Mo Salah Nafi Dakwaan Ramos Mampu Teruskan Permainan Sekiranya Diberikan Suntikan

Bintang Liverpool, Mohamed Salah menafikan dakwaan Sergio Ramos yang mengatakan beliau mampu meneruskan permainan jika mengambil suntikan tahan sakit ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah hujung bulan lalu.

Salah juga mengakui pengalaman terpaksa meninggalkan padang ketika beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah merupakan detik paling sukar dalam karier beliau.

Detik paling sukar dalam karier Salah

Dalam insiden yang menjadi buah mulut peminat Liverpool sehingga ke hari ini, Salah dan Ramos saling berbelit tangan, menyebabkan kedua-dua pemain terjatuh ke lantai padang. Akibat daripada insiden itu, Salah mengalami kecederaan di bahagian bahu manakala Ramos tidak mengalami sebarang kecederaan.

Salah terpaksa meninggalkan berikutan kecederaan tersebut dan hanya mampu menonton Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut. Salah dirakam berucuran air mata ketika meninggalkan padang, tangisan yang diratapi seluruh peminat Liverpool dan juga Barcelona.

Kecederaan yang dialami Salah itu juga menimbulkan rasa kurang senang rakyat Egypt yang risau pemain utama mereka tidak akan dapat beraksi dalam Piala Dunia di Russia nanti. Walau bagaimanapun, segala kerisauan mengenai kecederaan Salah berakhir apabila jurulatih Egypt, Hector Cuper berkata Salah akan sempat sembuh untuk  bermain di Piala Dunia.

Ramos dakwa Salah yang cuba memegang tangan beliau terlebih dahulu, bukan sebaliknya seperti yang didakwa banyak pihak.

Ramos menjawab segala tohmahan buruk yang ditujukan kepadanya beberapa hari lalu dengan mengatakan Salah yang memegang tangan dia terlebih dahulu sebelum mereka sama-sama jatuh.

“Bloody Hell, banyak pihak telah memberikan perhatian terhadap perkara ini. Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara tersebut kerana semua perkara telah diperbesarkan.” Ujar Ramos kepada AS.

“Saya ingat dengan baik kejadian tersebut. Salah pegang lengan saya terlebih dahulu menyebabkan saya terjatuh ke sisi yang lain. Kecederaan Salah berlaku kepada tangan yang satu lagi dan ada pihak berkata saya menggunakan teknik judo ke atas Salah.”

“Selepas itu penjaga gol mereka berkata saya menyebabkan beliau pening kerana berlanggar dengannya. Saya bercakap dengan Salah melalui mesej selepas perlawanan, beliau seorang yang baik.”

“Beliau mungkin boleh bermain sekiranya diberikan suntikan pada rehat separuh masa. Saya pernah melakukannya. Apabila nama Ramos terlibat dalam sebarang insiden, orang akan mengingatinya.”

Jangan risau ya habibi. Salah akan sempat sembuh bagi menghadapi perlawanan pembukaan Egypt menentang Uruguay

Apabila Salah mendengar Ramos mengeluarkan kenyataan ‘suntikan sudah memadai untuk meneruskan permainan, Salah melihat kenyataan tersebut sebagai tidak berasas dan memandangnya dengan sinis.

“Komen saya adalah segalanya dapat dimaafkan apabila seseorang yang membuatkan anda menangis, menjadi orang pertama yang membuatkan anda tersenyum selepas itu. Mungkin Ramos boleh beritahu saya adakah saya akan dapat bermain di Piala Dunia nanti ?”

“Ramos ada menghantar mesej kepada saya, tetapi saya tidak pernah berkata segalanya sudah ‘okay’ seperti yang didakwa Ramos.”

BACA:  Liverpool Dan Chelsea Pamer Aksi Perlawanan Akhir Yang Sungguh Luar Biasa Dasyat