Modric Percaya Croatia Bermain Lebih Baik Dari Perancis Walaupun Tumpas

Kapten Croatia, Luka Modric percaya pasukannya bermain lebih baik daripada Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Croatia tumpas 4-2 di tangan Perancis.

Sama seperti yang pernah berlaku kepada Oliver Kahn, Zinedine Zidane dan Lionel Messi, Modric diumumkan sebagai pemenang anugerah Bola Emas Piala Dunia walaupun tewas dalam perlawanan akhir.

Mbappe ceria, tetapi Modric sugul menerima anugerah pemain terbaik kejohanan

Modric diangkat menjadi pemain terbaik kejohanan, disusuli dengan Eden Hazard di tempat kedua dan Antoine Griezmann di tempat ke-3.

Pemain tengah Real Madrid itu bagaimanapun berbangga dengan pengiktirafan tersebut tetapi lebih suka jika Croatia yang memenangi Piala Dunia.

Walaupun keputusan perlawanan menunjukkan Perancis menang selesa dengan kelebihan 2 gol, Les Blues sebenarnya bernasib baik dianugerahkan sepakan penalti ketika kedudukan terikat 1-1 sebelum separuh masa pertama tamat.

Pengadil mengambil masa yang agak lama untuk mengkaji video VAR sama ada bola yang terkena tangan Ivan Perisic dianggap sebagai satu kesalahan atau tidak. Apabila Modric ditanya adakah beliau merasakan Perancis bernasib baik dalam perlawanan tersebut, ini jawapan beliau.

“Yeah, saya rasa Perancis agak bernasib baik. Semua orang bersetuju kami bermain agak baik sepanjang perlawanan.”

“Saya rasa kami adalah pasukan yang lebih baik tetapi kadang kala pasukan lebih baik tidak menang.”

Pemain muda terbaik kejohanan dengan 4 gol

Modric mengenal pasti insiden penalti Perancis sebagai detik yang menentukan keputusan perlawanan kerana ia berlaku tidak lama selepas Ivan Perisic mengikat kedudukan menjadi 1-1. Keputusan pengadil dianggap agak ‘kejam’ memandangkan ia berlaku cukup pantas dan Perisic tidak mempunyai masa untuk bertindak balas ketika bola mengenai tangan beliau.

“Kami sangat terkejut ketika pengadil memberikan sepakan penalti, terutamanya kerana foul yang diberikan pengadil sebelum gol pertama Perancis bukanlah satu foul jika mengikut pandangan saya. Tetapi kami berjaya bangkit selepas Perancis menjaringkan gol pertama.”

“Kami bermain sangat baik selepas itu dan mempamerkan bola sepak yang lebih bagus. Kemudian pengadil berikan penalti kepada Perancis. Ia membunuh semangat juang kami. Bukan mudah untuk kembali dari keputusan tersebut.”

“Tetapi kami terus mencuba dan berjuang sehingga ke wisel penamat. Kami boleh berasa bangga dengan apa yang telah kami lakukan dan bagaiman kami bermain. Tetapi pada penghujungnya, ia tidak cukup untuk Croatia memenangi perlawanan tersebut.”

Ref sentap semangat perjuangan Croatia

Selain anugerah Bola Emas, FIFA turut mengumumkan pemenang bagi anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2018 yang dirangkul oleh penyerang dan juga kapten England, Harry Kane. Beliau menamatkan kempen Piala Dunia 2018 dengan kutipan 6 gol, 2 gol di hadapan pencabar terdekat.

Pemain muda sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe diumumkan sebagai pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2018. Anugerah tersebut dipertandingkan bagi memberi pengiktirafan kepada pemain bawah usia 21 tahun yang mempamerkan prestasi cemerlang di Piala Dunia.

Baca Juga

Baca Juga