan gaji dengan menjual pemain berbanding membeli pemain.”
Salah pada musim lalu telah memenangi anugerah kasut emas bersama bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min.
Beliau pada musim lalu berjaya menjaringkan 23 gol dalam saingan Premier League dan Salah secara keseluruhannya telah membuat 254 penampilan dengan menjaringkan 156 gol untuk The Reds.
Mohamed Salah's Liverpool career by numbers:
254 games
156 goals
57 assists
6 trophiesHe's staying at Anfield until 2025. 🙌
— Squawka (@Squawka) July 2, 2022
Gaji Terbaru Mo Salah Bersama Liverpool Didedahkan
Pemain penyerang Liverpool, Mo Salah telah menandatangani kontrak baru bersama kelab selama tiga tahun pada malam semalam.
Pemain kebangsaan Mesir itu masih mempunyai baki setahun dalam kontrak asalnya, dengan beliau turut dilaporkan bakal meninggalkan kelab kerana masih tidak mahu menandatangani kontrak baru.
Berbulan-bulan spekulasi tentang masa depan Mo Salah hangat dibincangkan oleh para peminat, dan selepas beliau menurunkan tandatangan, maka ia secara tak langsung mengakhiri segala spekulasi yang ada.
Pengumuman terbaru dari Liverpool itu secara tak langsung juga mengesahkan yang Salah akan terus kekal bersama Liverpool.
Pemain penyerang itu sebelum ini berjaya menjaringkan 156 gol dari 254 penampilan bersama skuad Liverpool sepanjang kariernya di Anfield.
Salah sebelum ini dikatakan tidak berminat mahu menandatangani kontrak baru kerana beliau tidak gembira dengan tawaran gaji yang ditawarkan oleh The Reds.
Beliau dikatakan meminta £400,000 seminggu dari Liverpool dan pihak kelab tidak mahu menerima cadangan tersebut kerana mahu terus menjaga struktur gaji mereka.
Namun begitu, selepas menandatangani kontrak baru bersama Liverpool, berapa sebenarnya gaji yang salah terima dari The Reds?
🚨 BREAKING: Liverpool FC are delighted to announce Mohamed Salah has signed a new long-term contract with the club. #lfc [lfc] pic.twitter.com/phCvwklnMy
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) July 1, 2022
Gaji Mo Salah bersama Liverpool
Pemain kebangsaan Mesir itu dijangka akan menerima £350,000 seminggu mengikut perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Beliau secara tak langsung telah menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah Liverpool.
Ia jelas sekali berita yang sangat menggembirakan kem Liverpool kerana para peminat sememangnya sangat berharap agar Salah akan kekal bersama kelab.
Berita gembira ini diumumkan secara rasmi oleh Liverpool melalui laman sesawang mereka dan hanya dinyatakan kontrak baharu untuk jangka panjang mungkin till jannah.
Sporting director kelab, Julian Ward terbang ke Egypt untuk bertemu Mo Salah yang ketika ini sedang bercuti, dan melengkapkan urusan penandatanganan di sana.
BREAKING: Mohamed Salah *finally* signs a new Liverpool contract until 2025 🔴 pic.twitter.com/XfEfGkygRq
— B/R Football (@brfootball) July 1, 2022
Penyerang itu setuju dengan syarat untuk melanjutkan tempoh kontraknya bersama The Reds selepas saga tarik tali, tolak menolak serta tawar menawar selama hampir setahun.
Mohamed Salah menyertai Liverpool pada 2017 dan telah menyaksikan dia mengumpul enam trofi utama dan menjaringkan 156 gol dalam hanya 254 penampilan, memenangi tiga Kasut Emas.
Salah memberitahu Liverpoolfc.com:
“Jika saya melihat kembali masa itu, ketika saya datang [ke sini], kelab tidak memenangi banyak trofi tetapi saya fikir saya memberitahu anda, bahawa saya datang [ke sini] untuk memenangi trofi.”
“Saya rasa kami telah memenangi trofi yang baik bersama-sama [sejak]! Dan saya fikir kita boleh melakukannya sekali lagi.”
“Kita memenangi banyak perkara bersama-sama. Kami mempunyai beberapa kekecewaan, tetapi ini adalah bola sepak.”
According to a Stanford University study, since Mohamed Salah joined Liverpool in 2017, hate crimes in the area have decreased by 19% and anti-Muslim comments online have dropped by 50%. Impact on and off the pitch. pic.twitter.com/ZLlmxQEu00
— ESPN UK (@ESPNUK) July 1, 2022
“Saya telah menikmati bola sepak saya di sini di kelab dan berharap saya akan terus menikmatinya dan memenangi banyak trofi.”
Rekod luar biasa Salah di hadapan gawang telah memnbolehkannya berada di tempat kesembilan dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liverpool dalam tempoh lima musim sahaja.
Dia hanya dua gol di belakang Michael Owen di tempat kelapan dan hanya 16 gol di belakang legenda Sir Kenny Dalglish.
Pemain Mesir itu menambah:
“Seronok melihat diri anda sebagai penjaring gol terbanyak yang kesembilan untuk kelab, terutamanya apabila anda melakukannya dalam masa yang singkat.”
“Ia sesuatu yang hebat dan saya fikir, seperti yang saya katakan banyak kali sebelum ini, perkara yang paling penting ialah memenangi trofi.”
“Tetapi saya fikir apabila anda menjaringkan gol dan membantu pasukan memenangi perlawanan, itu juga yang membawa kepada trofi.”
“Ia sesuatu yang saya banggakan.”
Liverpool menyempurnakan perjanjian bersama Salah dari AS Roma pada Jun 2017 dan pemain Mesir itu memberikan impak serta-merta, menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan pada musim sulungnya.
🚨 NEW: With Sadio Mane gone rather than agreeing his own significant pay rise, the funds were available to make Mohamed Salah an offer he could not refuse. #lfc [telegraph] pic.twitter.com/tWKoLcSN5Z
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) July 1, 2022
Tiga puluh dua daripadanya gol itu hadri melalui Liga Perdana, mencatatkan rekod penjaring terbanyak dalam semusim untuk 38 perlawanan.
Musim lalu, penyerang itu sekali lagi mencecah markah 31 gol untuk membantu Liverpool meraih dua piala domestik serta muncul naib juara di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, tewas tipis dalam kedua final.
Berita gembira ini telah menutup mulut pengkritik yang mengutuk Fenway Sports Group (FSG) dalam menangani situasi kontrak Mohamed Salah yang masih tiada kata putus dan dilabel sebagai tidak boleh diterima.
Sumber: SPORTbible