Perlawanan kedua separuh akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Russia telah enemui siapa bakal finalis edisi ini selepas Perancis telah berjaya menembah slot perlawanan akhir dengan menumbangkan Belgium dengan satu jaringan je.
Keputusan perlawanan berpihak kepada Croatia yang berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan, Croatia bangkit mengikat selepas ketinggalan seawal minit ke-6. Croatia menang 2-1 dan layak ke final.
Sejarah telah tercipta, Croatia mara ke perlawanan akhir Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara mereka. Sebelum ini kejayaan terbaik mereka adalah ke peringkat separuh akhir sahaja pada 1998.
Selepas kemenangan ke atas England, ketua pasukan Croatia, Luca Modric telah melancarkan serangan balas pantas kali ini ke atas media Inggeris dengan satu hantaran yang keras lagi padu.
Serangan yang direncanakan oleh perancang Hrvatska nyata mengejutkan media Inggeris yang begitu mengagung-agung skuad Tiga Singa yang lantang melaungkan slogan ‘It’s Coning Home’.
Kemaraan ke final nyata digunakan Modric dan rakan-rakan menyerang media Inggeris yang kadangkala terlalu angkuh dan memperkecilkan Croatia.
When he was 6, his grandfather was shot dead.
His family became refugees, in a warzone.
He grew up to the sound of grenades exploding.
Coaches said he was too weak and too shy to play football.
Today, Luka Modric just led Croatia its first ever #WorldCup final.#CROENG pic.twitter.com/plOsy9nQcq
— Muhammad Lila (@MuhammadLila) July 11, 2018
Modric mempersoalkan bahawa kebanyakkan wartawan dan pundit di England serta The Sukan sendiri yang yakin bahawa pasukan Tiga Singa akan ke perlawanan akhir yang membakar semangat Croatia untuk membuktikan perkara sebaliknya.
Luca Modric menasihatkan media Inggeris supaya lebih merendah diri untuk masa hadapan.
“Orang ramai berkcakap…Wartawan Inggeris, pundit dari televisyen.” Ujar Modrid kepada ITV.
“Mereka memandang rendah Croatia malam ini dan itu merupakan satu kesilapan besar. Semua perkataan dari mereka kami telan. Kami baca dan kami berkata : ‘Ok, hari ini kita tengok siapa yang penat.'”
Croatia were "underestimated" by English pundits who lacked respect, says captain Luka Modric.
More ? https://t.co/jddxEv0qDW#ENGCRO #worldcup #bbcworldcup pic.twitter.com/L5ErC88jRW
— BBC Sport (@BBCSport) July 12, 2018
“Mereka sepatutnya lebih merendah diri dan lebih menghormati lawan mereka.”
“Kami membuktikan sekali lagi bahawa kami tidak penat. Kami mendominasi perlawanan secara mental dan fizikal.”
“Kami sepatutnya boleh membunuh perlawanan sebelum masa tambahan. Ini merupakan satu pencapaian menakjubkan bagi kami. Selepas lama menunggu impian jadi kenyataan.”
“Kami akan bermain di perlawanan akhir dan itu pun sudah menjadi kejayaan terbesar dalam sejarah Croatia. Kami seharusnya berbangga.”
Luka Modric had a message for England at full-time. pic.twitter.com/v7eDhXwEoc
— ESPN FC (@ESPNFC) July 12, 2018
Mara ke final buat pertama kali merupakan sejarah terbesar Croatia dan selangkah lagi mencipta sejarah menjadi negara baharu menjulang Piala Dunia.
Apa yang diutarakannoleh Modrid ini sangat berasas dan benar apa yang dikatakan Modric. Semoga admin The Sukan muka buku lebih merendah diri dan insaf.
Kebanyakkan media telah membuat propaganda bahawa England akan ke final dan muncul juara seperti Croatia ini tiada kaki termasuklah The Sukan.
Majoriti pundit membayangkan England akan mara ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1966 dan muncul juara buat kali kedua.
Ini kerana Croatia akan mengalami keletihan selepas bermain selama 120 minit dari pusingan 16 terbaik sehingga separuh akhir.
Malah Gary Neville mengakui kepada ITV bahawa England mempunyai kelebihan atas faktor keletihan Croatia, namun Croatia tidak penat malah England yang huru-hara.
#Perisic equalizer ⚽⚽#CRO into the final..!!!!!#CROENG #CRO vs #ENG (2-1)#FIFAWorldCup2018 #worldcup #Mandzukic #Modric #Rakitic#itsnotcominghome pic.twitter.com/LHFt4KYKjZ
— ᴹʳᶦᵈᵘˡ (@mridul_rm) July 12, 2018
Croatia menjadi semakin kuat dan lebih baik selepas perlawanan demi perlawnan dan England pula semakin kelaut.
England akan bertemu Belgium di penentuan tempat ketiga manakala Croatia yang letih tenang ke final bertemu Perancis.