Mohammed Salah berterusan melakukan kerosakkan pada musim pertamanya di Premier League apabila saban minggu tanpa jemu menjaringkan gol sekaligus memecahkan rekod atau menyamai rekod sedia ada.
Pada minggu lalu rekod Didier Drogba sebagai penjaring terbanyak Afrika di Premier League dengan 29 gol pada musim 2009/10 bersama Chelsea telah dipecahkan Salah.
Minggu sudah juga menyaksikan Salah menjadi pemain Premier League ke-8 yang menjaringkan 30 gol semusim selepas Andy Cole, Alan Shearer, Kevin Phillips, Thierry Henry, Cristiano Ronaldo, Robin van Persie dan Luis Suarez.
Mohamed Salah is the third player in history to be directly involved in 40+ Premier League goals in a single 38-game season.
31 goals ⚽️
9 assists ?️Yet another Mo Salah milestone. pic.twitter.com/ciE8eJOdnZ
— Squawka Football (@Squawka) April 21, 2018
Minggu ini dengan gol ke-31 Salah di Premier League bersama pasukan terhebat di planet Bumi ini telah meletakkan Salah sebaris dengan penjaring gol terbanyak dalam satu musim.
Dengan baki 3 perlawanan lagi Salah dilihat bakal menjadi pemegang rekod ini. Doakan.
Gol Terbanyak dalam satu musim (38 perlawanan)
Jaringan gol terbanyak dalam satu musim di Premier League adalah 31 perlawanan. Satu musim di Premier League bersamaan 38 perlawanan.
That's another sublime finish from Mo Salah. 41 for the season and he's equalled the PL record of 31 league goals in a 38-game top-flight campaign. Pure class. #LFC
— James Pearce (@JamesPearceLFC) April 21, 2018
Sebelum ini pemain yang menjaringkan gol terbanyak bagi bagi satu musim ada tiga orang sahaja dan mereka berkongsi jumlah jaringan yang sama iaitu 31 gol sebelum Salah meletakkan nama sebaris dengan mereka dan dilihat bakal memecahkan rekod ini .
1. Alan Shearer (Blackburn Rovers, 1995–96)
2. Cristiano Ronaldo (Manchester United, 2007–08)
3. Luis Suárez (Liverpool, 2013–14)
4. Mohamed Salah (Liverpool, 2017–18)
31 – Mohamed Salah has scored 31 Premier League goals this season – the joint-most by a player in a 38-game PL campaign (also Alan Shearer 95-96, Cristiano Ronaldo 07-08, Luis Suarez 13-14). Elite. pic.twitter.com/6xq5A1WTJe
— OptaJoe (@OptaJoe) April 21, 2018
Salah juga dilihat berpotensi besar untuk memecahkan rekod yang dicipta Harry Kane tahun lalu apabila muncul penjaring terbanyak Premier League dalam tempoh setahun iaitu tahun 2017 dengan 39 gol.
Most Premier League goals in a calendar year: 39, Harry Kane (Tottenham Hotspur, 2017)
Kane melengkapkan hatriknya ketika Spurs membenam Southampton 5-2 sekaligus memecahkan rekod penjaring terbanyak Premier League dalam tempoh setahun.
Kane menjaringkan 39 gol pada tahun 2017 di Premier memecahkan rekod 36 gol Shearer.
39 – Harry Kane – Spurs (2017)
36 – Alan Shearer – Blackburn Rovers (1995)
35 – Robin van Persie – Arsenal (2011)
34 – Thierry Henry – Arsenal (2004)
31 – Salah – Liverpool (Dalam proses)
Salah ketika ini sudah menjaringkan 31 gol dengan baki 3 perlawanan dan jika musim 2018/19 masih bersama Liverpool amat cerah peluang Salah memecahkan rekod ini. Mungkin 50 gol bagi tahun 2018?
Di bawah merupakan rekod dicipta Salah pada minggu lalu dengan gol ke-40. Bacalah untuk buat modal bersembang.
Jaringan Ke-40 Salah dan Sejarah Yang Telah Tercipta Yang Perlu Kau Tahu
Dengan musim berbaki beberapa perlawanan lagi, Salah dijangka memecahkan rekod dan mencipta sejarah baru bersama Liverpool.
Nak menanti musim tamat, marilah kita menyelami fakta dan auta yang terhasil dari 40 gol Salah.
1. Salah muncul pemain pertama Liverpool menjaringkan 40 gol (45 perlawanan) semusim sejak Ian Rush melakukannya pada musim 1986/87 dalam 57 perlawanan.
2. Salah menjadi ahli kelab ekslusif 40 gol semusim yang ketiga selepas Roger Hunt dan Ian Rush.
3. Salah pemain kedua terpantas menjaringkan 30 gol liga dalam 32 perlawanan dibelakang George Allan yang menjaringkan 30 gol dalam 31 perlawanan pada 1896. Betul-betul pra-sejarah.
4. Salah menjadi pemain Premier League ke-8 yang menjaringkan 30 gol semusim selepas Andy Cole, Alan Shearer, Kevin Phillips, Thierry Henry, Cristiano Ronaldo, Robin van Persie dan Luis Suarez.
5. Chelsea
6. Arsenal
7. Ian Rush merupakan penjaring terbanyak Liverpool dalam semusim dengan 47 gol. Salah hanya 7 gol di belakang. Mampukah Salah memecahkan rekod?
8. Pemain dari Benua Afrika pertama menjaringkan 30 gol di Premier League memecahkan rekod dipegang Didier Drogba yang menjaringkan 29 gol pada mus 2009/10 bersama Chelsea.
9. Mata burung unta lebih besar dari otak mereka, tapi hal tersebut tidak serta-merta membuat mereka bodoh.
10. King of Egypt muncul pemain Premier League pertama menjaringkan 40 gol dalam semua kejohanan sejak Cristiano Ronalda melakukannya pada musim 2007/08 dengan 42 gol semusim. Ke Real Madrid lepas ni?
11. Masa muda jangan pernah sia-siakan, simpankan sebagai memori, jadikan polaroid.