Mo Salah Dijulang Sebagai Pemain Terbaik Buat Kali Kedua

Pemain sayap berbisa Liverpool, Mohamed Salah telah diangkat sebagai pemain terbaik tahunan Premier atau lebih dikenali sebagai Professional Footballers’ Association (PFA) Player of the Year buat kali kedua dalam kariernya di England.

Mohamed Salah telah mempamerkan aksi yang menakjubkan sekali lagi musim ini apabila telah menjaringkan 23 gol dan telah berkongsi anugerah kasut emas bersama pemain Tottenham Hotspur, Son Heung Min.

Pemain Mesir itu pada pertengahan musim lalu diangkat sebagai pemain terpaling power di muka bumi dan disebut-sebut oleh peminat Liverpool sebagai pemenang Balon d’Or.

Namun prestasi menakjubkan Salah itu tidak berterusan sehingga ke penghujung musim untuk menjadi terbaik dunia namun cukup untuk diangkat sebagai pemain terbaik Premier League.

Bukan setakat 23 gol sahaja dijaringkan tetapi Mohamed Salah juga menjadi peneraju kepada carta bantuan gol (Assist) dengan mencipta 13 assist.

Liverpool telah menjaringkan 94 gol musim ini di Premier League dan Mohamed Salah telah terlibat dalam 36 gol sama ada melalui jaringan atau assist dan bermakna 38 peratus gol terhasil dari Salah.

Itu hanya sumbangan di Liga, Salah juga telah membantu Liverpool menjulang dua kejuaraan iaitu Piala Liga dan juga Piala FA selain membawa Liverpool mara ke perlawanan akhir Champions League.

Lantaran kehebatan Salah ini, ahli PFA telah sepakat untuk memberi penghargaan kepada Mohamed Salah selepas panel penilai membuat undian.

Salah telah menewaskan beberapa nama hebat lain untuk menjadi pemain terbaik musim ini seperti Kevin De Bruyne, Cristiano Ronaldo, Harry Kane, Virgil van Dijk dan Sadio Mane.

Mohamed Salah memenangi anugerah ini buat pertama kali pada 2018 apabila menjaringkan 32 gol semusim dan menjadi rekod terbanyak pernah dijaringkan yang kekal hingga ke hari ini.

1. Mohamed Salah (Liverpool, 2017–18) – 32 gol
2. Alan Shearer (Blackburn Rovers, 1995–96) – 31 gol
3. Cristiano Ronaldo (Manchester United, 2007–08) – 31 gol
4. Luis Suárez (Liverpool, 2013–14) – 31 gol


Salah sangat berbangga dan gembira kerana menerima anugerah ini kerana ia merupakan satu penghormatan yang besar apatah lagi beliau diundi oleh pemain lawan untuk menang.

“Satu penghormatan besar untuk memenangi trofi, individu atau kolektif dan yang ini sangat besar, sangat gembira dan sangat bangga dengan itu.” kata Salah selepas mengambil hadiah.

“Yang ini sangat bagus untuk dimenangi, terutamanya kerana ia diundi oleh pemain. Ia menunjukkan kepada anda bahawa anda telah bekerja keras dan anda mendapat apa yang anda usahakan. Saya mempunyai bilik dengan trofi diabadikan dalam kabinet dan saya memastikan bahawa Saya mempunyai ruang lain untuk satu lagi. Saya sentiasa menyimpan ruang dan cuba bayangkan bahawa trofi yang akan datang.

“Apabila anda semakin tua, anda berasa seperti anda lebih stabil dan anda tahu apa yang anda mahukan daripada bola sepak jadi saya hanya cuba untuk benar-benar tenang dan membantu pasukan.”

“Itulah sebabnya saya fikir saya juga memenangi playmaker kerana ia seperti anda lebih sedar tentang permainan ini, jadi anda hanya cuba menjadikan orang di sebelah anda lebih baik dan cuba menjadikan diri anda lebih baik juga.”

Dengan kemenangan ini maka secara automatik Mohamed Salah berada dalam senarai PFA Premier League Team of the year bersama 10 lagi pemain lain membentuk kesebelasan utama yang padu.

Lima daripadanya adalah rakan sepasukan Salah di Liverpool iaitu Alisson Becker, Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold, Thiago Alcantara dan Sadio Mane.

Hanya tiga pemain dari pasukan juara Premier League, Manchester City berada dalam senarai ini iaitu Kevin De Bruyne, Joao Cancelo dan Bernardo Silva.

Cristiano Ronaldo dan Antonio Rudiger melengkapkan senarai ini dan hanya dua pemain ini sahaja bukan pemain dari Liverpool atau Manchester City.

Alisson – Liverpool

Trent Alexander-Arnold – Liverpool

Virgil van Dijk – Liverpool

Antonio Rüdiger – Chelsea

João Cancelo – Manchester City

Kevin De Bruyne – Manchester City

Thiago Alcântara – Liverpool

Bernardo Silva – Manchester City

Sadio Mané – Liverpool

Cristiano Ronaldo – Manchester United

Mohamed Salah – Liverpool

Baca Juga

Baca Juga