Mo Salah Terlalu Handal Untuk Dibandingkan Dengan Mana-Mana Pemain Musim Ini

Tidak ada hal yang boleh menafikan fakta bahawa Mohamed Salah merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau jelas sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan Salah terlalu hebat untuk dibandingkan dengan mana-mana pemain pada ketika ini.

Beliau merupakan pemain pertama yang beraksi dalam lima liga utama di benua Eropah, yang berjaya terlibat dengan 20 gol liga sepanjang musim ini.

Dari 14 perlawanan dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, Salah berjaya menjaringkan 13 gol dan turut mencatatkan 8 assists.

Belum masuk separuh musim, beliau sudah berjaya meledak 13 gol dan ia jelas merupakan satu rekod yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau juga dalam perlawanan ini telah mencipta sejarah baru apabila menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan dua gol dalam aksi Merseyside derby, sejak kali terakhir dilakukan oleh Fernando Torres pada September 2008.

Lebih menakjubkan lagi, Mohamed Salah merupakan pemain Liverpool pertama yang berjaya menjaringkan gol atau mencatatkan assists dari tujuh perlawanan di tempat lawan dalam saingan Premier League secara berturut-turut.

Secara keseluruhannya pada musim ini, Mohamed Salah berjaya menjaringkan 19 gol dari 19 penampilan dan turut mencatatkan 8 assists.

Dari 12 penampilan dalam saingan Premier League, Mo Salah setidak-tidaknya akan terlibat dengan satu gol dan beliau merupakan pemain ketiga dalam sejarah yang berjaya melakukan hal itu selepas Stan Collymore dan Jamie Vardy.

Boleh dikatakan hampir kesemua rekod yang ada dalam saingan Premier League pada ketika ini telah berjaya dipecahkan oleh Salah dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Beliau yang awalnya dianggap ‘One season Wonder’ berjaya konsisten sehingga ke hari ini, dan terus menerus menjadi mesin pencetak gol yang paling cemerlang.

Tidak dinafikan juga, Salah merupakan individu yang bertanggungjawab memimpin Liverpool untuk menjadi antara pasukan yang paling digeruni lawan pada ketika ini.

Mana-mana pasukan sahaja yang turun beraksi bertemu Liverpool, Salah sudah tentu akan menjadi pemain yang akan diberikan kawalan paling ketat berbanding pemain lain.

Ketika aksi bertemu Everton awal pagi tadi, Mo Salah berjaya mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan tersebut.

Mohamed Salah berjaya melakukan 84.6% hantaran tepat, 55 sentuhan, 5 percubaan (paling banyak), menjaringkan dua gol, melakukan satu tackle sempurna, 1 ball recovery dan memenangi satu duel.

Apa yang menjadikan Salah terlalu hebat berbanding pemain penyerang lain?

Beliau merupakan antara pemain penyerang yang paling banyak membantu barisan pertahanan ketika berdepan serangan pantas dari pasukan lawan.

Salah sememangnya jenis pemain yang sesuai dengan taktikal dan corak permainan dalam sistem Jurgen Klopp kerana beliau mempunyai stamina serta kepantasan yang sungguh dasyat.

Selain memiliki kualiti penyudah yang menakjubkan, Salah juga turut berhak untuk dianggap sebagai playmaker yang dasyat dengan hantaran-hantaran beliau yang sungguh mengagumkan.

Beliau merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Premier League pada ketika ini, dan Salah juga merupakan pemain paling banyak mencatatkan assists.

Seandainya beliau mampu konsisten, dan membantu Liverpool untuk setidak-tidaknya memenangi salah satu antara Premier League atau Champions League, Salah berhak dianugerahkan dengan anugerah Ballon D’or.

Beliau pada musim ini berada di tahap berbeza dengan Salah bukan hanya mendominasi saingan Premier League, bahkan beliau turut ‘memiliki’ mana-mana saja padang yang beliau turun beraksi.

Sumber: Anfield Watch

BACA:  Menteri Sukan Mesir Sahkan Mo Salah Akan Kekal Di Anfield